Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh pagi, Shima dan
Sofia serta adiknya Safira masih lagi berlegar-legar di bandar Taiping untuk
mencari barang yang hendak dibuat sebagai hantaran. Nasib baiklah bekas-bekas
hantaran sudah selesai dibeli sebentar tadi, kini mereka sedang mencari kedai
yang menjual manisan untuk dibuat sebagai isi hantaran nanti.
“Along,
cuba kita pergi dekat kedai yang jual cendera mata. Mesti ada macam-macam
barang yang kita boleh buat sebagai hantaran kan?” cadang Safira.
“Betul
juga tu. Dekat kawasan sini tak silap along dekat depan sana tu kan?” tunjuk
Sofia sambil menunding jarinya ke depan.
“Baru aku
ingat Fia. Depan tu ada kedai cendera mata. Aduh! Kenapa la otak aku tak
terpikir dekat kedai tu.” Shima pula mencelah. Terus dipandu keretanya itu
menuju ke kedai yang dimaksudkan.
Setibanya
mereka di kedai itu, alangkah gembiranya mereka bertiga kerana barang yang
dikehendaki ada dijual di kedai itu. Tanpa berlengah lagi terus mereka
mengambilnya dan membuat pembayaran.
“Selepas
ni kita nak kemana pula? Nasib baik barang untuk hantaran dah settle.” Sofia
tersenyum senang hati mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Shima. Alhamdulillah.
“Kalau
barang hantaran semuanya dah settle, sekarang kita pergi ke butik pengantin je
lah untuk cari baju nak bertunang.” Ujar Sofia. Setelah disetujui oleh Shima
dan Safira, mereka bertiga bertolak pula ke butik pengantin yang tersohor di
bandar Taiping itu.
“Kau nak
beli ke sewa baju ni?” tanya Shima sambil tangannya membelek baju yang dipilih
oleh Sofia.
“Aku
ingat nak beli je lah. Lagipun baju ni simple je.” Ujar Sofia.
“Fira
setuju tu along! Nanti kalau along tak nak pakai boleh simpan untuk Fira pakai
pula!” Safira menyokong pendapat kakaknya.
“Kalau
macam tu ambil baju ni lah. Sekarang jom kita tengok kain lace pula.” Ajak Sofia.
Terus mereka ke bahagian yang menempatkan bahagian tudung, kain lace dan tiara.
“Along
nak pakai tiara tak?” tanya Safira. Diambil salah satu tiara dari rak dan
digayakan di atas kepalanya.
“Fira ni,
orang tunang mana pakai tiara. Orang kahwin je pakai. Kalau tunang, letak kain
lace je dekat atas kepala.” Sofia menjegilkan matanya. ‘Nak tunang pun nak kena
pakai tiara ke? Apedahh…’
Safira
hanya ketawa mengekek. Pembantu kedai yang tidak jemu melayan mereka sentiasa
membantu mereka dalam pemilihan warna yang sesuai untuk dipakaikan dengan baju.
“Kau nak
buat apa dengan selendang kosong tu?” tanya Shima apabila melihat sahabatnya
itu mengambil sehelai selendang yang sama warna dengan baju yang mereka pilih
sebentar tadi. Sofia hanya tersenyum sambil mengangkat bahu. Diberikan selendang
itu kepada pembantu kedai untuk membuat pembayaran sebentar nanti.
“Along,
untuk Fira dengan emak nak pakai warna apa?” tanya Safira. Langkah kakinya
sudah bergerak ke arah deretan pakaian yang disediakan untuk dayang-dayang
pengantin. Tangannya lincah membelek setiap jenis corak yang ada pada setiap
baju.
“Along
rasa ambil warna pink la. Sesuai dengan warna baju yang along ambil tadi.” Cadang
Sofia.
“Hah! Betul
aku pun sokong. Aku nak ambil warna pink juga la. Aku kan dayang kau nanti. Hahaha”
Shima ketawa berdekah-dekah tanpa mengira keadaan sekeliling. Nasib baik tidak
ramai pelanggan yang singgah ketika itu. Kalau tidak memang boleh memalukan
warga Taiping saja.
Sedang leka mereka bertiga memilih corak baju
yang cantik dan berkenan di hati, mereka disapa oleh dua orang makhluk yang
sangat mereka kenali. Siapa lagi kalau bukan Milah dengan Zali.
“Haih Fia,
Ima. Kenapa tiba-tiba kau datang butik pengantin ni? Berangan nak kahwin ke?” perli
Milah sambil tangannya menyilang ke dada. Zali sudah menyorok di belakang
Milah. Entah kenapa la dengan si Zali ni. Kalau depan Milah takut benar dengan
Sofia tapi kalau di belakang, gatalnya bukan main!
“Suka
hati aku la nak datang ke tidak. Yang kau sibuk tu apehal? Ni butik pengantin
kau ke?” balas Sofia.
“Aku cuma
pelik je dengan kau ni. Boyfriend pun tak ada tiba-tiba datang butik pengantin
macam dah nak kahwin. Lain lah aku dengan Zali ni, kitorang tak apelah datang
sini pun sebab kitorang dah nak kahwin bulan depan.” Senyuman sinis diberikan
kepada Sofia. Shima mencebik geram.
“Yang kau
dengki sangat ni kenapa? Dekat pintu masuk depan tu tak ada tulis pun yang tak
ada boyfriend atau girlfriend di larang masuk. Hanya orang nak kahwin sahaja
yang dibenarkan masuk. Macam tu?” Tanya Sofia sambil bercekak pinggang. Nasib baik
suara mereka semua tidak kuat kalau tidak satu butik boleh dengar perbalahan mereka berdua ini.
Zali yang
sedari tadi hanya diam kini bersuara. “ Korang ni bila nak berdamai? Aduh, bila
jumpa ja gaduh bila gaduh ja jumpa. Cuba bawa bertendang.”
“Bertendang
kepala hotak kau. Kalau aku tendang kau lepas sampai tasik depan sana kau tau?!
Kau kalau tak nak aku belasah kau dekat sini baik kau ajak tunang kesayangan
kau ni belah tempat lain! Semakkan mata aku je tengok korang berdua ni! Yang sorang
ni mulut berpuaka! Yang sorang tu pula dah jadi macam lembu kena cucuk hidung! Apa
yang si tunang cakap semua ikut! Belah la korang!” terus mereka bertiga
bergerak ke arah kaunter untuk membuat pembayaran. Nasib baik baju untuk Safira
dan mak cik Sarimah sudah dipilih.
“Balik
rumah terus la. Aku dah tak ada mood nak beli barang. Semua ni gara-gara jumpa
dua makhluk yang jatuh dari planet mana pun aku tak tahu. Datang-datang dengan
tak bagi salam terus nak perli aku. Agak-agak la, dia ingat tak da jantan ke
nak dekat aku? Walaupun perangai aku kasar tapi kenapa tunang dia si Zali tu
masih tergedik-gedik nak mengorat aku? Haih! Betul-betul buat aku panas hati
la!” Ujar Sofia dengan geram. Seat belt dipakaikan dengan kasar.
“Tu lah. Kalau
tak tadi pun aku nak hentam ja si Milah tu. Tapi aku tengok kau lagi berapi
lagi la aku syok tengok kau marah dia. Hahaha. Tapi kan kalau aku masuk tadi
mesti lagi meletup kan?” Shima ketawa mengekek. Safira yang berada di bahagian
belakang hanya diam menikus. Tidak berani bersuara jika mood kakaknya sedang ‘panas’
“Poyo la
kau ni Ima. Cakap ja lebih tapi buat tidak!” cebik Sofia.
Shima
hanya menjelir lidah sahaja. Pedal minyak ditekan dan kereta myvi berwarna
kuning itu meluncur laju pulang ke rumah.
PEJAM celik pejam celik, esok tibalah hari yang
mendebarkan bagi Sofia kerana esok merupakan hari pertunangannya dengan Fahmi.
Sofia keluar dari kamarnya dan menuju ke ruang tamu yang sudah penuh dengan
barang-barang hantaran yang diletakkan disebelah dinding. Dia memandang di
bahagian hadapan, sebuah mini pelamin sudah siap dipasang sebentar tadi. Terdapat
bunga-bunga kecil yang menghiasi tepi tangga pelamin dan sudah cukup membuatkan
ianya sangat cantik!
“Sofia,
betul ni kamu tak nak pakai inai?” tanya mak cik Siah kepada Sofia.
“Tak nak
lah mak cik. Pakai masa kahwin aje lah nanti. Nak bertunang je pun.” Sofia
memberikan senyuman yang manis kepada ibu saudaranya itu.
“Pakai la
Sofia. Dekat kuku pun jadi la asalkan tangan tu nampak la berhias sikit.” Suruh
mak Uda pula. Tangannya masih lincah memotong bawang untuk memasak buat tetamu
yang hadir esok.
“Betul
kata mak Uda kamu tu Fia. Pakai aje inai tu. Bukan rugi apa-apa pun kalau
pakai. Lagi nampak cantik ada la anak mak ni nanti.” Pujuk mak cik Sarimah
kepada anak perempuannya itu.
“Baiklah.
Tapi pakai dekat kuku aje tau!” Sofia menyetujui sahaja.
Mak cik Siah
hanya mengangguk sambil tersenyum. Inai daun yang sudah siap ditumbuk
dipakaiakan dan ditempek di jari Sofia. Kata mak cik Siah, inai daun yang
dibuat sendiri ni sebenarnya lagi cantik dan selamat dari inai-inai picit yang
dijual di kedai luar sana. Lagi pun warna inai daun ni terang dan nampak asli.
“Mak
Siah, saya pun nak pakai juga.” Rengek Shima seperti kanak-kanak sahaja. Sofia
yang melihat hanya tersenyum sahaja. Kawannya itu kalau dah datang perangai
mengada-ngada memang dah tak boleh nak buat apa. Kena ikut juga cakap dia!
“Meh sini
mak Siah pakaikan.” Terus Shima duduk di hadapan mak cik Siah seraya
menghulurkan sepuluh jarinya sekali gus. Ketawa orang di dalam rumah itu dengan
aksi Shima yang mencuit hati.
“Amboi,
macam dia pula yang bertunang. Semangat betul nak pakai inai. Orang yang
sepatutnya pakai inai ni pun tak nak pakai.” Ujar mak Uda. Shima hanya
menayangkan sengihannya. Sofia pula hanya ketawa.
Dari pagi
sampai ke malam, Shima setia menemani Sofia dan membantu apa yang patut. Ringan
tulang betul sahabat Sofia seorang itu. Perkara yang tak perlu ditolong pun
mahu ditolongnya. Sofia kelihatan sangat ayu malam ini apabila dia memakai kain
batik dan baju kurung Kedah.
Setelah
satu jam menunggu inainya kering, barulah Sofia dibenarkan membasuh
jari-jarinya itu. Jarinya yang ditempek dengan inai-inai tadi kini sudah bersih
dan berwarna merah yang sangat cantik! Maklumlah, orang berkulit putih ni kalau
dipadan dengan warna terang memang tersangat cantik la jawabnya!
“Semua
dah sudah? Kalau dah sudah kamu berdua pergi la masuk tidur. Tinggalkan aje
kerja-kerja biar kami yang buat. Esok nak kena bangun awal. Majlis bermula
pukul Sembilan, nanti kalau terlewat bangun kang tak sempat nak dandan pula.” Ujar
mak cik Sarimah.
“Kalau
macam tu kitorang masuk bilik dulu la. Assalamualaikum.” Ucap Sofia dan Shima serentak.
Terus mereka berdua berlalu masuk kedalam bilik Sofia. Malam ini Shima bermalam
di rumah Sofia. Ini semua atas pujuk rayu Sofia petang tadi kepadanya. Alahai,
dah nak jadi tunang orang pun masih nak mengada-ngada. Rumah aku bukan jauh
pun. Sebelah rumah kau je pun!.
Sofia
membelek-belek baju pertunangannya yang sudah siap diseterika dan digantung
didinding biliknya itu. Sangat cantik!
“Kau
betul-betul nak pakai?” tanya Shima. Sofia faham akan soalan itu. Dia hanya
mengangguk sambil senyum. Kini sudah tiba masanya!
“Kalau
macam tu, aku turut bahagia dan aku akan doakan semoga kau akan kekal macam tu
sampai bila-bila” ucap Shima terharu.
“Terima
kasih sahabatku. Kau doakan aku tau semoga semuanya menjadi detik yang terindah
buat hidupku sepanjang menjadi tunang dia dan akan menjadi isterinya nanti. Aku
sangat memerlukan doa itu.” Mengalir air mata Sofia ketika ini. Terus Shima
memeluk sahabatnya itu.
“Dah la. Kau
jangan la nangis. Aku mesti doakan yang terbaik untuk kau punya! Kau kan
sahabat aku dunia akhirat. Mesti la aku nak kau bahagia selalu!” Shima mengesat
air mata sahabatnya itu. “Jom la tidur. Aku dah mengantuk ni. Aku nak peluk kau
puas-puas malam ni boleh sebab nanti kau dah nak jadi tunang orang. Dah tak
boleh aku nak peluk-peluk kau.” Ujar Shima sengaja membuat ayat sedih.
“Mangkuk!
Aku baru tunang dengan dia la. Bukannya aku kahwin dengan dia. Lepas aku tunang
ni pun kalau kau nak peluk aku masih boleh la. Lepas kahwin nanti je tak boleh
sebab masa tu aku dah jadi milik mutlak dia kau tau!” ujar Sofia geram. ‘kang
aku sekeh juga kepala minah ni.’
“Hehe,
mana la aku tau kalau lepas ni dia pesan siap-siap dekat kau ke? Jangan bagi
siapa-siapa peluk sayang tau?!” Shima ketawa mengekek.
“Si sombong tu nak panggil dekat aku sayang?
Eeeee… please laa… dengan aku tak pernah langsung nak berlembut. Agaknya muka
dia tu pejal sangat kut sampai dah tak boleh nak senyum. Tapi kalau dengan
orang lain boleh pula dia senyum. Dengan aku je tak reti. Agaknya lepas kahwin
nanti aku kena buat kelas belajar senyum untuk dia kut?” kata Sofia. Badannya sudah
berbaring mengahadap Shima.
“Hahaha,
kau jangan risau la beb! Nanti dia mesti romantik punya! Dia saja nak test kau
lah tu sebenarnya. Tapi kebanyakkan orang yang ego sebelum kahwin ni akan lebih
romantik dan terlebih romantik selepas kahwin.” Ucap Shima.
“Kalau
macam tu bagus la. Tak ada lah sakit sangat hati aku nanti kalau asyik mengadap
muka buah kedondong dia tu aje. Hmhh, dah la. Aku nak tidur dah. Esok mak andam
nak datang awal. Takut terbangun lewat pula.” Terus Sofia memejamkan matanya.
Shima disebelah kelihatan sedang membelek-belek telefon bimbitnya. ‘Ahh! Biarkan
je lah. Aku nak tidur!’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan