Hari
yang dinantikan oleh
Sofia akan tiba
pada esok hari.
Malam ini ialah
malam terakhir dia
memegang status sebagai
anak dara. Esok
segala-galanya akan berubah.
Pukul lapan pagi
esok dia akan
dinikahkan dengan Fahmi
Hazrin iaitu tunangnya
yang sombong gila!
Semua keluarganya berkumpul
di rumah keluarga
Datin Haina dan
Dato Fazli. Insan
yang paling gembira
sekali sudah tentulah
Datin Haina dan
Mak cik Sarimah.
Segala persiapan barang hantaran
sudah disusun di
ruang tamu rumah
banglo itu. Sofia
tidak dibenarkan untuk
keluar dari bilik
seharian. Maklumlah, ikut
adat orang tua-tua
dahulu pantang larang
pengantin tidak boleh
berjumpa sebelum akad
nikah.
“Kak
Fia, lepas ni
Fira dah tak
boleh main gurau-gurau
dengan akak. Akak
dah nak jadi
milik abang Fahmi.
Sunyi la Fira
lepas ni.” Safira
mengelap air mata
yang tidak henti-henti
keluar dari tadi.
Sofia yang melihatnya turut
mengalir air mata.
Tubuh adiknya itu
dipeluk dan didakap
dengan penuh kasih
sayang. Diusap rambut
adiknya berkali-kali. Dia
turut mengiakan kata-kata
adiknya. Status yang
dipegang olehnya esok
hari tidak sama
dengan hari ini.
Dia harus bersikap
matang untuk menjaga
maruah suaminya nanti.
Emaknya juga sudah
pesan beberapa kali
tentang hal ini.
Sebagai anak yang
taat ibu bapa
dia harus mengikut
segala kata-kata emaknya.
“Jangan la nangis
Fira. Tak tenang
hati akak nak
kahwin esok ni.
Fira jangan la
risau walaupun akak
dah bergelar isteri
orang, akak tetap
jadi kakak Fira.
Kita masih boleh
keluar sama-sama, makan
sama-sama dan buat
apa sahaja sama-sama.”
Pujuk Sofia.
“Kalau abang Fahmi
tak bagi akak
buat semua itu?”
tanya Fira sambil
menangis tersesak-esak.
“Dia mesti
bagi punya. Takkan
la dia nak
dera kakak macam
tu. Abang Fahmi
kan baik, nanti
dia mesti bagi
Fira datang rumah untuk jumpa
akak. Nanti kalau
dia tak bagi
juga biar akak
piat telinga dia.”
Gurau Sofia. Adiknya
yang didalam pelukannya
itu sudah ketawa.
Pandai sahaja Sofia
menceriakan keadaan.
“Ala, kalau tak
dapat main dengan
kakak kau tak
apa Fira, nanti
kau boleh main
dengan anak-anak kakak
kau nanti. Katanya
nak merancang keluarga
bahagia.” Sampuk Shima
sambil tersengih.
Membuntang mata Sofia
apabila mendengar kata-kata
Shima itu. Safira
sudah mengekek ketawa. “Amboi, sejak
bila aku cakap
macam tu? Memandai
je kan kau
tendang fitnah tu
dekat aku.” Sofia
sudah bercekak pinggang.
Tak guna punya
sahabat! Tak pasal-pasal
merah muka aku!
Nasib Fahmi tak
ada kalau tak
malu aku dengan
dia nanti.
“Ala Fia,
takkan kau tak
nak keluarga bahagia
kut? Kalau aku
tak cakap pun
memang betul kata-kata
aku tu kan?
Lepas ni kau
beranak banyak-banyak tau.
Bagi satu team choral
speaking dekat aku
pon ok dah. Well,
kau tahu kan
masa sekolah dulu
team choral speaking aku
selalu juara. Juara
pon sebab suara
aku and performance aku
yang mantap la.
Tak teringin ke
anak-anak kau ikut jejak
aku?” Shima sudah
mula membanggakan dirinya.
Angkat bakul sendiri
nampak!
“Anak aku kalau
ikut jejak kau
almaklingkup la jawabnya
nanti. Apesal kau
tak suruh aku
beranak sampai cukup
untuk buat jemaah
sembahyang jumaat je?
Aku memang macam
kucing. Sekali beranak
keluar lima.” Sofia
mengetapkan giginya. Hampeh
punya member. Lingkup
habis anak aku
nanti kalau nak
ikut perangai Shima.
“Eh kalau
kau sanggup, tak
jadi masalah. Lagi
aku seronok kau
tahu. Nanti kalau
masuk surat khabar
pastikan muka aku
melekat dekat depan.
Famous aku nanti.”
Shima sudah tergelak besar.
Entah apa lah
yang dimerapunya itu.
Sofia malas mahu
melayan perangai tak
betul Shima itu
terus dia bangun
menuju kerah tingkap
bilik utama rumah
banglo itu. Kelihatan
ramai sedara mara
dari kedua-dua belah
pihak sedang berkumpul.
Ramai kanak-kanak sedang
berlari-lari di taman
buatan berhampiran air
terjun dan kolam
mandi. Sangat riuh perkarangan rumah
banglo mewah ini
dan jarang sekali
keluarga masing-masing dapat
berkumpul hari ini
selain pada hari
raya.
Sofia memandang jari
jemarinya yang sudah
diinaikan oleh orang
yang diupah khas
sebentar tadi. Corak
yang dilukis diatas
tangannya sangat simple dan
cantik. Tersenyum sendiri
Sofia dibuatnya. Jantung
sedari tadi lagi
berdebar-debar tanpa henti.
Sedang ralit dia
memikirkan apa yang
bakal terjadi saat
dia bergelar isteri
kepada encik sombongnya
itu matanya terpandang
akan sepasang mata
yang sedang merenungnya
dari arah landscape di
bawah. Berderau darahnya apabila menyedari
Fahmi sedang merenungnya!
Terus Sofia menarik
langsir dan menutup
tingkap tersebut. Jantungnya
bertambah laju dan
diurut-urut dadanya.
“Kau dah
kenapa Sofia? Pontianak
jenguk bagi salam
dekat kau ke?”
tanya Shima pelik.
Novel ditangannya ditutup
dan dia berjalan
kearah Sofia yang
masih lagi mengurut
dadanya sambil beristighfar.
“Bukan Pontianak, tapi
bapak Jin.” Jawab
Sofia berloyer buruk.
“Mana?” terus Shima
menyelak kain langsir.
Terbeliak mata Shima
apabila mengetahui siapakah
gerangan bapak jin
yang dikatakan Sofia
itu.
“Hoi mangkuk!
Tu bukan bapak
jin! Tu bapak
anak kau nanti!
Gila kau Fia
selamber aje kau
gelarkan dia bapak
Jin. Boleh jadi
isteri nusyuz kau
tahu kalau kau
gelar dekat dia
macam ni!.” Shima
menolak kepala Sofia
hingga melelong Sofia dibuatnya.
Tayangan sengihan percuma
diberikan kepada Shima.
“Rilek la dia
belum jadi laki
aku lagi sebab
tu aku berani
bagi gelaran dekat
dia bapak jin.”
Jawab Sofia sambil
menjelirkan lidahnya.
Geram dengan kata-kata
Sofia itu terus
Shima berlari mengerjarnya.
Adegan kejar-mengejar berlaku
seketika didalam bilik
itu. Safira sudah
keluar dari bilik
sebentar tadi. Shima
terus mengambil bantal
dan membaling kearah
Sofia tetapi satu
bantal pun tidak
mengenanya. Sofia amat
cekap dalam seni
mempertahankan diri, oleh
kerana itulah dia
dapat mengelak dari
terkena serangan musuh.
“Ya Allah
Ya tuhanku! Apa
nak jadi dengan
anak dara dua
orang ni hah? Yang
sorang
ni esok nak
jadi bini orang
pon masih main
kejar-kejar macam budak-budak.
Sofia, Shima! Apa
yang korang main
ni hah? Astaghfirullahaladzim!” leteran
Mak Cik Sarimah
di muka pintu
telah menghentikan mereka
berdua dari terus
membaling bantal.
Berpandangan
Sofia
dan Shima. Meletus ketawa
kedua-dua mereka itu. Leteran
Mak
Cik Sarimah sebentar
tadi sedikit pun
tidak dihiraukan. Datin Haina
yang turut berada
disebelah Mak Cik
Sarimah turut ketawa
melihat aksi anak
dara dua orang
itu.
“Biarkan sajalah
Imah. Esok mereka
belum tentu dapat
bermesra macam ni
dah. Biarlah mereka
melepas rindu.” Ujar Datin
Haina senyum. Dipeluk bahu
besannya itu. Tergeleng-geleng mak
cik Sarimah dibuatnya.
“Budak-budak ni
kalau tak tengok
bukan boleh diharap.
Sofia ni entah
kahwin esok bila
dah ada anak
jangan la kamu
buat perangai macam
ni nak oi! Malu
dekat
anak nanti. Shima
ni mak cik
nak kena pesan
dekat mak kamu
bagi kahwin cepat-cepat.
Makin dibiarkan membujang
makin kuat perangai
tiga suku korang
ni.” Mak Cik Sarimah
bercekak pinggan. Terkejut dia sebentar tadi
apabila terdengar suara
Sofia dan Shima
ketawa dengan kuat.
Haiisshh, rumah orang
boleh pula mereka
buat perangai macam
ni.
Sofia dan Shima
hanya tersengih sumbing
sambil membuat dua
jari isyarat ‘peace’ . “Kitorang
nak lepas rindu
je mak. Esok dah
tak boleh nak
main perang-perang macam
ni. Kan Shima kan?”
Sofia memeluk pinggang
Shima.
“Ha’aa la
cik Imah. Esok
Sofia dah jadi
mem besar. Saya hanya
kuli dia yang
tak bersalah sahaja.
Malam ni kitorang
main puas-puas la.”
Shima turut membalas
pelukan Sofia. Disedihkan sedikit
raut wajahnya. Minta simpati!
Datin Haina hanya
senyum sambil menggeleng
kepala. “ Sudah lah,
esok korang kena
bangun awal. Malam ni
tidur awal tau. Jangan
nak
berperang pula. Esok tak nyempat
nak bangun.”
“OK!” jawab
Sofia dan Shima
serentak.
Datin
Haina dan Mak
Cik Sarimah berlalu
keluar dari bilik
itu. Sofia dan
Shima berpandangan sesama sendiri.
Terus mereka berdua
berpelukan.
“Aku sayang
kau Fia.” Ucap Shima
sebak.
“Aku pun
sayang kau juga
Shima.” Sofia turut
berkata dengan sebak.
Maka, berpelukanlah mereka
malam itu untuk
melepaskan rindu buat
kali terakhir. Bukan mereka
tidak akan berjumpa
selepas ini, tetapi
situasi yang berbeza
buat mereka berdua
nanti.
“Aku
terima nikahnya Ariana
Sofia Binti Aminuddin
dengan mas kahwinnya
sebanyak RM300 ringgit
tunai.” Tenang Fahmi
melafazkan akad nikah
itu. Saksi masing-masing
mengatakan sah.
Alhamdulillah, dengan sekali
lafaz Ariana Sofia
kini sah menjadi
isteri kepada Fahmi
Hazrin. Berjujuran air
mata yang keluar
dari tubir mata
Sofia. Pantas mak
cik Sarimah disebelahnya
dipeluk. Mak cik
Sarimah turut mengalirkan
air mata. Dikucup dahi
anak sulungnnya itu
lama. Shima dan
Safira juga menangis
air mata gembira.
Kini, Sofia sudah
pun menjadi milik
orang.
Semua orang yang
menyaksikan upacara akad
nikah di masjid
itu mengangkat tangan
mengaminkan doa yang
dibaca oleh tok
kadi. Usai sahaja
doa selamat dibacakan,
Fahmi bangun dan
berjalan menuju kearah
Sofia untuk penyerahan
mas kahwin dan
menyarungkan cincin pernikahan
mereka.
Terketar-ketar tangan Sofia
menyambut huluran mas
kahwin dari Fahmi.
Ditundukkan sahaja wajahnya
kerana jantungnya bagaikan
nak tercabut saat
memandang sepasang mata
milik Fahmi yang
sedari tadi merenungnya
tanpa henti. Fahmi memandang
Sofia yang gini
bergelar isterinya dengan
penuh kasih. Shima menghulurkan
tangan Sofia untuk
disarungkan cincin. Sebaik sahaja
cincin emas bertahtakan
berlian tersarung cantik
dijari, terus Sofia
menunduk dan mencium
tangan Fahmi dengan
penuh hormat.
Bagaikan air dingin
yang mencurahi tubuh
Fahmi saat Sofia
mengucup tangannya. Direnung mata
Sofia dengan senyuman
manis. Fahmi memberikan
kucupan penuh kasih
di dahi isterinya
tersayang. Tetamu yang
hadir tidak melepaskan
peluang untuk mengambil
gambar pasangan pengantin
itu.
Fahmi dan Sofia
mengadap Datin Haina,
Dato Fazli dan
Mak cik Sarimah untuk
memohon restu dan
doa untuk keberkatan
dan kebahagiaan rumah
tangga mereka yang
baru dibina. Datin Haina
memeluk dan mencium
dengan penuh kasih
menantu sulungnya itu. Titisan
mutiara
gugur di pipi
gebu milik Sofia.
Fahmi turut bersalaman
dan memeluk mamanya
itu. Pelbagai nasihat
diberikan oleh Datin
Haina kepada anak
lelakinya itu.
Saat tiba
giliran untuk bersalaman
dengan Mak Cik
Sarimah, Sofia tidak
dapat menahan air
matanya bercucuran laju
membasahi wajahnya itu. Terus
tubuh
emak kesayangannya itu
dipeluk dan menangis
teresak-esak di bahu
emaknya. Ramai yang
turut mengalirkan air
mata. Shima dan
Safira sudah berpelukan
sesama mereka. Mak cik
Sarimah menepuk perlahan
belakang anaknya itu. Dicium
lama
dahi dan pipi
anak sulungnya itu
sebelum melafazkan sesuatu
sambil disaksikan keluarga
kedua-dua pihak.
“Anakku Ariana
Sofia binti Aminuddin, hari ini
kamu akan berpindah
dari naungan dan
perlindungan ayah dan
emak ke suatu
alam yang baru
dibawah naungan suamimu.
Ayah dan emak
telah mendidik dan
mengasuhmu sebaik mungkin
untuk menjadikan dirimu
seorang anak yang
solehah. Hari ini
ayah dan emak
mengharapkan kepadamu untuk
melaksanakan segala tunjuk
ajar dan nasihat
ayah dan emak
selama ini. Jadikanlah dirimu
sebagai seorang isteri
yang solehah nescaya
suamimu akan menjadi
teman yang mesra
kepadamu. Berikanlah khidmat
dan ketaatanmu dengan
jujur dan ikhlas.
Hendaklah kamu menjaga
perkataanmu dan budi
pekertimu serta tingkahlaku
terhadapnya. Jagalah maruah
dirimu dan maruah
keluargamu. Taatilah Allah
SWT sepanjang hidupmu.
Semoga Allah memberikan
ketabahan, keafiatan ketenangan
dan kebahagiaan kepada
kamu. Ayah dan emak memohon
kemaafan diatas segala
kesilapan dan kesalahan
semasa mendidikmu..” terus
dipeluk anaknya itu
dengan tangisan kebahagiaan.
Sofia sudah tidak
dapat menahan sebak.
Dilepaskan sahaja air
matanya mengalir. Tidak dihiraukan
solekan diwajahnya itu.
Datin Haina juga
turut memeluk Sofia.
Fahmi hanya berteleku sebelum
bergerak menyalami ibu
mertuanya itu. Disalam dan
dicium penuh hormat
tangan emak mertuanya.
Mak cik Sarimah
menghadiakan ciuman didahi
menantunya itu.
Shima dan Safira
terus berlari memeluk
Sofia. Menangis mereka
bertiga dalam pelukan.
“Selamat pengantin
baru Fia. Aku nak
kau tahu yang
kau lah sahabat
aku dunia akhirat.
Susah senang kita
sama-sama harungi. Lepas ni
kau jaga diri
baik-baik. Aku harap
kau tak lupakan
aku. Aku sentiasa
ada bersama kau
saat kau susah
dan senang. Aku sayang
kau Fia.” Kata Shima
dengan linangan air
mata.
“Terima kasih
weh. Aku pun
sayang kau sangat-sangat. Kau sahabat
aku dunia akhirat.
Takkan ada orang
lain yang boleh
gantikan tempat kau. Terima
kasih
sebab sudi jadi
sahabat aku dari
kita kecil sampai lah
aku kahwin. Terima kasih
sebab sudi layan
kerenah aku. Aku takkan lupakan
kau sampai ajal
memisahkan kita.” Usai Sofia
mengucap kata-kata itu
terus tubuh sahabatnya
dipeluk.
“Fira, nanti
jaga mak baik-baik.
Jangan nakal-nakal dan
selalu kena tolong
mak tau. Belajar rajin-rajin
dan pastikan spm
dapat keputusan cemerlang.
Banggakan emak dan
banggakan nama arwah
ayah. Nanti kalau
ada apa-apa jangan
lupa untuk tanya
akak okay? Akak sayang
adik akak sangat-sangat.” Sofia
memeluk dan mengelap
air mata adiknya
itu. Tiada kata-kata
yang mampu diucapkan
oleh Safira ketika
ini. Dianggukkan sahaja
kepalanya dan memeluk
kakaknya seerat mungkin.
Mereka bertiga berjalan
keluar dari masjid
untuk berkumpul bersama
saudara yang lain. Baju
pengantin Sofia
yang labuh dan veilnya yang
panjang menyukarkan Sofia
untuk berjalan dengan
laju. Tiara diatas
kepalanya dibetulkan sedikit. Kelihatan Fahmi
dan yang lain-lain
sedang menanti di
suatu sudut. Untuk bergambar
barangkali.
“Fia dengan
Fahmi duduk tengah-tengah. Kitorang semua
duduk keliling awak
berdua.” Ujar salah
seorang saudara Fahmi.
Sofia bergerak kearah
Fahmi dan spontan
Fahmi mengenggam jari-jemarinya membuatkan
Sofia terkejut. Dikawalkan sahaja
wajahnya agar tidak
dikesan. Sempat Fahmi mengelap
sisa air mata
di wajah Sofia
dengan ibu jarinya.
Merona merah wajah
Sofia diwaktu itu. Memang
diakui
Sofia sangat cantik
hari itu. Sofia
dan Fahmi mengenakan
persalinan berwarna putih
dan baju Sofia
dihiasi dengan manik-manik
mutiara.
Potret mereka sekeluarga
bersama pengantin diambil
untuk dibuat kenangan.
Kini mereka perlu
bergerak pulang kerumah
untuk membuat persediaan
untuk kenduri di
hotel yang sudah
ditempah khas untuk acara malam
ini. Sofia dan
Fahmi menaiki kenderaan
yang dikhaskan untuk
pengantin manakala mereka
yang lain bergerak
dengan menaiki kereta
masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan