“ Sejuknya tangan
aunti Sofia! Mesti
jantung pon berdegup laju kan?” ujar
Aisyah sambil menggosok-gosok tangan
Sofia. Mak andam
sedang melakukan tugasnya
iaitu mendandan Sofia
dengan secantik mungkin.
Sofia hanya tersenyum
sahaja dan turut
menggenggam jari kecil
milik Aisyah. Berdebar-debar jantungnya
untuk masuk kedewan
sebentar lagi.
“Nanti tiba giliran
Aisyah nak kahwin
nanti mesti akan
rasa benda yang
sama macam aunti
Sofia tau.” Ujar
Shima pula. Dia
mengemaskan solekannya yang
siap didandan.
Aisyah hanya tersengih
lalu berlalu ke katil.
Sebentar sahaja lagi
majlis persandingan Sofia
dan Fahmi bakal
berlangsung di dewan
utama hotel besar
milik keluarga Fahmi.
Dibilik hotel itu
hanya dikerumi mereka
berempat sahaja manakala
saudara yang lain
bersiap dari rumah.
“Shima, aku takut
kaki aku tak
boleh gerak la.
Jantung aku tak
dapat nak control
ni. Gila kau
macam nak pecut
marathon dah jantung
aku ni. Agak-agak
macam mana la
muka aku nanti.
Dah la camera man
ramai yang datang. Klik
sana klik sini bukannya reti bagi
salam nak ambil
gambar. At least
boleh la aku
senyum dulu. Ini
tak, dah macam
incredible hulk dah
aku rasa.” Bebel Sofia
sambil berdiri untuk
membuat persiapan untuk
turun. Gaun pengantin yang
meleret diperbetulkan mak
andam dan veil
labuh hingga cecah lantai
juga dikemaskan. Bungan
tangan segera dicapai
di atas katil.
“Banyak berleter la
mak nenek ni.
Selalunya peringkat mak-mak
yang kuat leter
tapi kau ni
belum jadi mak
lagi dah berleter.
Excited nak jadi
mak ke apa?”
Shima menjeling kearah
Sofia sebelum mencapai
kipas pengantin. Tugasnya
sebagai pengapit perlu
sentiasa berada bersama
Sofia.
“Well, practice make
perfect kan.” Balas
Sofia selamba.
“Semua dah siap
ke? Pengantin lelaki
dah tunggu dekat
luar pintu. Ada
apa-apa yang tak
bereskan lagi? Kita
kena segera ni
tetamu dah penuh.”
Ujar Kak Latifah
dimuka pintu.
“Siap dah!” ujar
Shima bersemangat. Sofia
hanya mengangguk kepalanya
sahaja.
Kaki
diatur melangkah keluar
bilik. Dengan memakai
heel setinggi lima inci
membuatkan Sofia tergugup-gugup mahu
berjalan. Dia memaut
kuat lengan Shima
sehinggakan mereka bergaduh
seketika. Kelihatan Fahmi
segak memakai tuxedo berwarna
kuning dan putih
yang sedang menanti.
Tema warna mereka
malam ini ialah
kuning keemasan. Bak
kata Sofia ‘ Raja sehari
mesti la warna
kuning emas, aku
kan raja hari
ni’
Terpana seketika Sofia
melihat figura yang
sudah bergelar suaminya
pagi tadi. ‘ Gila
hensem mamat ni.
Cair hati aku
beb!’ Sofia tersedar
dari lamunan apabila
disiku oleh Shima.
“Kau apehal
Fia?” bisik Shima.
“Laki aku weh!”
kata Sofia sambil
tersengih. Terserlah gigi
siongnnya.
“
Kenapa dengan laki
kau?” tanya Shima
tidak mengerti maksud
sahabatnya itu. Dipandang
Fahmi yang ralit
memandang Sofia. ‘Apa kena
dengan Sofia ni?
Kenapa dengan Fahmi?
Tak faham la
aku!’
“
Hensem gila beb!” ucap
Sofia tergelak perlahan.
Membuntang mata Shima
mendengarnya. ‘ Kurang asam! Tak
tau malu betul
la perempuan ni!’ “Kau
ni Fia malu
la sikit depan
laki kau! Buat
malu ja perangai
pengantin perempuan macam
ni. Sekali lagi
kau buat perangai
macam ni masuk
akhbar esok pengantin
perempuan maut di
malam persandingan gara-gara tendangan hebat
pengapitnya.” Shima berkata
separuh menjerit namun
dikawalkan lagi suaranya.
“Apa yang
korang bisikkan lagi
ni? Cepat-cepat kita
dah lewat. Budak-budak
mana?” tanya Kak
Latifah kalut. Mundar-mandir
dia mencari kanak-kanak
yang akan menjadi
sebagai flower girl
pasangan pengantin itu.
“Ada dekat
dalam bilik sebelah
puan. Kejap saya
panggil.” Beritahu mak
andam berlalu pergi.
Lebih kurang sepuluh
minit membuat persediaan
untuk perarakan pengantin
masuk kedalam dewan,
paluan kompang dimainkan
oleh pasukan yang
ditempah khas. Wajah
kanak-kanak comel berlalu
mendahului pengantin. Ramai
para tetamu tidak
melepaskan peluang untuk mengambil
gambar pasangan pengantin
yang sangat sepadan
itu. Senyuman manis
tidak lekang di
bibir kedua mempelai
itu.
“Abang..” panggil Sofia
kepada Fahmi berbisik.
Terpana seketika Fahmi
apabila mendengar panggilan
yang cukup indah
didengar di cuping
telinganya. Terus dia memandang
wajah comel isterinya
itu. “ Ya?”
“
Jalan perlahan sikit
boleh? Fia takut
tersandung depan ni
kang malu setahun.”
Ujar Sofia memaut
lengan Fahmi dengan
kemas.
Ketawa Fahmi mendengarnya. Langkah perlahan
diaturkan menuju ketangga
pentas untuk naik
ke pelamin. Perlahan-lahan mereka
melabuhkan duduk di
atas pelamin yang
cantik dihias dengan
kuntuman bunga hidup.
Tiba giliran
pengantin untuk bersalaman
dan bergambar dengan
tetamu. Dari meja
ke meja Sofia
dan Shima bersalaman
dan berkenalan dengan
kenalan mertuanya itu.
Mak cik Sarimah
rancak berbual dengan
besannya. ‘Amboi mak, dah
upgrade nampak?’
“Auuww!” Sofia
hampir-hampir terjatuh apabila merasakan
ada orang sengaja
memijak veilnya namun
sempat disambut oleh
Shima. Terus mereka berdua
memandang manusia yang dianggap biadap itu.
“Kau ingat
kau pakai gaun
mewah meleret macam
ni kau boleh
berangan jadi menantu
orang kaya la?” tanya
wanita itu angkuh. Cermin mata
hitam besar dipakaikan
dimatanya menyukarkan Sofia
dan Shima untuk
mengenalnya.
Sofia memandang wanita
itu dengan pandangan
kosong. ‘Apa kes minah
ni? Dengan pakaian
dress paras lutut
tak menghormati majlis
langsung. Tapi suara dia
macam aku kenal
je.’ Gumam Sofia
dalam hati.
Shima sudah panas
hati mendengar kata-kata wanita
itu. Belum sempat
Shima memaki hamun
Sofia terlebih dahulu
bersuara. “ Aku macam pernah
jumpa kau tapi
tak ingat dekat
mana. Kejap! Kau
kan yang hampir-hampir
langgar aku tempoh
hari?” ternganga Shima seketika.
“Dia ni ke yang
langgar kau Fia?
Kurang ajar punya
manusia, eh perempuan!
Hari tu dah
la kau langgar
dia lepas tu
boleh pula kau
tabur duit dekat
Sofia macam kau
tabur nasi dekat
ayam!! Mana adab kau
hah?” Shima sudah
bercekak pinggang. Nasib
baik kedudukan mereka
jauh sedikit dari
tetamu.
Wanita itu hanya
tersenyum sinis sambil
menanggalkan cermin mata
hitamnya. Disimpan didalam
beg tanggannya sebelum
menguak rambut lurus
panjang berwarna perangnya
itu.
“Kenal pun kau
kan.” Ujar wanita
itu.
Shima sudah
berapi hendak membalas
tetapi ditahan oleh
Sofia. Dia perlu
menghormat tetamunya itu
memandangkan ini majlis
perkahwinannya. “ Firstly,
aku nak ucap
selamat datang ke
majlis perkhawinan aku
dan jemputlah makan. Secondly, apa
maksud kau kata
macam tu tadi
aku tak faham
langsung dan aku
malas nak pening-pening
fikir. Jadi sekarang silalah…” ujar
Sofia tenang sambil
membuka laluan kepada
wanita itu dengan
senyuman manis.
“Tak hadap
aku nak telan
makanan majlis kau
ni. Kau….” Belum sempat wanita
itu menghabiskan kata-katanya
Shima terlebih dahulu
memotong.
“
Tak suruh kau
telan pun tapi
suruh kau makan
elok-elok. Tak ada
la mati tercekik
nanti. Apa salah
kalau kau kunyah
perlahan-lahan kemudian baru
kau telan makanan
tu. Gelojoh sangat
sampai nak telan
ni kenapa?” ujar Shima
berloyar buruk.
“Kau jangan
masuk campur eh. Ini
urusan aku dengan
dia!” lurus jari
telunjuk wanita itu
menghala ke muka
Sofia. Terbuntang mata
Sofia melihatnya. Automatik
tangan Sofia menampar
tangan wanita itu
menyebabkan mengaduh kesakitan
wanita itu.
“Adab dan budi
bahasa kau letak
mana?” tanya Sofia
berapi. Nafasnya sudah
naik turun. Merah
mukanya menahan marah.
Belum sempat wanita
itu membalas, satu
suara menyampuk berbalahan
mereka bertiga itu.
Fahmi memandang wanita
itu dengan pandangan
tajam. Pinggang Sofia disebelahnya
dipeluk membuatkan Sofia
terkejut dengan tindakan
itu.
“
Kau nak
apa ?” tanya Fahmi
serius.
“
Nothing, I just
nak berkenalan dengan
isteri you je.”
Ujar wanita itu
sambil senyum. MENIPU!
“ Eh
Hello! Tolong sikit
eh. Kau kalau
nak menipu memang
tak payah la!
Nak berkenalan tengkorak
kau! Datang sini
tiba-tiba tanya soalan
yang biadap. Berkenalan
jenis apa kau
guna?” hambur Shima
lagi.
Wanita itu
hampir-hampir menampar pipi Shima namun
Sofia lebih pantas
menahan tangannya dan
dengan ilmu taekwondo
yang dipelajarinya dulu
terus dia memulas
lengan wanita itu
sehingga menjerit kesakitan. “
Jangan harap tangan
kau tu nak
melekat dekat pipi
kawan aku. Sekali
kau tampar dia
patah terus tangan
kau aku kerjakan
nanti. Kau kalau nak
datang sini semata-mata
nak pijak veil
aku bagi jatuh
tersungkur, lebih baik
kau pergi balik
la tapi kalau
kau datang untuk
memenuhi undangan dengan
segala hormat aku
mempersilakan. Aku cakap
dengan kau elok-elok
tadi kan tapi
disebabkan kau balas
balik secara kasar,
dengan kasar aku
layan kau. Apa
motif soalan kau
tanya aku tadi
memang aku tak faham.
Aku harap ni
kali terakhir perangai
kau biadap macam
ni. Lain kali
kalau nak datang
majlis kenduri orang
pastikan pakaian kau
elok dan menghormati
majlis. Kau ingat
dengan attend kenduri
perkhawinan orang berpakaian
paras lutut dengan
baju tak berlengan
elok sangat ke? Ingat
ni kenduri cina
mati ke apa? Segala
budi bicara dan
adab sila belajar
balik. Aku rasa
budak kecik pun
reti cakap elok-elok.
Sekali lagi kau
buat kecoh dekat
majlis aku, jangan
ingat aku tak
berani nak belasah
kau!” terus tangan
wanita itu dilepaskan
dengan kasar.
Tergamam Fahmi melihatnya. ‘Gila gangster
bini aku ni.’
Shima turut mengiakan
kata-kata Sofia. Sudah
masak dengan perangai
Sofia. Sofia tidak
akan mengamuk kalau
tak ada orang
yang sengaja menempah
bala dengannya.
Wanita itu mengibas-ngibas tangannya
yang pedih itu.
Merah dan hampir
kebiruan! Terus wanita
itu berlalu pergi
dengan dengusan kasar.
Fahmi memandang Sofia
yang masih memandang
wanita itu berlalu
keluar. Shima sudah
tersengih kemenangan. ‘rasakan
kau! Pengantin gangster
ni!’
“
Esok aku
harap masuk akhbar lepas tu letak
tajuk besar “Pengantin Gangster” hahahaha!” Shima
sudah mengeluar idea
mengarutnya.
Terus Sofia memandang
kearah sahabatnya itu. “
Tadi kau nak
letak tajuk pengantin
perempuan jatuh bangunan
gara-gara kena tendangan
maut dari pengapit,
sekarang kau nak
letak pengantin gangster
pulak? Eh lepas
ni kau tak
nak letak ke
pengapit tertelan lesung batu
gara-gara idea yang
terlampau bernas?” Sofia
bercekak pinggang. Shima
hanya menayang sengihannya sahaja.
Fahmi disebelahnya tidak
dihiraukan. ‘kurang asam betul!’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan