“Mak, jangan
la balik. Tinggal
la dekat sini
lama sikit.” Sofia
memeluk kemas emaknya
diperkarangan rumah Datin
Haina. Safira sudah
mengesat air matanya.
Setelah dua malam
bermalam dirumah keluarga
Datin Haina, mak cik
Sarimah dan Safira
sudah mahu pulang
ke kampung halamannya di
Taiping. Pak Abu
merangkap pemandu peribadi
keluarga Datin Haina
sudah sedia menanti
di kereta. Pak Abu
yang akan menghantar
mak cik Sarimah, dan
Safira ke kampung.
Walaupun sudah menolak,
Datin Haina dan Dato
Fazli tetap tidak
mahu jika besannya
itu pulang dengan
menaiki bas.
“Mengada-ngadanya anak mak
ni. Yang kamu
manja sangat ni
kenapa? Taiping dengan KL
bukannya jauh. Kalau
rindu dekat mak,
minta izin dekat
suami kamu cakap
nak balik kampung.
Fahmi mesti bagi
kan?” ujar mak
cik Sarimah seraya
memandang menantunya. Diusap-usap
kepala anaknya itu.
Hatinya juga sebak
untuk meninggalkan puteri
sulungnya disini walaupun
hati tuanya berkata
anaknya sudah bersuami
dan keadaan baik-baik
sahaja.
Fahmi yang berada
disebelah Sofia mengangguk
dan memberikan senyuman
buat emak mertuanya. Petang kelmarin
Shima sudah pulang
ke rumah sewanya
kerana pagi ini
dia sudah mula
menyambung kerjanya dibutik.
Sofia mendapat cuti
panjang dari Datin
Maria. Katanya ‘Honeymoon’
Sofia menggeleng-geleng kepalanya. Air
matanya sudah merembes
keluar. Tubuh emaknya masih
erat dipeluk. Tidak
tahu kenapa hatinya
sedih teramat untuk
melepaskan emaknya pulang
ke kampung.
“Nanti lepas SPM
Fira datang la
dekat sini. Boleh
la kita keluar
lepak sama-sama.” Ajak
Faizureen kepada Safira.
Bahu Safira dipeluknya.
Safira hanya mengangguk
dan membuat isyarat
tangan ‘OK’
“Dah dah.
Mak dah lewat
dah ni. Esok
mak nak kena
buka warung. Kesian
dekat orang kampung
mesti rindu nak
makan laksa mak.
Kamu dekat sini
jaga diri baik-baik,
jangan buas sangat
nanti pening suami
kamu nak melayan.
Jaga mama dengan
papa kamu elok-elok,
nak pergi mana-mana
minta izin suami
kamu dulu.” Pesanan
terakhir mak cik
Sarimah. Maka merembes
lagi la air
mata Sofia dibuatnya.
Tangan emaknya dicium
dan pipi emaknya
dicium bertalu-talu. Mak
cik Sarimah mengesat
air mata anaknya
itu. Air matanya
juga hendak tumpah
tetapi ditahankan sahaja
dihadapan anak sulungnya
ini. Tidak mahu
keadaan bertambah sedih.
Fahmi juga turut
menyalami tangan emak
mertuanya itu. Mak
cik Sarimah turut
memeluk menantunya itu
dan memberii beberapa
pesanan sebelum berlalu
untuk bersalaman dengan
Datin Haina.
“Nanti datang la
sini lagi. Rumah
ni sentiasa terbuka
untuk awak.” Ujar
Datin Haina. Dia memeluk
mak cik Sarimah
buat kali terakhir.
“Insha-Allah Haina.”
Balas mak cik
Sarimah. Ucapan terima
kasih diberikan kepada
Dato Fazli.
“Kak long,
nanti kak long
balik la kampung.
Fira rindu nak
pergi ronda dekat
kampung dengan akak.
Sunyi Fira dekat
kampung.” Sofia dan
Safira berpelukan dengan
tangisan masing-masing. Fahmi
disebelah hanya memerhati
dua beradik itu.
Tersentuh hatinya melihat
keakraban dua beradik
itu.
“Fira jangan la
nangis nanti kak
Fia lagi sedih.
Kak Fia janji
nanti akak balik
kampung kita pergi
merempit satu kampung.
Lepas tu kita
pergi mandi sungai
dengan panjat bukit
okay?” pujuk Sofia.
Belakang adiknya diusap-usap.
“Kak Fia
janji?” bersinar-sinar mata
Safira mendengarnya.
“Mesti la. Untuk
adik akak tersayang
ni semuanya boleh.”
Sofia mengenyitkan matanya.
Mak cik
Sarimah dan Sofia
sudah masuk kedalam
perut kereta. Lambaian
terakhir diberikan sebelum
kereta Mercedez meluncur
keluar dari perkarangan
rumah mewah itu.
“Jom kita
masuk sayang.” Ajak
Datin Haina memeluk bahu
Sofia. Anggukan diberikan
oleh Sofia kepada
emak mertuanya itu.
Dato Fazli memberitahu
ringkas untuk keluar
kerana ada temujanji
dengan pelanggannya.
Belum sempat Sofia
hendak melangkah, mereka
semua ditegur dengan
suatu suara.
“Waduh, sinetron apa
ini? Kok kuntilanak
menangis sih? Emangnya
lu kenapa?” tanya
Wando sambil menggaru-garu
kepalanya. Sofia memandang
Wando dengan muka
tiada perasaan.
“Apa lu?”
tanya Sofia geram.
Datin Haina sudah
menggeleng-geleng kepalanya. Pasti
akan berlaku pergaduhan.
Terus dia berlalu
masuk kedalam rumah
dan meminta Fahmi
untuk menemani Sofia.
“Kok kamu
tanya aku sih?
Jawab dong soalan
gue.” Kata wando
lagi.
“Sebok ja kau
ni. Suka hati
aku la nak
berlakon sinetron apa
pun!” jawab Sofia geram.
Dijegilkan matanya kepada
pengawal keselamatan itu.
Namun pengawal keselamatan
itu ketawa berdekah-dekah. ‘Dah gila
ke apa pak
indon ni?’
“Eh kuntilanak,
kamu tau enggak
selalu kuntilanak nangis
karna anaknya mati,
tapi lu kuntilanak
nangis karna emak
lu mau pulang
ke kampung. Sinetron
apa sih yang
lu main.?” Ketawa
Wando semakin kuat.
Sakit pula hati
Sofia dikala ini.
“Dasar cemong! Suka
hati aku la
nak ketawa ke
meraung ke. Jangan
nak sebok!” Sofia terus
berlalu meninggalkan Wando
yang masih lagi
ketawa. Fahmi hanya
menggeleng melihat gelagat
mereka berdua.
“Maaf ya Tuan
Fahmi, saya ke
dapur sebentar ya.
Lapar dong.” Wando
mengusap-usap perutnya sebelum
berlalu pergi. Fahmi
hanya menngangguk. Dilihat
Sofia sudah jauh
kehadapan.
“Sofia!” panggil Fahmi
membuatkan Sofia berhenti
melangkah dan berpaling
kebalakang melihat suaminya.
“Apa?” tanya Sofia
acuh tak acuh.
Masam sahaja wajahnya.
Fahmi berjalan menghampirinya. Dengan
hanya memandang wajah
isterinya sekilas, terus
Fahmi berjalan meninggalkan
Sofia.
‘Eeeee!!!! Sabar je la
aku dengan laki
aku ni! Sombong
nak mampus! Huhhh…’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan