“Dah
lama ke awak
kerja dekat rumah
Datin ni?” tanya
mak cik Sarimah
kepada mak Seha, iaitu
pembantu rumah Datin
Haina.
“Lama dah, sejak
anak sulung Datin
umur tiga belas
tahun lagi.” Jawab
mak Seha. Ketika
itu hanya mereka
berdua sahaja berada
di dapur untuk
menyediakan sarapan. Penghuni
yang lain masih
belum keluar dari
kamar beradu masing-masing.
Walaupun sudah dilarang
oleh mak Seha,
mak cik Sarimah
tetap mahu menolong
untuk menyediakan sarapan.
Dia sedar walaupun
dia merupakan tetamu
dirumah besar itu,
dia tetap tidak
selesa jika satu
hari tidak melakukan
pekerjaan dapur.
“Lamanya. Suami awak
kerja apa?” tanya
mak cik Sarimah
lagi.
“Suami saya tukang
kebun dekat rumah
ni.” Jawab mak Seha sambil
senyum. Lincah tangannya
menyusun telur separuh
masa diatas meja
makan.
“Amboi, rancaknya berborak.”
Sapa Datin Haina
yang baru turun.
“
Mengarut ja awak
ni Haina. Saja
borak kosong-kosong.” Ujar
mak cik Sarimah. Datin Haina
turut membantu di
dapur. Walaupun pangkatnya
sebagai Datin, pekerjaan
dapur tetap dia
lakukan bersama mak
Seha.
“Tak apa lah, buka
selalu nak berborak
macam ni.” Kata
Datin Haina.
“Betul tu Datin.”
Mak Seha menyokong
kata-kata Datin Haina.
Ketawa mereka bertiga
diruang dapur itu.
“Mak!” peluk Sofia
dari arah belakang
mak cik Sarimah. Pipi
emaknya dicium kiri
dan kanan.
“ Ish
budak ni la.
Terkejut mak dibuatnya.
Dari zaman bujang
sampai dah kahwin
perangai buas tu
tak ubah-ubah juga.
Harap-harap suami kamu
tak pening layan
kerenah kamu nanti.”
bebel mak cik
Sarimah sambil menampar
tangan Sofia yang
masih erat memeluk
pinggangnya.
“
Mak ni,
Fia nak manja-manja
dengan mak pun
tak boleh.” Rajuk Sofia.
“Bukan tak boleh
tapi kamu tu
dah kahwin, ada
suami, jadi kena
la control sikit
perangai buas kamu
tu.” Nasihat mak cik
Sarimah sambil bercekak
pinggang.
“Suka hati Fia
lah.” Sofia memberi
sengihan percuma kepada
emaknya.
Sofia melepaskan pelukan
dipinggang emaknya dan
berlalu kearah Datin
Haina pula. Pinggang
Datin Haina dipeluk
dan pipi mertuanya
itu dicium kiri
dan kanan. Tersenyum
Datin Haina melihat
tingkat laku menantunya itu.
“Dah kahwin
pun nak manja
lagi. Semua orang
dia nak peluk.
Tak puas lagi
ke peluk Fahmi
semalam?” usik Datin
Haina. Merona merah
wajah Sofia dikala
ini. ‘cover la sikit mama!’
“Mama ni! Malu
la Fia.” Sofia
berlari dan menyembunyikan wajahnya
dibelakang mak Seha
pula. Dengan manja pinggang mak
Seha dipeluknya. Teringat
peristiwa semalam ketika
dia bersama Fahmi. ‘Ah!
Tak nak ingat!
Malu!’
“Nak malu
pula budak ni.
Selalunya bukan tahu malu
pun.” Kutuk Mak
cik Sarimah selamba.
“Fahmi dah bangun
ke?” tanya mak
Seha.
“Tadi lepas subuh
dia sambung tidur
balik. Malas nak
ganggu dia tidur,
Fia turun la
dulu.” Kata Sofia
seraya melabuhkan punggungnya
di kerusi meja
makan itu.
“Penat sangat la
tu. Biarlah dia
rehat dulu.” Ujar
mak cik Sarimah.
Sarapan sudah siap
dihidang diatas meja.
Ahli keluarga yang
lain sudah turun
untuk makan. Sofia
pantas bergerak ke arah
tangga untuk mengejutkan
suaminya. Dipertengahan jalan
Sofia terserempak dengan
Shima dan Faizureen.
“Orang turun makan
kau naik atas.
Pergi mana weh?”
soal Shima. Semalam
dia juga turut
bermalam di rumah
Datin Haina dan
atas pujukan Faizureen,
Shima bermalam dibilik
Faizureen.
“Mesti nak panggil
abang Fahmi kan?”
tanya Faizureen sambil
tersengih.
“Haa pandai
pun Reen. Tolong
pinjamkan otak awak
bagi dekat kak
Shima tu.” Kata
Sofia sambil menjelir
lidahnya kepada Shima.
Terus dia berlari
naik atas.
“Kurang asam punya
member. Kak Shima
harap abang Reen
sabar ajelah dengan
perangai kakak ipar
awak tu.” Omel
Shima. Faizureen mengekek
ketawa mendengarnya.
Perlahan-lahan
Sofia membuka pintu
biliknya. Fahmi masih
lagi tidur. Sofia
menggoncang-goncang tubuh Fahmi
perlahan.
“Abang, jom turun
sarapan.” Kejut Sofia.
“Abang, jom la
turun.” Kejut Sofia
lagi. Kali ini
lebih kuat sedikit
suaranya namun tiada
reaksi dari Fahmi.
‘Laki aku ni
hidup ke tak?’
belum sempat Sofia
mahu kejut buat
kali ketiga tangannya
pantas ditarik oleh
Fahmi menyebabkan badannya
tertumbang jatuh ke katil.
terus Fahmi memeluk
tubuh Sofia menyebabkan
jantung Sofia berdegup
kencang. Terkejut beruk
dibuatnya. Sofia cuba
untuk bangun tetapi
Fahmi lebih kuat
memeluknya.
“Duhai jantungku, please
la time laki
aku nak sweet-sweet
dengan aku tolong
jangan dup dap dup dap dengan
laju. Malu aku
nanti kalau laki
aku perasan!’
“Bangunlah!” jerit Sofia
perlahan. Usaha untuk
melepaskan diri masih
dilakukan.
Fahmi masih memejamkan
matanya seperti tidak
ada apa yang
berlaku.
“Nak sarapan
ke tak nak?”
tanya Sofia geram.
Penat dia cuba
untuk melepaskan diri.
Akhirnya dia merelakan
sahaja tubuhnya dipeluk
suaminya sendiri.
Fahmi tersenyum kecil. ‘Dah
tak larat nak
melawan la tu’ .
soalan Sofia dijawab
dengan gelengan kepala
sahaja.
“Kalau tak nak
turun biar Fia
turun sorang.” Kata
Sofia lagi. Lama
Sofia memandang wajah
suaminya itu. ‘handsome
nya dia ya Allah. Sungguh
indah ciptaan mu.
Aku mohon ya
Allah, kau tahankanlah
tangan aku dari
mencubit-cubit pipinya. Geram!’
Tiada jawapan dari
Fahmi menyebabkan Sofia
feed up. Dalam keadaan
dirinya dipeluk, Sofia
terus pusing membelakangi
suaminya. Sudah tidak
tahu hendak melakukan
apa lagi. Kang
kalau bagi penangan
karate, nusyuz dia
nanti kang.
Lama mereka
berada dalam keadaan
begitu sehingga Fahmi
membuka matanya. Perlahan-lahan pelukan
dilepaskan dan terus
dia bangun dari katil
dan menuju kearah
pintu untuk turun
sarapan. Sengaja dibiarkan
kerana difikirannya, pasti
Sofia akan mengikutinya
dari belakang setelah
dia bangun keluar.
Ahli keluarga
yang lain sedang
menjamu selera. Fahmi
mengambil kedudukan di
meja makan. Punggungnya
dilabuhkan di kerusi
empuk meja makan
itu. Baru sahaja
tangannya hendak mencapai
telur rebus separuh
masak dipiringnya, satu
suara mengusiknya.
“Amboi pengantin baru
ni, lambatnya turun.
Orang lain dah
nak habis dah
sarapan.” Usik Faizureen.
Yang lain hanya
ketawa mendengarnya.
“Jeles la tu.”
Kata Fahmi selamba.
Baru sahaja dia
mahu pecahkan telur
rebus separuh masaknya
itu, Datin Haina
bertanya kepadanya.
“Kamu sorang je?
Sofia mana?”
Baru tersedar
akan situasi itu,
ahli keluarga yang
lain turut mengiakan
soalan Datin Haina
itu. Terdiam seketika
Fahmi sebelum berkata.
“ Ada dekat atas
lagi kut. Kejap
Fahmi naik tengok.” Terus dia
bangun dari tempat
duduknya itu.
“
Macam-macam la perangai pengantin
baru ni.” Kata
Dato Fazli sambil
ketawa.
Fahmi
terus masuk kedalam
biliknya dan memandang
sekujur tubuh masih
lagi berbaring dalam
posisi yang sama
ketika ditinggalkan tadi. ‘Tidur
ke?’ soalnya dalam
hati.
Perlahan-lahan Fahmi naik
ke atas katil.
bahu Sofia yang
membelakanginya ditarik perlahan. “ Lah, tidur
rupanya. Fia, jom
turun sarapan.” Gerak
Fahmi sambil mengusap-usap pipi
gebu Sofia.
Merengek perlahan Sofia
apabila tidurnya diganggu. “Lapar..” rengek
Sofia sambil menggosok-gosok matanya.
Tersenyum Fahmi melihatnya.
Terus dipegang tangan
Sofia untuk bangun. “Jom” ajak Fahmi
sepatah.
Dengan keadaan terhuyung-hayang Sofia
bangun dan berjalan
menuruti suaminya. Dress
hitam labuh ditubuhnya
dibetulkan dan rambutnya
yang diikat satu
dikemaskan.
“Ni kenapa
jalan terhuyung-hayang macam
orang mabuk ja. Kamu
kenapa Sofia?” tanya mak
cik Sarimah pelik
ketika pasangan pengantin
baru itu tiba
di meja makan.
“Mengantuk..” jawab
Sofia. Dia memerhati
sahaja suami disebelahnya
sedang memecahkan telur.
Kicap dan serbuk
lada hitam dituang
sedikit kedalam telur
separuh masak itu.
“Mengantuk? Tadi bukan
main lari sana
lari sini peluk
mak la peluk
mama kamu la
peluk mak Seha
la. Suruh naik
panggil Fahmi alih-alih
dia yang terlelap.”
Leter mak cik
Sarimah. Sisa makanan
di pinggannya dihabiskan.
Sofia memandang Fahmi
disebelahnya dengan pandangan tajam
namun Fahmi hanya
membuat muka selamba
sahaja. ‘Dasar sombong!’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan