“Kamu boleh
bangun? Mari mak
cik bawa kamu
ke hospital ye?”
ujar seorang wanita
separuh umur dengan
cemas. Secara tidak
sengaja dia hampir
melanggar seorang wanita
yang sedang melintas
jalan. Naseb menyebelahinya kerana
dia sempat mengawal
keretanya dari merempuh
tubuh wanita itu.
“Tak apa
mak cik saya
okay. Rasanya terseliuh
sikit saja ni.”
Ujar wanita itu
dengan hormat. Mukanya mengerut
menahan sakit. Sebenarnya
hanya Allah yang
tahu betapa sakitnya
kakinya ketika itu
namun untuk tidak
membimbangkan wajah tua
dihadapannya ini sengaja
dia mempamerkan reaksi
biasa untuk menyedapkan
hati.
“Jangan macam ni
nak mak cik
perlu bertanggungjawab.” Mak
cik itu masih
terus memujuk wanita
muda itu.
Farish yang kebetulan
berada dikawasan itu
terus memberhentikan keretanya
sebaik melihat beberapa
orang awam sedang
berusaha mengangkat seseorang.
Diberhentikan keretanya di
bahu jalan dan
dengan segera dia
menapak ke arah
kemalangan itu. ‘Apa jadi
ni?’ desisnya dalam hati.
Farish melihat seorang
wanita lingkungan 20an
bertudung labuh dan
berjubah berwajah sangat
manis lagi mendamaikan
sedang mengerang kesakitan. Segera
dia memberi tahu
kepada orang awam
bahawa dirinya seorang doktor dan
meminta izin kepada
wanita tersebut untuk
menghulurkan bantuan.
Wanita itu terus
menjerit sebaik sahaja
tangan Farish hampir
mendarat dikakinya. “Jangan!
Jangan sentuh saya.
Kita bukan muhrim.”
Farish kaget. Masya-Allah,
disaat diri wanita
ini ditimpa musibah
tetapi dia masih
lagi melindungi maruahnya.
“Tapi awak berstokin
kan? Masih berlapik.
Baiklah kalau awak
tidak selesa dengan
saya biarkan saya
hantar ke hospital
ya? Disana saya
akan suruh doktor
perempuan untuk merawat
awak.” Ujar Farish
dengan tenang. Pandangan
mengharap diberikan kepada
wanita itu.
Segera wanita itu
menganggukkan kepalanya tanda
setuju. ‘Alhamdulillah masih terlindung
maruahku di khalayak
ramai.’
“Kalau macam tu
biar mak cik
yang bawak dia
ke hospital ya?
Mak cik rasa
bersalah kalau tak
bertanggungjawab.” Ujar mak
cik tu seraya
memandang ke arah
Farish.
Farish hanya mengangguk
dan memberitahu supaya
mengikutinya ke hospital
bersama-sama.
Tanpa membuang masa
terus mereka membawa
wanita muda itu
ke hospital. Farish
memegang jantungnya yang
berdegup laju. ‘Kenapa
perasaan lain macam
je ni?’
Farish termenung
didalam bilik kerjanya
di hospital besar
Kuala Lumpur itu.
Selain bertugas sebagai
dokter di klinik
sendirinya, Farish juga
turut berkhidmat di
hospital besar ini.
Kepalanya disandarkan di
sofa empuknya. Pintu
biliknya diketuk terlebih dahulu
sebelum dokter Nisa
masuk sambil membawa
fail.
“Keadaan Qaleesya baik
setakat ni. Cuma
tulang kakinya sahaja
yang terseliuh.” Ujar
Dokter Nisa sambil
membelek X-Ray ditangannya.
“Qaleesya? Siapa?” tanya Farish
mengerutkan dahinya.
“Lah kau
ni. Wanita yang
kemalangan tadi tu
la. Kau tak
tahu nama dia
ke?” tanya Dokter
Nisa sambil ketawa.
Farish menggeleng. “ Mana sempat
aku tanya nama
dia tadi. Keadaan
tengah kalut kan.
Soo bila dia
boleh balik?”
“Dah boleh
balik dah. Dia
tengah tunggu waris
dia datang ambil
dekat depan.” Kata-kata
Dokter Nisa membuatkan
Farish segera bangun
dan menuju ke
arah pintu. Dia
perlu berjumpa gadis
itu sekarang.
Dokter Nisa hanya
menggeleng melihat kelakuan
sahabatnya itu. ‘Dah
tangkap cintun ke?’
ketawa Dokter Nisa
dalam hati.
“Qaleesya!” panggil
Farish tercungap-cungap. Dihampiri
ke arah Qaleesya
yang sedang duduk
di kawasan ruang
menunggu. Tanpa berlengah
Farish melabuhkan punggung
bersebelahan Qaleesya sehingga
menyebabkan gadis itu
terbangun dari duduknya.
“Tak apa.
Awak duduk je
saya tak buat
apa pun. Kaki awak
masih sakit lagi
tu.” Ujar Farish
“Saya minta maaf.”
Qaleesya melabuhkan punggungnya
di kerusi kosong
selang dari kerusi
yang diduduknya sebentar
tadi. Sengaja dibiarkan
kerusi kosong di
tengah antara mereka
berdua.
“
It’s okay. Awak
tunggu parents datang
ambil ke?” tanya
Farish. Matanya memandang
wajah gadis itu
namun gadis itu hanya menundukkan
sahaja wajahnya.
‘Kecantikkanmu disembunyikan daripada
menjadi tatapan umum.’
Qaleesya hanya senyum.
“ Saya tunggu mak
cik saya datang
ambil”
“Ooo. Awak tinggal
dekat mana?” tanya
Farish lagi. Entah
mengapa hatinya merasa
damai saat berbicara
dengan gadis ini. Tutur
kata dan suara
yang lembut menenangkan
hatinya.
“Saya tinggal
di Taman Cendana.” Ujar
Qaleesya malu-malu. Tidak
sanggup bertentangan mata
dengan jejaka tampan
disebelahnya ini.
Belum sempat Farish
meneruskan pertanyaannya mereka
dikejutkan dengan laungan
dari seseorang yang
memanggil nama Qaleesya.
Terus Qaleesya mengangkat
wajahnya dan memandang
ke arah suara
itu dengan senyuman
manis. Terpanar seketika
Farish melihat senyuman
itu. Bergetar hatinya
saat ini.
“Saya pulang dulu
ya dokter. Terima
kasih atas pertolongan.
Assalamualaikum.” Pamit Qaleesya
dengan penuh sopan
sebelum berlalu pergi.
“Waalaikumussalam..” jawab
Farish. Ya Allah kenapa
perasaan ini hadir?
Farish bangun dari
duduknya dan berjalan
ke arah ruang
biliknya. Dia perlu
bertanya kepada Dokter
Nisa akan maklumat
tentang gadis itu.
Online : SPM over! Yessss!!
Nurul Asma Binti Mohd Nor @ Asma Dians
31 Januari 1998
17 tahun -2015-
Hospital Universiti Sains Malaysia Kota Bharu Kelantan
Kulim
Dengar Lagu , Baca novel , amek gambar
>Feeling in love with mr. ehem ehem シ

Tiada ulasan:
Catat Ulasan