" Minggu
depan adik kamu tu dah nak bertunang.
Kamu ni sebagai anak sulung kena la
kahwin dulu dari adik kamu. Mama bukannya apa , mama tak nak kalau ada
langkah bendul dalam keluarga kita. Cepat
la cari pasangan hidup, usia kamu tu
bukan semakin muda , tapi semakin tua.
Dah masuk dua puluh lima tahun pun
masih berangan nak hidup single." Kata-kata
Datin Haina masih tergiang-ngiang di
fikiran Farish. Serabut dia memikirkan
perkara ini.
Ya Allah cepatnya masa berlalu. Minggu depan Faizureen dah nak bertunang tapi aku masih lagi tak kahwin. mama asyik desak aku kahwin sebelum Faizureen kahwin. Mana aku nak dapat pasangan secepat mungkin ni?
"Abang , abah panggil turun bawah. " Teguran Faizureen di muka pintu biliknya menghentikan lamunannya.
" Ya la. Nannti abang turun ye.?" Balas Farish.
" Kenapa ni abang? Abang tengah fikir pasal mama eh? " Faizureen menghampiri abangnya.
" Ha'aa Reen, abang tak tahu nak buat apa sekarang ni. Enam bulan selepas tunang Reen dah kena nikah dah. Tapi abang masih lagi tak ada calon. " Keluh Farish.
" Abang jangan la stress sangat. Ala abang Reen ni kan handsome. Abang pilih je mana yang abang nak nanti mesti ada yang akan terima abang punya. Dah la handsome , kaya pula tu. " Faizureen cuba memujuk abang sulungnya itu. Diusik juga abangnya itu agar hilang stress abangnya.
" Amboi , kalau bab memuji orang dapat dekat dia sorang. Abang kalau nak pilih abang kena pilih yang betul-betul sesuai dengan abang Reen. Ia makan masa yang lama untuk abang kenal hati budi." Ujar lelaki itu lagi.
" Ala abang ni , Reen kahwin ni pun bukan sebab cinta ke apa. Abang kan tau mama tu, dia takkan benarkan Reen sambung belajar dekat luar negara sorang-sorang. Sebab tu mama suruh Reen kahwin kalau Reen nak belajar dekat sana sekurang-kurangnya Reen dah ada suami yang akan jaga Reen. Abang kahwin aje lah dulu lepas tu baru abang bercinta dengan istri abang." Faizureen memberikan senyuman yang manis.
Katanya , apa sahaja yang mama dan abahnya mahukan pasti dia akan menurut kerana dia tahu apa yang mama dan abah lakukan semua yang terbaik. Dia tidak kisah jika bakal suaminya itu adalah lelaki pilihan orang tuanya. Lagipun bercinta selepas kahwin sangat indah.
"Senangnya dia cakap. Kalau bukan sebab Reen nak pergi sambung belajar dekat luar sana tu mesti Reen tak nak kahwin muda kan? Macam la abang tak tahu. Ya la baru umur dua puluh tahun dah kahwin kan? Hahaha , padan muka Reen." Farish menarik hidung adik bongsu kesayangannya itu.
" Ish abang ni jangan la tarik kang terlebih mancung pula hidung Reen ni. Abang jangan mengata dekat Reen ye nanti kena dekat batang hidung abang sendiri baru tau." Kata Faizureen geram.
" La, kenapa kena dekat abang pula? Abang dah dua puluh enam tahun dah pun mana ada muda lagi. "
" Bukannya abang yang muda tapi future wife abang nanti. Silap-silap dapat bini umur sebaya dengan Reen padan muka abang." Balas Faizureen menjelirkan lidahnya.
" Okay la lagi best dapat bini umur muda. Dah la jom turun nanti abah tunggu lama pula." Ajak Farish bangun dari katilnya. Dipeluk bahu Faizureen untuk berjalan beriringan.
" Persiapan majlis pertunangan Reen dah hampir siap. Jadi abah nak tanya kepada kamu la Farish dan Fahmi . Macam mana? Dah dapat pasangan? " Tanya Dato Fazli kepada dua orang anak terunanya itu.
" Belum abah." jawab Fahmi , adik kepada Farish , abang kepada Faizureen.
Farish hanya diam membisu.
" Hmm, macam ni sajalah, abah bagi peluang dekat kamu berdua , kamu tak perlu la kahwin lagi kalau belum ada pasangan masing-masing. Abah faham persaan kamu berdua." Kata-kata yang keluar dari mulut Dato Fazli itu membuatkan Farish dan Fahmi serentak memandang kearah wajah tua itu. Terbit senyuman diwajah mereka berdua.
" Betul ni abah? " Tanya Farish meminta kepastian.
" Ya, abah bagi kamu peluang untuk cari pasangan masing-masing. Tapi kena ingat...."
" Kena ingat apa abah? " Fahmi memotong . Tidak sabar rasanya mahu mengetahui.
" Kamu berdua mesti cari secepatnya sebab abah nak timang cucu dari anak lelaki dulu. " Ujar Dato Fazli tersenyum. Isterinya disebelah juga turut tersenyum.
" Cantekk..! Fahmi on ja abah.! " Fahmi mengangkat ibu jari tanda setuju.
" Amboi , bukan main seronok lagi kau orang kan? Kamu Farish macam mana pula? mama nampak kamu macam kurang semangat je.?" Tanya Datin Haina
" Farish okay mama. Lagi Farish suka kalau mama buat keputusan macam ni. Tak ada lah Farish kusut kepala asyik fikir cari calon isteri je. " Kata Farish sambil tersengeh.
" Ewah-ewah , kamu ingat lepas mama dengan abah buat keputusan macam ni kamu boleh senang lenang tak payah fikir pasal kahwin? Kamu tetap kena cari calon istri bermula sekarang. Ingat ye? " Datin Haina menjegilkan matanya.
" Ye la. " Jawab Farish acuh tak acuh.
Faizureen hanya ketawa mengekek-ngekek apabila abang-abangnya kelihatan seperti kanak-kanak yang gembira sahaja. 'Dah tua pun macam budak-budak'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan