" Korang
dah lama ke tinggal kat sini? " Soal
Kak Yati , juga pekerja di sebuah
butik tempat Sofia dan Shima bekerja.
" Tak ada la kak , baru seminggu lebih ja. Bila dah dapat kerja terus datang KL ni. " Jawab Sofia ramah. Shima turut mengiakan kata-kata Sofia.
" Oh , akak ingat kau korang dah lama dekat sini. Datin Maria memang baik orangnya. Akak orang pertama yang kerja dekat butik dia ni masa baru-baru buka tiga tahun lepas. Apa-apa yang dia bagi dekat pekerja dia satu sen pun dia tak berkira. Korang nanti lama-lama bekerja dekat sini pun akan rasa seronok. Ya la datin tu nampak ja macam cengey tapi baik hati tau." Ujar Kak Yati senyum. Tangannya masih lincah menyangkut beberapa gaun mewah di rak.
Hari ini merupakan hari ketiga Sofia dan Shima bekerja dibutik ternama yang terdapat di bandar Kuala Lumpur. Butik ini menjual pelbagai jenis gaun dan pakaian yang mewah. Pemiliknya juga merupakan seorang yang berpangkat datin.
" Korang ni dah ada status apa? Bertunang ke kahwin? " Tanya Kak Yati.
" Eh akak ni, kesitu pula. Umur kitorang ni baru jejak dua puluh satu tahun mestilah tak ada status apa-apa lagi kak. Kalau saya ni tak apa la juga nak kahwin awalnya, yang masalah si Sofia ni , muka cantik kak tapi perangai kasar nak mampus. Dekat kampung dah berapa ramai budak lelaki yang dia belasah. " Shima membongkar perangai Sofia pada kak Yati. Serentak dengan itu satu tamparan hinggap di lengan Shima. Siapa lagi kalau bukan Sofia yang memukulnya.
" Ye ke? Lambat la akak dapat makan nasi minyak Sofia nanti. Nampaknya akak makan nasi minyak Shima dulu la jawabnya ye? " gurau Kak Yati.
'Adoi , bab ni yang telinga aku rasa menyampah nak dengar. Sampai kahwin-kahwin la pula. Tak ada story lain ke apa. Nak cubit kang tangan bini orang. Kalau laki dia tau aku cubit ketam kat tangan dia ni alamat memang tak selamat dunia aku. Dah la semalam masa laki dia jemput dia balik kerja muka macam garang semacam aja. Tapi smart la juga aku tengok. Haishh Sofia , laki orang tu, mak tak ajar pun kau angau dekat laki orang. Ingat sampai mati ni. ! ' gumam Sofia dalam hati. " Akak ni , macam tu pula. Jangan layan sangat otak Shima ni. Suka kenakan orang. "
" Oke la tu Fia , kau tu pun apa kurangnya , bab perli orang memang ambik dekat kau sorang je. Bagi la time aku kenakan kau pula. Baru adil ! " Kata Shima sambil mengangkat ibu jarinya.
" Sudah-sudah la korang ni. Kang kalau datin nampak berleter pula dia. Ni bukan waktu rehat dah nak borak panjang. Dah nak balik pun. Nanti balik rumah korang sambung bergaduh. " Ujar Kak Yati sambil ketawa.
Jam hampir menunjukkan pukul tujuh malam. Waktu operasi bermula dari jam lapan pagi hingga jam tujuh malam. Sofia dan Shima sudah bersiap untuk pulang. Beberapa hari yang lepas , ayah Shima telah menghantar sebuah kereta myvi bewarna kuning untuknya dan Sofia agar memudahkan berulang alik dari rumah ke tempat kerja.
"Kejap lagi lepas solat maghrib jom kita keluar cari satay nak tak? Aku lapar satay la." Ujar Sofia.
" Jom la , aku pun dah lama tak makan satay. Teringat kali terakhir aku makan satay dekat warung Pak Hamid masa dekat kampung. Rindu pula aku nak makan satay." Kata Shima ceria.
" Aku last makan satay time budak Atan dengan kawan-kawan dia tu tengah makan dekat pondok depan rumah aku. Masa tu aku ambik lah dua cucuk satay daging dari diorang. Sempat pula Atan membebel sebab aku ambik satay dia. Tapi kesah apa aku, dia dah lepak dekat pondok rumah aku kena bayar dengan satay la jawabnya. Hahaha... " Cerita Sofia bersungguh-sungguh.
Sofia dan Shima rancak berborak sampai lah mereka tiba di rumah sewa mereka. Sisa-sisa ketawa masih lagi ada dek bercerita tentang pengalaman menyoronokkan ketika berada di kampung.
" Dah , jom bayar . Aku tak sabar nak balik rumah tengok Masterchef, nanti terlepas pula . Merana aku tak dapat try resepi baru. " Ajak Shima apabila mereka selesai makan satay di deretan gerai-gerai berdekatan rumah mereka.
" Kau pergi la bayar dulu aku nak pergi gerai seberang jalan sana sekejap nak beli rojak. Nanti boleh la suap masuk mulut masa tengok tv nanti. " Kata Sofia mahu berlalu pergi.
" Okay. Nanti aku tunggu kau dekat kereta tau! "
Sofia hanya mengganguk lalu berlalu pergi.
Beberapa minit selepas itu , Shima terdengar bunyi hon kereta yang sangat kuat beserta bunyi brek mengejut. Terus dipusingkan badannya untuk melihat apa yang terjadi. Dia berjalan menghampiri sekelompok orang ramai yang sedang mengerumi sesuatu benda. Laju jantungnya berdegup apabila melihat figura yang terduduk ditengah jalan dihadapan sebuah kereta sambil mengerang kesakitan.
" Ya Allah Fia ! " Jerit Shima berlari ke arah Sofia. " Kenapa dengan kau ni? Macam mana boleh jadi macam ni? " Hampir menitis air mata Shima melihat lengan Sofia yang berdarah.
" Aku dalam keadaan macam ni pun kau boleh tanya aku kenapa? Agak-agak la soalan kau pun. Sah-sah la aku kena langgar. Nampak ni ? " Kata Sofia geram sambil menunjuk lengannya yang berdarah.
" Aku tau la tapi kenapa sampai boleh kena langgar ni? " Soal Shima cemas.
" Tu ha kau tengok la jantan tak guna yang tengah kena soal dengan orang awam tu. Agaknya aku kena tambah enam belas lapis spek dekat dia baru dia nampak orang nak lintas jalan gamaknya. Buta ke apa aku yang tengah lintas jalan ni boleh pula dia up speed kelajuan kereta. Memang saja nak langgar aku nampaknya. " Omel Sofia geram. Matanya merenung tajam kearah seorang lelaki yang berkaca mata yang sedang disoal oleh beberapa orang awam. 'Besar kecik besar kecik je aku tengok mamat ni. Kalau aku dapat ganyang kau malam ni memang tak bermakna la hidup kau lepas ni.'
" Ala dah la. Jom aku bawa kau pergi klinik. Kau kena rawat luka kau ni kang kuman merebak sampai tahap serius pula. dah jom aku bawa kau." Shima membantu Sofia untuk bangun. Bungkusan rojak yang berada diatas jalan diambilnya.
" Awak tak apa-apa?" tanya lelaki itu tergagap-gagap.
Sofia yang baru hendak melangkah pergi berpaling semula kearah lelaki tersebut. Dengan pandangan tajam dia menunjukkan sikunya yang berdarah. " Kau buta ke apa? Kau ingat sirap ke yang ada dekat tangan aku ni? Suka-suka hati kau langgar aku selamba badak kau pula tanya aku okay ke tak? Kau ingat best ke kena langgar ni? " Hembur Sofia tanpa sempat dihalang oleh Shima.
" Sorry la tadi saya tak nampak awak melintas." Ujar lelaki itu lagi.
" Apa kau kata? Tak nampak? Kau ingat aku ni halimunan ke apa? Kau nak suruh aku tambah lagi enam belas lapis spek dekat mata kau tu ke baru kau nampak aku tengah melintas? Macam mana aku yang tengah lintas ni kau tak nampak hah? Kau tidur ke apa masa bawa kereta? " Marah Sofia lagi. Nafasnya sudah turun naik menahan marah.
" Tadi saya tengah ambil telefon saya yang jatuh dekat kaki. Bila saya pandang depan je nampak awak dah dekat. Kira nasib baik tau saya tak langgar awak. Kalau tak memang dah malam pertama awak dekat hospital." Nampaknya lelaki ini sengaja berkata begitu untuk melihat kesabaran Sofia.
" Ewah-ewah kau ni. Kau pun patut bersyukur la sebab aku tak belasah kau. Kalau tak malam ni malam pertama kau kat kubur tau tak? " Sofia mengulangi ayat lelaki tadi. ' Kau nak lawan dengan aku sangat kan? Ini Ariana Sofia la brother. Keturunan Mak Cik Sarimah hah.! Like mother like daughter okay! '
" Okay-okay sekali lagi saya minta maaf. Awak nak saya buat apa sekarang ni? " Tanya lelaki itu. Mungkin tak perlu dia bertikam lidah dengan gadis dihadapannya ini. Dari gaya bahasa dapat tahuu yang gadis ini akan tunaikan kata-katanya.
" Kalau aku suruh kau terjun bangunan kau sanggup ke hah? " tanya Sofia kembali.
" Agak-agak la awak nak suruh saya terjun bangunan. Saya langgar awak cedera sikit macam ni je pun. Kalau saya terjun bangunan silap-silap mati la saya."
Orang awam yang datang sejak tadi hanya memerhati dua manusia yang sedang bergaduh. Seorang pun tidak berani masuk campur.
" Apa susah , kalau kau mati tanam aja lah terus. Takkan nak simpan kau buat pekasam. Dah la.! Dari aku layan kau sampai ketua tak habis.! Jom Shima " Terus lengan Shima ditarik untuk beredar. Panas pula hatinya melayan lelaki yang melanggarnya itu.
" Jom aku bawa kau pergi klinik depan sana tu. Aku rasa klinik dia buka dua puluh empat jam kut." Kata Shima sambil menghidupkan enjin kereta.
" Ala tak payah la pergi. Ni kalau balik rumah taruk minyak gamat esok lusa baik la. Lagi pun kau kan nak tengok Masterchef. Nanti terlepas pula kau nak tengok." Bantah Sofia.
" Ish kau ni, luka teruk macam ni pun kau nak bangkang lagi. Dah-dah tak payah fikir pasal Masterchef. Rancangan tu ada ulangan yang penting sekarang ni aku nak bawa kau pergi klinik dulu. Bagi rawat luka kau tu. " Arah Shima. Sofia hanya diam sahaja. Nak buat macam mana, ada orang nak bawa , pergi aje lah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan