“Woi! Tak guna
punya manusia! Kau ingat
aku ni tiang kayu
ke apa hah?” Sofia
menepuk tingkap kereta
Hilux warna hitam
milik seorang wanita
muda sekuat hati.
Tingkap kereta diturunkan
dan wanita tersebut
dengan sombongnya menanggalkan
kaca mata hitam
besarnya sambil memandang
Sofia tanpa rasa bersalah.
“Kau
kenapa?” soal wanita tersebut.
Menyirap darah Sofia
mendengar kata-kata wanita
itu. “Oh kau tanya
aku kenapa? Agak-agak
kau tadi kau
langgar aku ke
langgar kucing? Kau
ni ada lesen
ke takda lesen?
Lesen kopi ‘o’ ke apa?
Masyarakat karat betul
la kau ni!
Dah la langgar
orang lepas tu
boleh pulak buat
muka tak bersalah.
Kurang ajar betul
la kau ni!”
Wanita tersebut mengambil
dompetnya dan mengambil
beberapa keping wang
kertas bernilai RM50
dan mencapak ke
arah Sofia sebelum
menekan pedal minyak
berlalu pergi. Kepingan
wang RM50 berterbangan
di depan mata Sofia
membuatkan Sofia bertambah
angin. ‘Ya Allah, kenapa ada
manusia yang berperangai
begini’. Sofia mengutip
kepingan wang tersebut
dan menyerahkan kepada
peminta sedekah yang
berada di kaki
lima sebuah bangunan
berhampiran.
“Kau ingat
aku hadap sangat
ke nak duit
kau tu? Aku tak
minta duit la!
Aku cuma minta
kau hormat orang
ja. Sah-sah pendidikan
sivik masa kau
sekolah dulu failed! Aduh! Sakitnya kaki.
Nasib baik bekalan
ni tak tumpah
kalau tak mati
aku dengan Datin
Haina.” Omel Sofia
bersendirian. Kakinya kelihatan
bengkak sedikit membuatkannya
terpaksa berjalan terhinjut-hinjut. Bekas
makanan di tangan
kanannya dijinjing sambil
tangan kirinya membetulkan
pashmina yang tersarung
dikepalanya.
Hari ini
Sofia diminta oleh
Datin Haina untuk
menghantar bekalan makanan
buat Fahmi atau
lebih tepat tunangnya.
Usia pertunangan mereka
sudah hampir dua
bulan namun mereka
jarang bertemu. Darah
manis la katakan…
“Mana satu syarikat
dia ni? Eh,
yang tu kot?” Sofia
melangkah kakinya kearah
sebuah syarikat besar
yang gah dihadapannya. Diperbetulkan
blouse labuh berwarna putih dan
dipadankan dengan seluar
jeans biru tua
sebelum melangkah masuk
kedalam syarikat itu.
“Maafkan saya, boleh
saya tahu pejabat
Encik Fahmi Hazrin
di tingkat berapa
ya?” tanya Sofia
di kaunter pintu
masuk pejabat itu.
“Oh, pejabat
Tuan CEO di tingkat
18 tapi maaf
cik sebab sekarang
Encik Fahmi sedang
berada dibilik temuduga
untuk enterview pekerja
baru.” Jawab pekerja
itu dengan ramah.
Tertera nama ‘ZARINA’
di nametag yang
dipakainya.
“Kalau macam tu
saya naik ke
tingkat atas dulu
ye. Terima kasih.”
Ucap Sofia sebelum
berlalu pergi ke
lif.
‘Mak cik
kau gila ramai!
Temuduga untuk jawatan apa
ni? Ada tak
untuk jawatan tea
lady? Aku buat
air sedap tau!’
Ternganga mulut Sofia
melihat orang ramai
yang sedang menunngu
giliran untuk ditemuduga
sebentar lagi. Amboi,
sempat kau angkat
bakul sendiri Sofia!
Sofia terus melangkah
dan melemparkan senyuman
yang manis kepada
mereka yang sedang memerhatinya
berjalan. Dituju kakinya
kearah pintu bilik
yang tertera ‘ C.E.O Encik
Fahmi Hazrin Bin
Dato’ Fazli. Belum sempat
Sofia mengetuk pintu
kayu yang cantik
itu dia telah
ditegur oleh seorang
wanita merangkap setiausaha
Tuan CEO di
pejabat itu.
“Sorry, sebelum
kau masuk pejabat
tuan CEO kau
perlu mengadap aku
dahulu. Kalau kau
nak borang sila
ambil dekat aku
bukan main redah
masuk bilik boss
aje! Beradap la
sikit! Nah ambil borang
ni! Sila isi all
the particulars as
required ! ”
Berdesing telinga Sofia mendengar
kata-kata setiausaha itu.
Pandangan tajam dihadiahkan
kepada setiausaha itu. “ Kalau
kau cakap elok-elok
tak boleh ke
hah? Mana etika
kau sebagai pekerja
di syarikat ni?
Harap je dapat
pangkat setiausaha tuan
CEO tapi perangai
kurang ajar nak
mampos! Kau ingat
aku datang sini
nak minta kerja
ke apa? Aku
datang nak jumpa
Fahmi! Bukan kau!
Nah simpan balik
kau punya borang
buat orang lain!”
Sofia melempar kembali
borang itu kearah
setiausaha itu. Pertengkaran
mereka mendapat perhatian
ramai orang disitu
namun masing-masing hanya
memerhati sahaja.
Terkejut besar si
setiausaha itu apabila
gadis dihadapannya ini
hanya memanggil tuan
CEO hanya dengan
panggilan ‘FAHMI’ . Tidakkah dia
tahu bahawa semua
staff di syarikat
ini memanggil bossnya
itu dengan pangilan
terhormat iaitu ‘Tuan
Fahmi’?
“Who’s you sesuka
hati nak panggil
boss syarikat ini
dengan panggilan nama
sahaja? Semua staff
di syarikat ini
panggil boss dengan
panngilan ‘Tuan’! yang
kau sesuka hati
panggil nama sahaja
kenapa?” suara setiausaha
itu semakin kuat.
Sofia hanya mempamerkan
wajah bosannya. Menyampah
pula bercakap dengan
perempuan ni. “ Hello
cik kiah! Kau
tu staff dekat
syarikat ni sebab
tu la kau
wajib panggil dia
dengan gelaran ‘Tuan’!
aku staff dekat
sini ke? Tak
kan? So suka
hati aku la
nak panggil dia
apa pun yang
kau sibuk ape
hal? Kurang kasih
sayang eh?”
Orang ramai yang
memerhati adegan pertengkaran
antara dua manusia
itu hampir ketawa
namun ditahan sahaja.
Belum sempat setiausaha
itu membalas kata-kata
Sofia kelihatan seseorang
pemuda berpakaian pejabat yang
tersangat handsome dan
kemas keluar dari
sebuah bilik bersebelahan
bilik ‘Tuan CEO’.
“Apa yang
kecoh ni?” tanya
Fahmi. Dia memandang
Sofia dengan renungan
tertanya-tanya. Mukanya diseriuskan
sahaja namun Sofia
hanya memandangnya sekilas
sambil menghulurkan beg
bekalan ditangannya kepada
Fahmi.
Sebaik sahaja
beg itu bertukar
ke tangan Fahmi
terus setiausaha itu
mengadu akan perangai
Sofia yang dianggapnya ‘kurang ajar’.
“Maaf tuan Fahmi,
tadi semasa Tuan
berada di dalam
bilik mesyuarat perempuan
ni dia datang
dan terus mahu
masuk kedalam bilik
Tuan sebelum sempat
memberitahu kepada saya.
Lepas tu bila
saya cakap perlu
berjumpa dengan saya
terlebih dahulu terus
dia melenting marah-marah
dekat saya.” Muka
kasihan dipamerkan namun ianya telah
membuatkan Sofia semakin
naik darah!
“Kau jaga
mulut kau sikit
eh! Kalau kau
tegur aku secara
elok dan berhemah
tadi takde lah
aku cakap kasar
dengan kau! Tegur
aku secara melenting,
ingat aku tak
angin ke hah?”
nafas Sofia sudah
turun naik.
Untuk mengelakkan kejadian
yang tidak diingin
berlaku terus Fahmi
menarik lengan Sofia
dan membawanya masuk
kedalam pejabanya. Sofia
hanya menurut tanpa
membantah namun mukanya
sudah merah menyala
menahan marah. Sofia
didukkan di sebuah
set sofa yang
terletak di penjuru
di dalam bilik
mewah itu. Fahmi
mengambil kedudukan bertentangan
dengan Sofia. Baju
kot berwarna hitam
ditanggalkan dan dilonggarkan
sedikit tali leher.
Lengan kemeja bewarna
biru tua disentengkan
ke paras siku.
Diraup mukanya sekali
sebelum memandang Sofia
kembali.
“Awak kenapa ni?”
tanya Fahmi dengan
nada lembut. Mukanya
kelihatan letih. Ramai
barangkali orang yang
datang temuduga hari
ini.
“Kenapa dengan setiausaha
awak tu?” soalan berbalas
soalan. Tangan Sofia
disilangkan didada.
“Dia mengamuk
dekat awak ke?”
tanya Fahmi lagi.
Sofia hanya mengangguk
sambil menundukkan wajahnya.
Sakit dikakinya gara-gara
kemalangan tadi semakin
kuat terasa namun
ditahankan sahaja agar
tidak dikesan oleh
tunangnya itu.
Melihat wajah Sofia
yang kelihatan seperti
sedih itu menyebabkan
rasa kasihan dan
simpati Fahmi terluah.
“Dah la. Tak
payah sedih-sedih. Abaikan
je si Nasya
tu.” Terus Fahmi
mengeluarkan bekalan dari
beg yang dibawa
Sofia sebentar tadi.
Dibuka bekas yang
berisi nasi itu
dengan lafas bismillah
disuapkan nasi kemulutnya
dengan menggunakan sudu
yang disediakan.
“Bila awak nak
pergi fitting baju
kahwin?” tanya Fahmi.
Hampir 20 minit
mereka berdiam tanpa
sebutir suara. Melayan
mood masing-masing.
“Ikut awak lah.”
Acuh tak acuh
sahaja Sofia menjawab.
Moodnya hilang gara-gara
insiden yang berlaku
hari ini.
Lama Fahmi
merenung wajah tunangnya
itu. “Kenapa awak ni?
Ada yang tak
kena ke?”
Sofia mengambil nafas
sedalam dalamnya sebelum
menceritakan kejadian yang
berlaku kepadanya sebentar
tadi. “ saya
kena langgar tadi.”
Jawapan Sofia benar-benar
hampir membuatkan jantung
Fahmi tercabut. Terus
Fahmi bangun dan
duduk bersebelahan Sofia.
Tindakan Fahmi itu
telah membuatkan Sofia
terkejut dan terbangun
dari duduknya. Diurut
dadanya berkali-kali.
‘Apahal mamat ni??’
“Awak ni kenapa?
Tiba-tiba duduk sebelah
saya dengan muka
serius? Sihat ke
tak awak ni? Ser….
Auuuuuuu!!!” belum sempat
Sofia menghabiskan kata-katanya
tiba-tiba dia menjerit
kesakitan. Melihat keadaan
Sofia begitu terus
Fahmi menarik lengan
Sofia duduk disebelahnya.
Serius sahaja mukanya. Ish
dia ni la.
Main redah je
nak pegang anak
dara orang. Kalau
ye pon tak
sabar nak pegang-pegang
tunggu la kahwin
dulu. Nasib berlapik
tau!
“Tengok kaki” arah
Fahmi.
“ Eh kaki
saya apesal awak
nak tengok pula?
Dah la saya
nak balik nanti
kesian Datin Maria
tunggu lama pula
dekat butik.”
Sofia sudah
berkira hendak bangun tetapi
Fahmi merenenungnya dengan
pandangan seperti singa
kelaparan!
Fahmi membantu Sofia
bangun dari kerusi
dan memapah keluar
dari biliknya itu.
Dengan hati dan
perasaan yang ‘blur’
Sofia hanya menurut
sahaja. Sebaik sahaja
pintu bilik utama
Tuan CEO terbuka,
banyak mata-mata yang memandang kearah
pasangan itu. ‘eh-eh
sweetnye diorang!’
Situasi itu telah
memeranjatkan Nasya, si
setiausaha yang biadap
itu. Bertambah sakit
hatinya apabila melihat
Tuan Fahminya sedang
memapah gadis yang
bertengkar dengannya sebentar
tadi. Sebagai pekerja
yang ‘mithali’, Nasya
menegur Tuan CEO
nya itu.
“
Tuan Fahmi, tuan
hendak kemana? Macam
mana dengan interview
yang lain?”
“Awak beritahu dekat
Adli suruh dia
ganti tempat saya.
Minta dia kumpulkan
semua resume dan
letakkan atas meja
saya. Nanti saya
akan semak dan
kita akan buat
bagi sesi kedua.
Sekarang saya ada
urusan kecemasan.” Terus
Fahmi memapah Sofia
pergi. Sempat si
Nasya menjeling tajam
kearah Sofia yang
sedang senyum mengejek.
“SHIMA!!!!!!!” jeritan Sofia
didalam rumah sewanya
itu telah membuatkan
Shima tersembur makanan
yang sedang dikunyahnya.
“Gila kau Fia!
Kau apehal menjerit
panggil nama aku?
Ingat aku pekak
ke apa? Boleh
mati tercekik aku
kalau macam ni.
Astaghfirullahaladzim..”
Shima mengurut dadanya.
“Mana jam tangan
aku? Kau ada
nampak tak? Aku
letak dekat atas
meja dekat ruang
tamu ni masa
nak pergi mandi
tadi tapi sekarang
aku tengok dah
tak ada. Mana
jam aku lari?”
gelabah Sofia mencarinya.
“Kau salah
letak kut. Cubalah
cari dekat tempat
lain juga.” Shima
meneruskan suapannya yang terbantut tadi.
‘pengacau aku nak
makan!’
“Aku nak
letak dekat mana
lagi kalau bukan
dekat sini? Kau
tahu tak jam
tu mahal. Pemberian
Fahmi kau tahu
tak?” habis bantal
Sofa dilemparnya. Sekejap
ditunduk di bawah
sofa, sekejap diangkat
semua bantal-bantal.
Shima sudah tersengih
sumbing. “Ehem, berharga betul
jam tu buat
kau. Dah jatuh
sayang ke?”
“Ni bukan
kes sayang ke
benci la mangkuk!
Ni masalah harta
dia bukan harta
aku. Aku bukan
jenis tak hargai
pemberian orang. Aku
ni dah la
tak mampu nak
beli barang mahal-mahal
macam tu.” Hampir
mengalir air mata
Sofia. Terduduk dia
diatas sofa. Direnungnya
segenap tempat namun
tidak kelihatan seutas
jam tangan berlian
pemberian Fahmi kepadanya
ketika hari pertunangannya.
“Kau pergi
masuk tidur dulu
lah. Nanti aku
tolong cari dekat
kau eh.” Pujuk
Shima.
Sofia hanya mengangguk
dan berlalu kebiliknya
dengan linangan air
mata. ‘Ya Allah,
mudah mudahan aku
dapat kembali jam
itu.’
Habis semangkuk maggi,
Shima bangun menuju
ke dapur untuk
mencucinya. Sebelum berlalu
keluar mata Shima
terarah ke atas
peti sejuk. Dia
menghampirinya dan apabila
mengenal pasti objek
tersebut terus diambilnya
sambil mengeleng-geleng kepalanya.
“Kau ni
Sofia, letak dekat
lain cari dekat
lain. Ruang tamu
tu dah habis
selerak sah-sah la
aku yang nak
kena kemas.” Bebel
Shima. Dibawa jam
tangan itu kebilik
Sofia namun sebaik
sahaja pintu bilik
dikuak kelihatan Sofia
sudah nyenyak tidur.
Tidak mahu tidur
sahabatnya itu diganggu,
Shima meletakkan jam
itu diatas meja
lampu bersebelahan katil
Sofia. Direnung wajah
sahabtanya yang nyenyak
tidur itu sebelum
berlalu keluar. ‘kau dah
nak jadi milik
orang. Aku harap
kau bahagia dengan
si dia.’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan