Sofia mundar-mandir
di dalam bilik
tidur. Habis selimut
dan bantal kecil
di atas sofa
dipunggahnya. Air matanya
turun tidak henti-henti
sambil tangannya masih lincah
mencari rantainya yang
hilang. Dia mula
sedar rantainya hilang
ketika selesai dari
mandi.
Penat
memunggah semua barang
dalam biliknya, akhirnya
Sofia terduduk di
kaki katil. Lututnya
dipeluk dan dia
menangis tersesak-esak. Rantai itu
sangat berharga baginya
kerana itulah hadiah
pertama yang diberikan
oleh arwah ayahnya
ketika dia selamat
dilahirkan didunia ini.
Terkejut
Fahmi melihat keadaan
bilik tidurnya yang
berselerak. Kelihatan isterinya
sedang menangis tersesak-esak. ‘Kenapa dengan
dia ni?’
Fahmi
mengambil bantal yang
bertaburan di lantai
dan meletakkan ke
tempat asalnya. Selimut juga
dilipat dengan kemas
dan barang-barang lain
yang bertaburan di
lantai dikutipnya. Setelah selesai
semuanya, Fahmi menarik lengan Sofia
dengan lembut untuk
duduk dibirai katil.
Rambut Sofia yang
dibiarkan lepas itu
diusap perlahan.
“Kenapa
ni?” tanya Fahmi
lembut. Mukanya penuh
dengan tanda tanya.
“Rantai
hilang.” Air mata
Sofia masih mengalir
tanpa henti.
“Rantai?
Rantai apa?” Fahmi menyeka
air mata Sofia
dengan jari runcingnya. ‘Nampak ja
ganas tapi macam
budak kecik menangis.’
“Rantai
leher la takkan
rantai motor!” Sofia menjawab
dengan geram. Dipandang suaminya
itu dengan perasaan
marah. Difikirannya Fahmi
akan terus memujuknya
tetapi hampeh apabila
Fahmi hanya membalas
renungannya dengan perasaan
bersahaja.
Fahmi
menahan ketawa melihat
wajah isterinya ketika
ini. “Mana la abang tau.
Fia kan suka
pakai benda pelik-pelik.”
Tangannya mencuit hidung
Sofia.
Membuntang
mata Sofia mendengar
kata-kata Fahmi. ‘Dia ni
kang aku bagi
penampar jepun bangang
setahun baru tahu.’
“Malas la cakap
dengan abang ni. Buat
sakit
hati je.” Sofia
bangun merangkak atas
katilnya. Bantal peluk dipeluk
kemas oleh Sofia.
Tidak semena-mena Sofia
menangis kembali. Kali ini
dia menekup mukanya
ke bantal.
Fahmi
menggeleng kepala melihat
telatah isterinya. Dia membaringkan
tubuhnya menghadap Sofia.
Perlahan-lahan tangannya mengusap
belakang Sofia.
“Nanti
kita pergi beli
rantai lain okay? Dah
nak
hilang nak buat
macam mana.” Fahmi
memujuk. ‘Aii tak berkesan
ke?’
“Tak
nak! Tak sama! Rantai
tu
arwah ayah yang
bagi masa mak
lahirkan Fia. Abang,
Fia nak rantai
tu.” Rengekan Sofia
seperti anak kecil.
Fahmi tergamam. Begitu berharga
rantai itu buat
Sofia. Bantal peluk
yang menjadi penghadang
antara mereka diangkat
dan diletakkan dibelakangnya. Tubuh Sofia
dirangkul dengan erat. “Nanti kita
cari sama-sama ya
sayang?” ujar Fahmi.
“Janji?”
Sofia mengangkat kepala
memandang Fahmi.
“ Janji
sayang.” Fahmi menghadiahkan
satu kucupan di dahi isterinya.
Air mata yang
berada dipipi diseka
perlahan.
“Abang,
jom pergi cari
aiskrim.” Sofia sengih.
Terpamer gigi siongnya
yang menambahkan lagi
kecantikkan wajahnya.
“Tadi
menangis.” Usik Fahmi. Terus
dia
bangun menuju ke
pintu.
“Abang
nak pergi mana?”
tanya Sofia pelik.
‘Alahai dia tak
nak temankan aku
pergi makan aiskrim
ke? Aku sambung
menangis balik japgi kang.’
“Tak
nak aiskrim ke? Tak
nak
sudah.” Fahmi baru
berkira hendak berpatah
balik ke katil
untuk tidur tetapi
Sofia terlebih dahulu
melompat dan terus
bersiap untuk keluar.
‘Kurang
asam punya laki. Romantik la
sikit. Cepuk kang!’
“Fia nak
makan mee sizzling
la abang.” Ujar Sofia. Sudah
penat
mereka berdua berjalan-jalan di
dalam pasaraya besar
itu untuk mencari
aiskrim tapi semuanya
tidak menarik selera
Sofia. Fahmi menarik
pipi Sofia dengan
kuat. Geram pula
dia rasa sekarang
ni.
“Sakitlah!
Ish abang ni
main tarik pipi
orang pula.” Wow, merah
pipi Sofia bekas
cubitan Fahmi.
“Tadi
beria-ria nak makan
aiskrim. Sekarang nak
makan mee sizzling
pulak. Lepas ni
nak makan apa?”
tanya Fahmi dengan
geram.
Tidak
semena-mena Sofia ketawa
mengekek di khalayak
ramai. Tidak dihiraukan
pandangan orang sekeliling.
Perutnya ditekan sementara
ketawanya masih dilepaskan.
Hairan Fahmi melihatnya.
Tiba-tiba seorang budak
perempuan comel dalam
lingkungan sebelas tahun
datang memeluk Sofia.
Terkejut Sofia dan
Fahmi.
“Kenapa
sayang?” tanya Sofia
lembut. Hilang sudah
ketawanya.
“Kakak
ni Chelsea Olivia
ke?” tanya budak
perempuan itu sambil
tersenyum manis.
“ Eh
taklah sayang. Nama kakak
Sofia.” Jawab Sofia. ‘Siapa pula
Chelsea Olivia ni?
Pemain bola pasukan
Chelsea ke?’
“Tapi
muka kakak masa kakak
ketawa tadi sama
dengan Chelsea Olivia.
Gigi kakak pon
sama dengan dia. Betul
ke
kakak bukan Chelse
Olivia?” tanya budak
perempuan itu lagi. Mukanya
seperti
kecewa.
“Kakak
ni isteri abang.
Nama dia Ariana
Sofia. Adik salah
orang kut. Muka diorang
sama ke?” Ucap
Fahmi sambil mengusap-ngusap kepala
budak perempuan itu.
Laju
budak perempuan itu
menganggukkan kepalanya. “Ha’aa abang.
Muka kakak ni
sama dengan Chelsea
Olivia. Adik selalu
tengok Chelsea Olivia
dalam tv. Maafkan adik
sebab adik ingat
kakak cantik ni
Chelsea Olivia.” Budak
perempuan itu memohon
maaf. Dicapai tangan
Sofia untuk bersalam
tanda memohon maaf.
“Mungkin
pelanduk dua serupa
tak?” kata Sofia
sambil mencubit pipi
tembam budak perempuan
itu. ‘Amboi chubbynya dia!’
Budak
perempuan itu memberikan
senyuman yang manis
sebelum melarikan diri
daripada Sofia dan
Fahmi. Malu barangkali.
“Siapa
Chelsea Olivia?” tanya
Fahmi. Sebelah keningnya
diangkat.
“Entah.
Amoi jual surat
khabar kot.” Sofia
berloyar buruk. ‘Mana la
aku tau!’
“Kalau
macam tu maknanya
muka Fia ni
sama dengan cina
jual surat khabar
tepi jalan tu la?
Apala nasib.” Selesai mengukapkan
kata-kata yang membuatkan
Sofia berapi, terus
dia berjalan meninggalkan
Sofia yang seperti
naga kelaparan.
“Aku
tembak juga dia
ni kang!” Sofia
berlari-lari anak mengikuti
langkah Fahmi. ‘Wei jalan
slow la sikit!!’
Online : SPM over! Yessss!!
Nurul Asma Binti Mohd Nor @ Asma Dians
31 Januari 1998
17 tahun -2015-
Hospital Universiti Sains Malaysia Kota Bharu Kelantan
Kulim
Dengar Lagu , Baca novel , amek gambar
>Feeling in love with mr. ehem ehem シ

Tiada ulasan:
Catat Ulasan