" Aku nak
balik la. Buat apa datang sini kan
aku kata boleh sapu minyak gamat ja.
" Ujar Sofia sambil menarik tangan Shima untuk
beredar. Ketika itu mereka sudah berada
di hadapan pintu Klinik Mawar.
" Sofia kau jangan nak buat hal eh. Aku nak kau rawat tangan kau sekarang juga kalau tak balik rumah nanti aku tuang ubat dettol dekat lengan kau tu. Biar kau jerit macam orang kena histeria. " Shima masih menarik tangan Sofia agar masuk kedalam klinik. 'Gila la minah ni , perangai bukan main kasar tapi punya penakut nak masuk klinik.'
" Kau jangan kejam sangat. Kau bukan tak tau aku ni tak suka datang klinik tapi kau bawa juga aku datang sini. Dah la jom balik." Pujuk Sofia lagi. Mukanya seperti mahu menangis.
" Ah tak boleh ! Aku nak kau masuk juga dalam klinik ni. Kali ni aku takkan dengar pujuk rayu kau yang macam cengkodok basi tu. Lepas kau rawat luka kau tu ikut suka kau la nak balik ke nak buat apa ke yang penting settle masalah luka kau ni dulu. " Muktamad ! itu lah perkataan yang boleh dikatakan. Rasa ingin menangis je Sofia ketika ini. Akhirnya , kakinya melangkah kedalam klinik itu dengan tidak rela.
Selesai mereka membuat pendaftaran di kaunter , mereka duduk di ruangan menunggu. Tidak ramai pesakit yang mengunjung di klinik itu malam ini. Selang beberapa minit , nama Sofia dipanggil untuk masuk ke bilik rawatan.
" Fia , kau masuk la dulu aku terlupa pula handfon aku tertinggal dalam kereta. Nanti aku aku datang balik terus aku masuk dalam bilik kau dirawat tu. " Terus Shima bangun dan keluar dari klinik itu. ' Hadoi , terpaksa la aku masuk sorang-sorang. Time macam ni la pula dia nak tertinggal telefon. Songeh punya kawan'
Sofia mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk. Apabila mendengar perkataan 'Masuk' dari orang dalam baru dia menolak pintu untuk masuk. Dia melihat seorang doktor lelaki sedang mencatit sesuatu di kertas. Tanpa dipelawa terus Sofia duduk di kerusi hadapan meja doktor lelaki itu.
' Blur nya aku tengok doktor ni. Dia tak nak rawat aku ke apa? Ingat aku ni tengah praktis jadi patung cendana ke apa? Baik , aku akan kira sampai sepuluh kalau dia tak tegur aku memang aku keluar terus tanpa ada sekatan JPJ ! Wait and see.! ' Gumam Sofia dalam hati.
Doktor lelaki itu terus memandang Sofia apabila dia melihat Sofia sedang mengira sesuatu dengan jari-jarinya. Terbit senyuman di bibir doktor lelaki itu. " Awak tengah kira apa tu? " tanyanya.
" Doktor cakap dengan saya ke? " Soal Sofia acuh tak acuh. 'pandai pula nak bercakap'
" Habis tu takkan saya bercakap dengan orang belakang awak." Kata doktor itu berloyar buruk.
Terus Sofia berpusing ke belakang. Ada siapa pula dekat belakang ni. Tapi tak ada pun. Yang ada pintu aje lah.
" Tak ada orang pun doktor." Kata Sofia dengan bendul.
Ditahan ketawanya supaya tidak terlepas keluar. Doktor lelaki itu hanya menggeleng sahaja. ' Lurus pula dia ni'
" Siapa nama awak? " Tanya doktor lelaki itu . Matanya memandang tepat kearah Sofia dengan muka series.
" Fia " jawab Sofia malas. Tangannya yang berada dibawah sedaya upaya menahan kepedihan lengannya yang berdarah.
" Fia je ? Nama penuh apa? " Tanya doktor itu lagi. Matanya masih tertancap kemas pada wajah Sofia membuatkan Sofia menjadi sedikit tidak keruan. 'Apa kes pula doktor ni usya aku semacam je. Muka hensem gila tapi kedekut nak senyum. Sewel betul'
" Ariana Sofia Binti Amiruddin. " Jawab Sofia tanpa memandang sekilas pun kearah doktor itu. Mungkin tak tahan dengan renungan doktor itu.
" Tinggal dekat mana? "
" Taman Mawar "
" Umur berapa? "
" Lagi dua puluh minit genap dua puluh satu tahun saya hidup dekat bumi ni"
Seketika kemudian doktor lelaki itu berhenti untuk menanya soalan selanjutnya. Dia merenung sahaja wajah Sofia yang kelihatan malas mahu menjawab soalannya. Namun riak wajahnya sepanjang bertanyakan soalan tadi series sahaja.
" Datang sini buat apa? " Doktor lelaki itu sengaja bertanyakan soalan begitu sekadar ingin melihat reaksi Sofia. ' Adakah dia akan melenting dan keluar dari bilik ni?'
' Hak elah doktor ini. Agaknya dia bukak klinik ni buat apa ye? Atau setiap kali pesakit mengunjung ke kliniknya akan ditanyakan soalan sebegini?'
" Saya saja ja datang sini. Tadi lepas makan satay ingat nak pergi shooping baju sekejap. Singgah la dekat klinik ni kut-kut ada jual baju yang cantik-cantik ke.? Maklumlah dekat luar sana tak ada baju yang saya berkenan sebab tu la saya datang klinik ni mana la tahu ada baju yang saya berkenan ke." Hambek kau doktor. ! Sekali perangai loyar buruk Sofia datang boleh lingkup klinik ni.
Doktor lelaki itu sudah mahu ketawa terbahak-bahak namun ditahan juga agar tidak terlepas.
" Awak datang dengan siapa? " tanya doktor itu lagi.
" Dengan kawan."
" Kenapa dia tak masuk sekali? "
" Dia ambik handfon dalam kereta."
" Awak dari mana?" soal doktor itu lagi. Sengaja mahu mengusik gadis comel di depannya ini.
" Memang klinik ni macam ni ke? Tanya habis apa yang dia rasa nak tanya? Apasal doktor tak tanya aje rumah saya nombor berapa , saya makan berapa kali hari ni. Dah la doktor , layan soalan doktor sampai langit runtuh pun belum tentu luka saya ni dapat dirawat. Senang cerita saya balik sapu minyak gamat aje lah doktor. " Sofia sudah berkira-kira hendak bangun namun pantas sahaja lengannya ditarik oleh doktor lelaki itu. Membuntang mata Sofia melihatnya. ' Ni apa kes main pegang-pegang tangan aku ni. Nasib aku pakai sweater tangan panjang kalau tak memang dah kena penangan karate tahap petala kesembilan la jawabnya'
" Apa doktor ni main tarik-tarik tangan orang pulak. Kalau bini doktor tiba-tiba datang sini tengok adegan hindustan ni tak pasal-pasal saya kena ligan dengan cangkul pula. Tak sempat saya nak minta maaf dengan mak saya." Kata Sofia geram. Terus dia menarik pergelangan tangan kirinya.
" Dah-dah , duduk situ diam-diam. Saya saja ja tanya macam tu. Dan saya tak kahwin lagi. " Ujar doktor itu dengan muka seriesnya lagi.
' Oh , tak kahwin lagi? Ada chance tak aku nak takle? Ish kau ni Sofia , ingat janji kau dengan mak , datang sini sebab nak kerja bukan nak menggatal.'
" Mana luka awak tu saya nak sapu ubat dan balut sikit " Tanya doktor itu. Dia menarik kerusinya hingga berhadapan dengan Sofia. Hanya sedikit jarak sahaja lagi lutut mereka bakal berlaga.
" Nah ! " Sofia menyua lengannya yang berdarah itu.
" Teruk ni. Saya kena cuci dulu luka tu kemudian saya bagi suntikan untuk menghalang kuman dari merebak."
Sofia menelan liur mendengar kata-kata doktor itu. Mampus aku.!
" Kalau tak cucuk boleh tak doktor?" Tanya Sofia dengan lembut. Wajahnya sudah pucat dan seperti mahu menangis sahaja. Baru Sofia terpandang akan tag nama doktor itu yang dipinkan dibaju doktornya. 'Oh , nama Farish rupanya.'
Doktor Farish hanya memandang wajah Sofia yang sudah bergenang air mata. ' Ingat kasar sangat tadi tapi takut jarum rupanya. Tengok tu belum cucuk dah nangis'
" Tak boleh la. Kena cucuk sikit nanti kuman luka ni merebak lagi susah. Sekarang saya cuci luka ni dulu ye?" Ujarnya dengan lembut dan serentak dengan itu tangannya mencuci luka di lengan Sofia.
Berkerut-kerut wajah Sofia menahan pedih. Air matanya hanya bertakung namun tidak pula merembes keluar. Dalam hatinya berkata ' Pandai juga berlembut doktor ni ye? Eh kejap! Bukan dari tadi dia tanya aku dengan slamber je ke? Aku yang kasar nampaknya. Tapi pandai pujuk.'
" Tahan sikit ye. Saya nak cucuk ni." Katanya lembut. Mungkin untuk memujuk hati aku yang tengah takut ni. Tapi kenapa dia tak nak senyum langsung! Ahh! Biarlah lagipun aku bukan tergila dekat dia pun.
Tidak ada kata-kata yang keluar dari mulut Sofia ketika itu. Wajahnya lemah sahaja. Serentak itu dia membenankan mukanya dimeja doktor dan dilapikkan dengan lengan sebelah kirinya. Tidak sanggup untuk dia melihat jarum yang panjang itu akan menembus masuk ke dalam isinya.
Doktor itu terus membuka sedikit sweater putih milik Sofia untuk disuntik di bahu . Lengan t-shirt warna merah Sofia turut diselak agar memudahkan suntikkan. Dengan lafaz bismillah terus jarum suntikkan itu masuk kedalam isi bahu Sofia. Sakitnya yang teramat tidak dapat dia gambarkan.
" Okay dah siap ! Bangun la jarum dah tak ada." Kata doktor Farish mengusik. Sempat dia mengerling wajah Sofia yang merah hidungnya itu. 'Menangis la tu' Dia ketawa sahaja di dalam hati.
Sofia menyelak rambutnya yang menutup matanya itu. Rambut nya yang diikat satu itu diletak dibelakang semula apabila terjuntai jatuh dibahunya. Sweaternya dibetulkan semula dan dizip sampai dada. Sengal akibat suntikan tadi masih lagi terasa. Dia melihat tangannya yang sudah siap berbalut. Dia memandang kembali wajah doktor dihadapannya ini. Tekun sahaja doktor itu menulis sesuatu di kad laporan miliknya.
" Okey ni slip ubat awak nanti saya bagi dekat nurse dekat depan sana. Luka tu jangan bagi kena air sebab masih basah. Tiga hari lagi awak datang semula ke klinik saya ni sebab saya nak buka balutan luka awak. Awak dah boleh ambil ubat dekat depan lah ye." Ujar doktor Farish . Matanya tenang sahaja menatap wajah Sofia yang kelihatan pucat itu. 'Kesian pula aku tengok dia ni'
" Baiklah doktor. Saya keluar dulu. Terima kasih and Assalamualaikum." Ucap Sofia lemah. Perlahan sahaja tenaganya memulas tombol pintu. Namun belum sempat dia melangkah keluar sepenuhnya, namanya dipanggil oleh doktor Farish.
" Ariana Sofia "
" Ya Doktor?" Jawab Sofia lemah. Matanya melihat sahaja wajah doktor Farish yang sedang bersandar di kerusi empuknya itu.
" Lain kali hati-hati. Selamat Hari Lahir. " Wahh! Tak sangkanya aku dia orang first yang wish birthday dekat aku. Ingat hati batu sangat la tadi. Cuma ada secalit senyuman sahaja di bibir doktor muda itu. Kedekut senyum langsung!
" Terima kasih doktor. " Senyuman yang paling manis diberikan kepada doktor Farish. Terpana seketika Doktor Farish melihat senyuman milik Sofia. Walaupun wajahnya lemah , namun senyuman itu tidak mencacatkan sedikit pun kemanisannya.
Terus Sofia melangkah keluar dari bilik doktor itu. Langkahnya di diaturkan ke arah Shima yang sedang menanti di ruangan menunggu. 'Ceh ! kata nak masuk teman aku tapi boleh rilek je dia duduk dekat sini'
"Fia kau dah okay ke? Sini aku tengok luka kau? " Terus dia meraih lengan kanan shima yang berbalut itu. Lengan sweaternya disinting sampai kesikunya. Lega hatinya apabila Sofia dah terima rawatan.
" Jom la ambik ubat aku nak balik. Tak larat sangat dah ni. tiga hari lagi kena datang sini balik buka balutan ni." Kata Sofia berlalu kearah kaunter farmasi.
Selesai menbuat bayaran di kaunter farmasi , Shima memimpin Sofia keluar dari Klinik itu. ' Apa kes lembik sangat dia ni.'
" Kau ni kenapa lembik je aku tengok? " Soal Shima hairan.
" Aku kena cucuk tadi" Jawab Sofia lemah. Apa yang ada dalam fikirannya ialah nak balik tidur.
" Hahahaha... Apa la kau ni. Takkan dengan jarum pun kau takut?" Shima ketawa terbahak-bahak.
Sofia hanya memandang sekilas sahaja sahabatnya itu. " Kau tu la kata lepas nak ambik handfon terus nak masuk dalam bilik doktor tu tapi aku tunggu kau tak muncul-muncul pun."
" Sorry la Fia tadi aku nak masuk dah tapi aku tak tau bilik mana satu kau masuk. Last-last aku ambik keputusan tunggu kau kat luar je lah. Kang kalau tersalah bilik naya aku kena halau." Pujuk Shima.
Sampai sahaja di kereta , Sofia terus menyandarkan badannya ke kusyen. Tak larat betul badannya sekarang ni. Kereta myvi berwarna kuning itu akhirnya meluncur pulang ke rumah sewa mereka. Sampai sahaja dirumah terus Sofia berjalan kebiliknya dan menghempas badannya diatas katil yang empuk itu. Tidak sempat untuk menyalin pakaiannya kerana didalam fikirannya hanya tidur tidur tidur....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan