Nazmeera bermain-main dengan pisau ditangannya. Hingga hari ini dia tidak dapat lupakan insiden yang berlaku di majlis perkahwinan Fahmi dan Sofia. “ Sampai hati kau buat aku begini Farish. Kau dengan keluarga kau aku akan pastikan hidup menderita! Setelah sekian lama aku menderita kehilangan kau, sedikit pun kau tak ada belas kasihan untuk aku. Jangan harap keluarga kau akan bahagia!” Serentak dengan itu Nazmeera membaling pisau yang berada ditangannya ke arah cermin solek hingga pecah berderai cermin itu. Terus Nazmeera ketawa mengilai dengan linangan air mata.
“Nazmeera! Apa yang pecah tu? Buka pintu ni.” Laungan Puan Fatimah dari luar bilik langsung tidak memberi kesan kepada Nazmeera.
“Kau jangan masuk campur urusan aku, umi. Kalau kau dah bosan ada anak macam aku kau boleh pergi mati dengan abi ! Aku tak hadap nak ada orang tua macam korang. Langsung tak pernah nak sokong semua benda yang aku buat!” Nazmeera menjerit dengan kuat. Barang-barang make-upnya dibaling dan dicampak kearah pintu.
Puan Fatimah beristighfar panjang. ‘Ya Allah, kau bukakan lah pintu hati anakku agar dia mengenalimu semula. Sudah jauh dia tersasar ke jalan lain.’ “Mengucap Meera. Kenapa hati kamu keras sangat sampaikan tidak ada rasa hormat dekat umi? Abi kamu sedang bertarung dengan nyawa, Meera. Dia nak sangat jumpa kamu. Lembutkan hati kamu demi umi dan abi Meera.”
“Kau faham tak aku tak nak jumpa orang tua tu! Biar dia mati sekalipun aku tetap tak akan tatap muka dia lagi. Sebab dia hidup aku hancur! Sebab dia Farish benci dekat aku! Sebab dia juga semua orang pandang hina dekat aku!” Nazmeera terus menjerit tanpa henti. Badannya yang tiba-tiba menggigil menyebabkan dia terpaksa menelan beberapa pil penenang. Hanya pil itu sahaja yang boleh membuatkan tubuhnya kembali bertenaga.
“ Apa yang kamu cakap ni Meera. Farish membenci kamu bukan sebab abi tapi sebab kesalahan yang kamu buat sendiri!” Dengan kunci pendua yang disediakan setiap bilik memudahkan Puan Fatimah membuka pintu bilik anak perempuannya itu. Terkejut dia melihat keadaan bilik yang bersepah itu. Seperti baru terkena rompakan bersenjata dengan kaca cermin yang bertaburan di lantai. Botol pil yang berada di tangan anaknya terus dicapai dan dibuang ke arah tingkap yang terbuka.
“ Kenapa kau buang pil aku? Apa yang kau nak dari aku sekarang? Kau nak aku mati ke tanpa pil itu? Kau dengan abi sama saja! Tak pernah sayang aku! Aku menyesal ada orang tua macam kau dengan abi!”
Panggg!
Satu tamparan dari Puan Fatimah hinggap di pipi Nazmeera menyebabkan wanita itu terkedu dan memegang pipinya yang kemerahan. Air mata semakin marak mengalir. Nazmeera terduduk di birai katil dengan lesu.
“ Farish benci kamu atas kesalahan kamu sendiri. Sekali lagi umi ulang bukan sebab abi tapi sebab kamu sendiri yang mencipta kebencian dalam hidup Farish kepada kamu. Sedar sikit apa yang kamu telah lakukan. Umi malu ada anak macam kamu Nazmeera.” Puan Fatimah melepaskan nafasnya dengan perlahan. Dilabuhkan punggungnya di birai katil. Tangannya cuba untuk memegang bahu Nazmeera namun anaknya itu menepis tanggannya dengan kasar.
“ Apa yang aku dah buat sampai Farish benci dekat aku, umi? Cakap umi cakap!!” Nazmeera menempik dengan sekuat hati.
“ Tak perlu umi mengulangi cerita silam itu lagi Meera. Umi tau kamu masih ingat dan peristiwa itu takkan pernah sesekali pudar dalam ingatan kamu.” Terus Puan Fatimah bangun dan beredar keluar dari bilik anak perempuannya itu.
Mata Nazmeera terpandang ke arah bingkai gambar yang bertelangkup itu. Gambar dua orang manusia berpakaian pengantin dan manusia itu ialah Nazmeera dan arwah suaminya. Sebingkai gambar yang mampu mengimbas detik-detik hitam yang pernah terlakar dalam hidup Nazmeera jika menatap gambar itu. Detik yang menyebabkan segalanya musnah dalam hidupnya.
Perkahwinan yang dibina atas kesalahan yang dicipta oleh dirinya sendiri. Kejadian yang berlaku kira-kira dua tahun lepas ketika dirinya sedang mabuk berfoya-foya di kelab malam. Akibat daripada terlampau mabuk tanpa dia sedari dirinya telah dinodai dan diperkosa oleh seorang lelaki disebuah hotel dan akibat daripada perbuatan itu mereka berdua telah dicekup oleh pegawai Jabatan Agama Islam. Encik Bakar dan Puan Fatimah hampir pitam apabila mendapat berita bahawa anak mereka di tangkap basah dan oleh kerana tidak mampu untuk menanggung malu keluarga Encik Bakar memaksa lelaki itu bertanggungjawab atas perbuatan yang dilakukannya terhadap Nazreena dengan cara mengahwini anak perempuannya itu.
Sebulan selepas perkahwinan itu berlangsung Nazmeera tidak pernah memberi layanan yang baik terhadap suaminya. Begitu juga dengan suaminya tidak pernah menunaikan tanggungjawab sebagai suami kepada Nazreena. Rahsia perkahwinan mereka akhirnya terbongkar di telinga Farish selepas Encik Bakar dan Puan Fatimah menemuinya dan merayu supaya memutuskan hubungannya bersama Nazreena yang tercipta sejak di bangku sekolah lagi. Oleh kerana itulah Farish membenci Nazreena dan tidak mahu bersemuka dengan Nazreena kerana wanita itu telah mengkhianati cinta mereka dan wanita itu sendiri tidak pernah memberi tahu akan kejadian itu kepadanya hingga tanpa sedar dia telah bercinta dengan seorang wanita berstatus isteri orang. Nazmeera yang telah mendapat tahu umi dan abinya berjumpa Farish dan mereka telah menerangkan hal yang sebenar kepada lelaki itu terus meraung seperti kerasukan.
Lima bulan usia perkahwinan Nazmeera dan suaminya berlalu, suami Nazmeera telah ditimpa kemalangan sewaktu pulang dari kelab malam akibat terlampau banyak alkohol yang diminumnya hingga tidak mampu untuk mengawal kenderaan yang dipandunya. Kematian suaminya itu langsung tidak menghadirkan rasa sedih di hati Nazmeera malah dia semakin berpuas hati dan yakin untuk memungut cinta Farish Haikal kembali.
Usahanya untuk meraih kembali cinta Farish gagal apabila Farish sudah tidak mempunyai sekelumit pun rasa cinta dan sayang terhadap Nazmeera. Tengkingan demi tengkingan diberikan oleh Farish kepada Nazmeera namun Nazmeera tetap berusaha menganggunya hingga Nazmeera tekad untuk memusnahkan hidup keluarga Farish jika lelaki itu tidak mahu menerimanya kembali.
Nazmeera bangun dan berjalan menuju ke arah meja soleknya. Gambar perkahwinannya itu diambil dan dicampak ke luar tingkap biliknya sekuat hati. “ Aku benci kau!!!!” jerit Nazmeera sepuas hati. Dia tidak akan diganggu bayangan suaminya lagi selepas gambar itu dicampak keluar dan hatinya semakin berkobar-kobar untuk memusnahkan hidup keluarga Farish Haikal Dato Fazli!
Online : SPM over! Yessss!!
Nurul Asma Binti Mohd Nor @ Asma Dians
31 Januari 1998
17 tahun -2015-
Hospital Universiti Sains Malaysia Kota Bharu Kelantan
Kulim
Dengar Lagu , Baca novel , amek gambar
>Feeling in love with mr. ehem ehem シ

Tiada ulasan:
Catat Ulasan