"Aku nak
pergi cari kerja la Fia. Takkan aku
nak susahkan mak ayah aku lagi. Aku
nak belajar hidup berdikari. " Ujar Shima
kepada Sofia. Ketika itu mereka berdua
sedang berborak di sebuah pondok hadapan
rumah Sofia.
" Aku tau la Ima. Kalau boleh aku pun nak pergi cari kerja juga. Nak kumpul duit sambung belajar. Tapi tu lah mak aku, dia bagi ke tak aku pergi kerja kat bandar sana tu. " Sofia mengeluh perlahan.
" Ala kau cuba la pujuk mak kau tu. Aku dah cari dalam internet jawatan kosong. Ada sebuah butik baju memerlukan pekerja dalam masa terdekat ni. Jom la beb ! " Pujuk Shima lagi.
Dia terpaksa memujuk Sofia mengikutnya kerana dia tahu mana mungkin emaknya membenarkannya pergi bersendirian ke ibu kota untuk bekerja.
" Yang kau beria-ria ajak aku ni mak kau bagi ke kau pergi kerja kat sana? " Tanya Sofia.
" Aku pernah tanya dekat mak aku. Dia kata boleh tapi dengan syarat ! " Kata Shima sambil tersenyum-senyum.
" Apa syaratnya? "
" Kau mesti ikut sekali ! Ya la. kau kan tau mak aku tu. Dia mana bagi aku pergi sorang-sorang. Kalau kau tak nak ikut terpaksa la aku tinggal kat kampung ni sampai kahwin. Bila lagi aku nak balas jasa orang tua aku. " Shima yang mula-mula ceria bertukar lirih.
" Nanti lah aku cuba tanya mak aku dulu. Tapi aku tak berani janji dengan kau. Aku kan anak mithali. Kalau mak aku tak bagi memang aku terpaksa akur la. " Ujar Sofia. Kasihan pula dia melihat wajah sahabatnya yang sedih.
" Okay ! Nanti bila dah dapat jawapan jangan lupa bagi tau dekat aku ye ! Aku harap sangat kau boleh pergi ! " Ceria sahaja wajah Shima.
Sofia hanya senyum sahaja. Tidak sanggup pula menghampakan perasaan sahabatnya. Dia akan sedaya upaya memujuk emaknya agar membenarkannya untuk pergi ke ibu kota sana. Dia juga memerlukan duit untuk menanggung kos pembelajarannya kelak. Takkan nak mengharapkan duit pencen emaknya sahaja. Dia juga perlu membalas jasa emaknya yang membesarkan dia dan adiknya selama ini.
Sedang asyik Sofia dan Shima berborak , mereka berdua dikejutkan dengan suara Atan seorang budak lelaki yang berusia sebelas tahun.
" Kak Fia ! cepat pergi dekat rumah kak Milah sebab dia nak jumpa dengan akak. " Ujar Atan. Dilehernya tergantung lastik yang selalu dibawanya.
" Kenapa Kak Milah cari Kak Fia Atan? " tanya Sofia hairan. ' Ni kalau minah tu panggil mesti ada kes ni'
" Atan tak tau la kak Fia. Tadi pon tiba-tiba dia mengamuk suruh panggil akak. Abang Zali pun kena marah dengan Kak Milah " Ujar Atan lagi.
Sofia dan Shima berpandangan. Masing-masing sudah tahu apa yang akan berlaku. Tak lain tak bukan Zali punya masalah.
" Jomlah ! " ajak Shima. Malas mahu membuang masa terus sahaja Sofia dan Shima menghidupkan enjin motosikal masing.
" Baik abang cakap cepat apa hubungan abang dengan Sofia ! Sebelum penyapu ni melekat dekat muka abang cepat mengaku ! " Jerit Milah. Dia memandang dengan pandangan tajam kearah tunangnya, Zali yang berada diatas pokok. Ditangannya pula memegang sebatang penyapu. Nafasnya turun niak apabila mengingatkan peristiwa minggu lepas ketika dia melihat Zali dan Sofia di kedai runcit Pak Ali. Bukan main gatal lagi Zali berkepit dengan Sofia.
" Sumpah yang ! Abang tak ada apa-apa hubungan pun dengan Sofia tu. Sofia tu bukan taste abang la Milah oi. Dengan perangai kasarnya silap-silap kalau kahwin bukan abang yang lambung dia, dia yang lambung abang nanti. " Kata Zali tergagap-gagap.
" Amboi-amboi dah fikir sampai kahwin abang ye. Saya tak nak dengar apa lagi alasan abang ! Saya cuma nak tau betul atau tak abang ada scandel dengan Sofia ! " Jerit Milah lagi.
" Tak ! " Jerit Zali lagi. Tidak berani hendak turun kebawah kerana Milah masih lagi memarahnya. Kalau turun juga alamatnya makan penyapu la jawabnya.
Seketika kemudian Sofia dan Shima tiba di rumah Milah. Kelihatan Milah sedang bercakap dengan seseorang sambil memandang ketas pokok. Hairan dengan situasi itu terus sahaja Sofia dan Shima berjalan menghampiri Milah. Marah betul Milah nampaknya.
" Hah ! dah sampai pun kau. Sini kau aku nak cakap sikit dengan kau. " Kata Milah seraya membuang penyapu ditangannya ke tanah.
" Ada apa? " tanya Sofia malas. Matanya tercari-cari kelibat Zali namun tidak kelihatan.
" Kau cari apa? Tu Zali atas pokok. Sekarang aku nak tau apa hubungan kau dengan Zali " Hembur Milah sambil bercekak pinggang.
" Aku dengan Zali ? Kau gila ke apa? Zaman bila aku tergila-gila dekat tunang kau tu? " Sofai yang mulanya malas mahu melayan menjadi geram apabila dituduh mempunyai hubungan dengan Zali. ' Tak kebulur aku dengan Zali tu. '
" Ni bukan masalah aku gila ke apa? Hari tu aku nampak kau dengan Zali bukan main mesra lagi dekat kedai runcit Pak Ali tu. Kau dah tak ada jantan lain ke nak menggedik selain Zali? "
" Oi cek kak ! tunang kau tu yang menggedik dekat aku. Kau ingat aku kebulur sangat ke nak dekat Zali tu? Zali bukan taste aku la ! " marah Sofia. Dia berjalan menghampiri pokok sambil merenung tajam kearah Zali yang setia memeluk dahan.
" Woi Zali baik kau turun sekarang sebelum aku sendiri yang naik tendang kau jatuh sembah bumi . " Jerit Sofia.
Takut akan ugutan Sofia itu , terus dia terjun dari pokok. 'Tak boleh buat main dengan minah ni. Silap hari bulan tidur hospital jawabnya nanti ' Tanpa berlengah terus dia berlari sembunyi di belakang Milah.
" Kau cakap dengan Milah sekarang siapa yang mula menggedik . Aku atau kau.? " marah Sofia lagi. Jari telunjuknya lurus menunjuk ke muka Zali.
" Yang , sumpah abang tak suka pun dekat Sofia. Abang cuma borak-borak ja dengan dia. Abang setia dekat Milah sorang ja ." Diangkat tapak tangannya supaya Milah percaya.
" Kau dah dengar kan apa yang tunang kau cakap? Lain kali kau jangan nak tuduh orang tanpa bagi salam. Serbu tak pakai helmet. " Kata Shima menyampah. Dia yang hanya memerhati sedari tadi mula bersuara.
" Aku memang dah tau dari dulu lagi. Takkan la tunang aku Zali ni nak tergila-gilakan perempuan separuh jantan macam kawan kau ni. Taste Zali yang ayu-ayu macam aku ni ja. " Kata Milah berpeluk tubuh.
" Woi Milah ! Kau ni muka cantik dah tapi mulut kau lagi cantik nampaknya. Sesedap mulut kau je kan kata aku separuh jantan. Kau ingat dengan perangai kasar aku ni tak ada orang berkenan ke hah? Kalau tak disebabkan perangai budak laki kampung ni yang macam ulut bulu tak wujud lah perangai kasar aku ni. entah-entah aku lagi ayu dari kau tahu tak. " hambur Sofia geram. ' Suka hati kau aje kan kata aku macam ni. Kalau ada lesung batu dah lama aku tumbuk mulut kau jadi sambal belacan.'
Milah hanya mencebik. Habis modal nya hendak bertikam lidah dengan Sofia. Semua orang di kampung ni sudah kenal dengan perangai Ariana Sofia. Kalau bertikam lidah aja mesti semua habis modal nak balas balik.
" Dah la Sofia. Jom kita balik. Buang karen aje bertekak dengan minah ni." Shima pantas menarik tangan Sofia untuk beredar pulang. Kalau dibiarkan lama boleh buat free show dua orang ni bergaduh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan