Pekerja-pekerja di
butik itu sedang sibuk dengan tugas
masing-masing. Tidak ketinggalan juga Sofia
dengan Shima yang sedang iron baju-baju
untuk digantung dijadikan pameran. Pada
tengah hari nanti Sofia harus pergi ke klinik
Mawar untuk membuka balutannya.
" Sofia ! Datin panggil awak masuk dalam bilik dia sekejap." Beritahu Tina , rakan sekerjanya.
"Oh iya ? Sekejap ya." Sofia menghadiahkan senyuman kepada Tina.
Sofia mengetuk perlahan pintu bilik Datin Maria. Setelah menerima arahan untuk masuk, Sofia memberikan senyuman yang paling manis untuk majikannya itu walhal dalam hati sudah berdebar-debar menanti apa yang bakal dikatakan nanti. Datin Maria hanya senyum seraya menyuruh Sofia untuk duduk dikerusi dihadapannya itu.
"Macam mana tangan kamu tu? Dah okay ke? " Tanya Datin Maria ramah.
" Alhamdulillah datin , dah lega sikit rasanya. " Kata Sofia sopan.
" Ish kamu ni , kan mummy dah pesan, jangan panggil datin tapi panggil je mummy. Mummy suruh pekerja mummy semua panggil gelaran mummy. Boleh kan sayang kamu panggil mummy." Pinta datin Maria sambil mencapai tangan Sofia. Diusap-usap tangan putih gebu itu.
" Err... insha-Allah datin. Eh silap insha-Allah mummy. Hehe." Sofia tersengeh.
" Ha macam tu la. Ni mummy nak tanya, tangan kamu tu bila nak pergi buka balutan tu? " Tanya datin Maria.
" Tengah hari kejap lagi mummy. Mummy , Fia nak minta izin keluar pergi klinik sekejap nanti sebab nak buka balutan ni. Mummy izinkan tak? " Tergagap-gagap Sofia meminta izin.
" Eh , kenapa tak boleh pula? Mesti la boleh sayang, nanti kamu nak pergi dengan apa? "
" Pergi dengan Shima mummy." Jawab Sofia
" Kalau macam tu kamu pergi je lah dengan kereta mummy sebab mummy ada kerja nak suruh Shima pergi ambil baju yang dah siap jahit dekat tailor tu. Kamu pergi dengan kereta mummy ya?" Penyataan itu membuatkan Sofia terkejut. ' Biar betul datin ni? Nak suruh aku pergi naik kereta mercedez mahal dia tu?'
" Tak apa lah mummy, susah-susahkan mumy je. Saya boleh naik teksi tak pun saya suruh ja Tina hantar. Segan la saya nak tumpang mummy, lagi pun mummy dah bagi saya kerja dekat butik ni pun dah kira rahmat besar saya nak cari rezeki." Ucapan jujur yang keluar dari mulut Sofia membuatkan hati datin Sofia terharu.
" Jangan la tolak , mummy ikhlas sayang . Kalau kamu segan nanti mummy suruh Pak Ali bagi kunci kereta dekat kamu. Kamu drive sendiri ye? " Melihat air muka datin Maria bersungguh-sungguh membuatkan Sofia tidak sampai hati nak menolak. Dengan rasa yang malu Sofia menerima sahaja pelawaan datin Maria itu.
" Baiklah mummy. Terima kasih sangat-sangat saya tak tau nak balas jasa mummy macam mana." Ujar Sofia terharu. Digenggam tangan wanita berusia empat puluh enam tahun itu. Hampir menitis air matanya.
" Sama-sama. Dah sekarang pergi sambung kerja tapi ingat jangan lasak sangat ya? Panggil Shima masuk sekejap ya? " Pinta Datin Maria
" Okay mummy tunggu sekejap eh? "
Sofia terus bangun dan berlalu keluar. Apabila dia ternampak kelibat Shima sedang memunggah baju terus dia menampar bahu sahabatnya itu. " Woii ! datin nak jumpa kau dekat dalam tu."
" Hish kau ni, lain kali kau panggil aku elok-elok boleh tak? Nak terkeluar jantung aku terkejut tadi. Kalau tak sia-sia je hidup kau nanti kalau aku mati tahu tak? " Bebel Shima.
" Ada aku kesah? " Sofia membuat muka tak bersalahnya.
" Eee... geramnya aku kau ni. Nasib baik la aku sayang kau kalau tak memang dah aku lenyek-lenyek kau jadi keropok lekor." Shima membuat gaya melenyek-lenyek di tangannya. Tergelak Sofia melihatnya.
" Kalau dah jadi keropok lekor apa mau tunggu lagi? Cepat la goreng lepas tu cicah dengan kuah dia dan rasanya menang sedap tahap tak ingat dunia.! " Sofia melayan Shima dengan loyar buruknya. Tak habis-habis dengan loyar buruk la budak ni.
" Dah la malas aku nak layan kau. Aku pergi masuk lagi bagus.! "
Kelihatan seorang lelaki tua sedang meninjau-ninjau mencari sesuatu. Kak Yati terus merapati lelaki tua tu. Dia kenal dengan lelaki tua itu. Dengan ramah dia menegur " Assalamualaikum Pak cik. Nak jemput datin ke?"
" Waalaikumussalam, hah kamu Yati , ni pak cik nak bagi kunci kereta dekat siapa nama tu Shafia? eh Shofi? apa nama entah pak cik kurang jelas tadi masa datin telefon bagi tau. Ada tak nama siapa-siapa yang ada iras-iras dengan nama yang pak cik sebut tadi? " Ujar Pak Ali sambil menggaru kepalanya yang sudah beruban.
Kak Yati terus ketawa mendengar nama-nama yang keluar dari mulut Pak Ali itu. " Bukan la pak cik , nama dia Sofia la. Oh ya pak cik nak bagi kunci kereta dekat dia ya? Dia ada tu dekat dalam nanti saya panggil sekejap ya? "
Beberapa saat kemudian Kak Yati muncul semula dengan Sofia. Setelah kak Yati memberi tahu tentang Pak Ali itu , Sofia menghadiahkan senyuman yang manis buat lelaki tua itu. " Saya Sofia pak cik." Ujar Sofia ramah.
" Oh kamu la Sofia , maaf la pak cik tak pernah nampak kamu lagi. Ni ha kunci kereta datin suruh bagi dekat kamu." Pak Ali terus menghulur kunci kereta itu kepada Sofia. Teragak-agak Sofia mahu menyambutnya tapi diambil juga.
" Terima kasih ya pak cik." Ucap Sofia.
" Sama-sama. Kamu Yati jom la ajak pekerja dekat dalam tu kita pergi makan tengah hari dekat kedai sebelah tu. Pak cik bau ikan bakar dia memang naik terus selera pak cik." Ujar Pak Ali bersungguh-sungguh.
" Kalau macam tu sekejap ya pak cik saya pergi ajak orang dekat dalam tu." Terus Kak Yati berlalu kedalam.
" Jom la kamu ikut sekali nanti boleh la kita borak-borak. Pak cik dengan Yati tu dah lama kenal masa mula-mula datin buka butik ni lagi. " Ujar Pak Ali ramah. Walaupun wajahnya sudah berkedut namun tetap nampak kuat dan masih bertenaga.
" Eh tak apalah pak cik. Saya nak kena pergi klinik sebab ada temu janji dengan doktor. Err.. saya pergi dulu lah pak cik ya? " Ucap Sofia sambil meminta izin berlalu pergi.
Tiba sahaja di kereta mewah milik Datin Maria, Sofia membuka pintu tempat pemandu dengan perlahan-lahan. Menggeletar tangannya ingin memandu kereta mewah itu. Seumur hidup dia tidak pernah dia memandu kereta mahal ini.' Oh mak oi , betul ke aku nak bawak kereta mahal ni? Ni kalau ada rosak sikit mampus aku nak kena ganti rugi. Silap-silap tanah mak aku kena jual nanti sebab nak bayar ni ha. Setakat kereta myvi Shima tu boleh la aku bawa. Kereta mewah ni beb! ' Omel Sofia dalam hati. Dengan lafaz bismillah Sofia menghidupkan enjin kereta itu. Perlahan-lahan dia menekan pedal minyak. Kereta Mercedez itu meluncur keluar dari kawasan butik tempat kerjanya.
" Cik Sofia kena tunggu sekejap ya sebab doktor Farish belum masuk lagi. Sekarang dekat dalam tu ada doktor Naim. Lagi sepuluh minit akan habis masa kerja doktor Naim dan akan diganti dengan doktor Farish. Cik Sofia sila tunggu di ruang menunggu sekejap ya. Nanti saya akan panggil nama cik. " Ramah sekali nurse di kaunter itu melayan Sofia. Tanpa membuang masa Sofia terus berlalu dengan senyuman. Dia duduk di barisan kerusi paling hadapan. Tidak ramai pesakit hari ini hanya empat orang sahaja.
Sofia berasa bosan menunggu namanya dipanggil. Dibelek lengan kanannya yang berbalut itu. Dia tersenyum sendiri melihat lengannya yang berbungkus itu. 'Dah macam raksaksa aku tengok tangan aku ni.'
Farish menolak pintu kliniknya itu. Sedang dia berjalan dia terpandang figura seorang gadis yang memakai t-shirt lengan pendek bewarna biru muda dan seluar jean bewarna hitam disertakan juga kasut sneaker blackhead bewarna biru. Rambutnya pula hanya diikat satu dan sebahagian rambutnya di dahi terjuntai kebawah kerana gadis itu sedang membelek lengannya.
Sedang asyik Sofia membelek lengannya dia terasa seperti ada orang sedang memerhatinya. Terus dia mengangkat kepala untuk melihatnya. 'Lerr..doktor ni rupanya. ' Sofia terus membuat muka selamba sambil memerhati ketempat lain.
Farish terus berlalu dihadapan Sofia untuk masuk kedalam biliknya. Waktu bekerjanya sudah tiba. Gilirannya pula untuk bertugas.
Nama Sofia dipanggil untuk masuk kedalam bilik rawatan. Dengan langkah yang malas Sofia terus berjalan kebilik rawatan itu. Dia mengetuk terlebih dahulu dan apabila mendapat reaksi dari dalam terus dia membuka pintu itu perlahan-lahan.
'Aik, mana pula mamat ni pergi? Tadi aku dengar dia kata masuk tapi bila aku masuk dia tak ada pula.' Omel Sofia dalam hati. Dia terus meloloskan badannya masuk kedalam dan ditutup pintu perlahan-lahan. Dia meninjau-ninjau dihadapannya untuk mencari kelibat doktor Farish.
"Apa yang awak cari tu duduk je lah dekat kerusi tu?" Farish bertanya lembut namun muka nya series sahaja.
" Oh mak kau hilang! " Sofia terus melatah apabila terdengar suara doktor itu dari belakangnya. Dekat pula tu. Terus dia memusingkan badannya kebalakang untuk melihat doktor itu. " Hish doktor ni, main-main la. Terkejut saya tau tak. Kalau saya kena serangan jantung kang tak pasal-pasal kena hantar pergi IJN pula." Bebel Sofia geram. Dia menarik kerusi dihadapannya itu dan terus duduk dengan muka marah. Namun nampak comel saja apabila dia berbuat begitu.
" Sudah la bebel tu. Saya letak tong sampah belakang pintu ni. Bukannya nak main nyorok-nyorok dengan awak. " Ingin sahaja dia menggelakkan kepada Sofia ketika melatah tadi namun diserieskan sahaja mukanya.. 'Melatah rupanya mak cik ni.'
" Bila masa saya nak main nyorok-nyorok dengan doktor? Suka perasan betul la. Dah la kedekut." Kutuk Sofia selamba.
" Apa awak cakap tadi? Boleh ulang tak? "
" Laa... pekak rupanya doktor ni. Muka handsome dah tapi sayangnya pekak la pula. Malas la saya nak ulang lagipun saya ni bukan astro nak siarkan rancangan ulangan " Kutuk Sofia lagi. Matanya memandang kearah lain.
Terdetik dihati Farish ingin mengusik gadis comel dihadapannya ini. " Apa sayang cakap tadi? Abang tak dengar la. Tapi bunyi macam best aje." Farish bertanya dengan suara yang sangat lembut . Dimaniskan mukanya dengan senyuman. Terserlah ketampanannya itu.
Dengar sahaja kata-kata yang keluar dari doktor itu terus Sofia berdiri. Meremang bulu romanya mendengar. " Apa doktor ni sayang-sayang pula.Eeee geli...geli... Kang tak pasal-pasal nanti nampak batu nisan melayang depan mata baru tau.! " Bebel Sofia. Melihat reaksi Sofia itu hampir terhambur ketawanya namun dikawalnya.
" Dah la. pergi duduk dekat katil pesakit tu saya nak buka balutan awak ." Arah Doktor Farish. Kini mukanya diserieskan kembali. 'Dasar kedekut senyuman'
Sofia beregerak kearah katil pesakit yang terletak didinding bilik itu. Dengan selamba dia memanjat katil itu dan menghayunkan kakinya. Dia melihat sahaja gerak geri doktor itu yang sedang mengambil barang yang diperlukan.
Perlahan-lahan doktor Farish membuka balutan ditangan Sofia. Sempat juga dia mengerling sekilas wajah Sofia yang bersahaja itu. " Sakit tak? " tanyanya.
" Tak pun. " Jawab Sofia selamba.
" Nak sakit tak.?" tanyanya lagi. Sengaja mahu mengusik.
" Doktor ni memang saja tempah bala ke apa? "
" Mana la saya tau kalau awak nak ke? Saya boleh bagi."
" Orang sakit otak ja yang minta nak sakit. Errr doktor saya nak tanya boleh? " Tanya Sofia. Dipandang wajah doktor itu yang sedang ralit merawat tangannya.
" Nak tanya apa tanya je lah." Jawab doktor Farish sambil mengerling sekilas wajah Sofia.
" Hari ni kena cucuk tak?" tanya Sofia lagi.
Doktor Farish terhenti seketika. ' Ni mesti takut macam malam tu.' " Kalau ada kenapa? " Sengaja dia menduga Sofia.
" Ala doktor , jangan lah cucuk. Saya takut nanti saya tak boleh balik pula." Sofia mempamerkan wajah kesiannya.
" Bukan awak selalu datang dengan kawan awak ke? Nanti suruh la kawan awak drive." Ujar doktor itu lagi. Dia hanya mempamer senyuman kecil sahaja.
" Tak doktor, hari ni saya datang sorang saja. Kawan saya tak dapat ikut nanti kalau saya kena cucuk macam mana saya nak drive balik."
'Manjanya budak comel ni.' " Saya tak cucuk la. Lagipun luka awak dah kering. Saya dah lekat plaster dekat lengan awak ni soo lepas ni dah boleh mandi macam biasa. "
" Eh doktor lagi pun memang saya mandi macam biasa apa." Soal Sofia pelik.
" Ye ke? "
" Ha'aa."
" Apa-apa ja lah. Jom duduk dekat kerusi tu saya nak tulis rekod awak. " Doktor Farish berlalu kemejanya diikuti Sofia dari belakang.
Setelah mencatit sesuatu , doktor Farish mengangkat wajahnya lalu memandang Sofia yang sedang menongkat dagunya. Direnung wajah putih gebu dihadapannya seketika. " Luka awak dah sembuh jadi awak dah tak perlu datang untuk temu janji lepas ni. Pergi ambik ubat dekat depan ya? " Ujar doktor Farish sambil senyum. 'Baru boleh nampak dia ni senyum'
" Pandai la pula doktor senyum kan? Ingat ke dah tak tau cara nak senyum." Kutuk Sofia selamba. ' Mak oi boleh cair hati Fia ni ha'
" Ada saya kisah? " Ujar doktor Farish mengulangi kata-kata Sofia.
" Apa saya kisah? " Sofia berloyar buruk.
" Dah-dah kalau saya layan awak ni sampai esok tak habis. Awak pergi ambil ubat dekat depan ya? " Ujar doktor Farish.
Sofia terus bangun dan berlalu ke pintu. Sebelum dia memulas tombol pintu dia memaling kebelakang. " Terima kasih doktor. Saya balik dulu. Assalamualaikum. Bye !" Sofia menghadiahkan senyuman paling manis buat doktor itu.
" Waalaikumussalam. bye! " balas doktor Farish sambil tersenyum. Dihadiahkan juga senyuman yang paling manis buat Sofia. 'Tak boleh jumpa lagi dah dengan budak mulut pot-pet ni.'
Sofia terus berlalu keluar dan terus menuju ke kaunter untuk mengambil ubat. Setelah selesai dia terus keluar dari klinik itu. Dipandang klinik itu sebelum berlalu pergi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan