“Mana
bilik pengantin mak?
Fira tak sempat
nak tawaf rumah
ni. Terlampau besar
sangat sampai dapur
pon dah macam
ruang tamu.” Tanya
Safira kepada mak
cik Sarimah. Ketika itu
mereka berdua sedang
merehatkan diri di bilik tidur
yang disediakan untuk
mereka di rumah
Datin Haina.
“Tak silap
mak dekat tingkat
tiga. Tak larat
la mak nak
naik tangga sampai
tingkat tiga sana.
Silap-silap tercabut lutut
mak ni ha.”
Ujar mak cik
Sarimah. Matanya sudah
mahu terpejam. Badannya
sudah begitu letih
gara-gara melayan ribuan
tetamu yang hadir
ke majlis perkahwinan
anaknya sebentar tadi. Kenalan
Datin Haina dan
Dato Fazli begitu
ramai sekali dan
mereka semua tergolong
dari kalangan orang
mewah. Terasa kerdil
mak cik Sarimah
ketika berkenalan dengan
mereka semua tetapi
dengan layanan yang
baik dan ramah
membuatkan mak cik
Sarimah bangga dengan
mereka semua. ‘Bukan
hanya kaya, tetapi
baik pula tu.’
“Fira nak naik
tengok la mak.
Teringin nak tengok
bilik pengantin kak
long.” Kata Fira
sambil menggoncang-goncang tubuh
tua emaknya.
“
Jangan nak buat
pasal Fira. Kamu
tengok jam sekarang
dah pukul berapa.
Pukul dua pagi
kamu tahu? Semua
orang dah tidur.
Jangan kacau kakak
kau. Dah pergi
tidur! Esok boleh
tengok.” Mak cik
Sarimah berleter akan
perangai anak dara
bongsunya itu. ‘ tak tengok
situasi betul la
anak aku sorang
ni. Cepuk kang!’
Fira menarik
muncung panjang sebelum
merebahkan badannya disebelah
mak cik Sarimah.
Kempunan dia untuk
melihat bilik pengantin
kakaknya itu. Nak tengok!!!!
Kepala
Sofia terasa pening
seketika. Ratusan flash
kamera sebentar tadi
menyebabkan matanya berpinar-pinar. Dia
paling tidak suka
dengan flash kamera.
Dia masih lagi
berada diatas tikar
sejadah sambil memicit-micit
kepalanya. Dipandang sekeliling
ruang bilik tidurnya
yang dihias cantik.
Bagaikan tidak percaya
bahawa dirinya sudah
bergelar isteri kepada
Fahmi yang baru
dikenalinya. Setiap malam
dia berfikir kenapa
Fahmi begitu cepat
ingin melamarnya sedangkan
mereka hanya berjumpa
ketika berlaku insiden
kecil. Dia akan
pastikan malam ini
dia akan dapat
jawapan dari Fahmi. Tudung
minyak angin ditangannya
dibuka dan disapukan
dihidungnya serta dikepalanya.
Pintu bilik dikuak
dari luar. Mata
Fahmi terpandang susuk
tubuh Sofia yang
masih berteleku diatas
sejadah.
“Kenapa?” tanya Fahmi.
Dia melabuhkan punggung dibirai
katil.
Sofia hanya menggeleng
kepalanya sahaja. Telekung
ditanggalkan dan disimpan
bersama sejadah. Baju
tidur satin paras
lutut bewarna merah
dibetulkan dan rambutnya
yang lurus paras
dada itu dibiarkan
lepas. kakinya diatur
melangkah kearah Fahmi
yang sedang merenungnya
sedari tadi. Perlahan-lahan Sofia
melabuhkan kepalanya diatas
riba Fahmi. Matanya
dipejamkan kerana kepalanya
masih pening tetapi sudah
beransur kurang selepas
minyak angin disapu
ditengkaknya tanpa henti.
“Kenapa ni?” tanya
Fahmi lagi dengan
lembut. Tangannya mengusap-usap
rambut isterinya itu.
Kasih sayangnya sudah
tumpah sepenuhnya kepada
Sofia. Takdir Allah
menemukan dia dengan
Sofia sehingga membawa ke
jinjang pelamin.
“Pening. Flash kamera
banyak sangat tadi.
Klik sana klik
sini tak berhenti. Nasib baik
tak muntah.” Kata Sofia
perlahan.
Fahmi hanya senyum
mendengarnya. Pantas dia
menunduk dan mencium
dahi Sofia. Bagaikan
terkena renjatan elektrik,
terus Sofia terbangun
dan berdiri. Merona
wajahnya gara-gara tindakan
percuma suaminya itu.
Kali kedua dahinya
dicium Fahmi. Tergelak
Fahmi melihat kelakuan
isteri comelnya itu.
“
Dah lega?” tanya
Fahmi mengusik.
“Dah Dah.
Lega Dah.” Jawab
Sofia gugup.
“
Tak mengantuk lagi
ke?” tanya Fahmi
merenung mata Sofia
dengan pandangan yang
sukar ditafsirkan.
‘Ohlala..
kenapa laki aku
usya aku macam
ni. Tak suka
betul lah! Usya la
manis-manis sikit! Sengal
betul lah!’
“Belum lagi tapi
kalau awak eh
silap, kalau abang
nak tidur dulu, abang tidur la.
Kejap lagi saya
follow.” Kata Sofia
sambil tersengih.
“Abang buka instagram
atau twitter nak
follow. Tak nak
tidur dengan abang
ke?” tanya Fahmi
sambil mengangkat sebelah
keningnya. Sengihan kucing
jantan dipamerkan.
Meremang bulu Sofia
melihatnya. “ Tak apa,
Fia tak mengantuk
lagi.”
“Nak abang
dodoi?” tanya Fahmi dengan
nakal. Dia sudah
bangun dari katil
dan bergerak kearah Sofia.
Perlahan-lahan Sofia berundur
kebelakang sehingga badannya
bertemu dinding. ‘Matilah Fia
mak!’
Dengan kiraan satu
sampai tiga didalam
hati terus Sofia
berlari ke katil
dan menyorokkan dirinya
didalam comforter. “Fia dah
mengantuk!” jerit Sofia
dari dalam.
Fahmi hanya menggeleng kepalanya sahaja
melihat perangai brutal
isterinya itu. Lampu bilik
dipadam dan Fahmi
terus berjalan ke
katil. Dibisik perlahan
ditelinga Sofia yang
dibaluti comforter “ Tonight, you
will be mine. Assalamualaikum sayang…”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan