Sombongnya ! Tapi Caring Gila ! - Bab 16

     “Shima, kau rasa kenapa dia pilih aku untuk jadi isteri dia?” tanya Sofia sayu. Dia mengerling ke arah Shima yang sedang tekun memandang ke arah jalan raya. Setelah pulang dari majlis pertunangan anak Datin Haina semalam, Datin Maria terus memberi kebenaran kepada Sofia dan Shima untuk mengambil cuti sempena pertunangan Sofia dan Fahmi yang hanya berbaki lagi enam hari. Dan hari ini juga Datin Maria menyuruh mereka berdua untuk segera pulang ke kampung untuk membuat persediaan.

     “Dah memang takdir kau untuk dia. Allah dah tentukan semuanya untuk kau Fia. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukannya. Walaupun kau pernah merancang untuk kahwin selepas tamat belajar nanti, tapi jodoh kau dah sampai di waktu kau masih muda dan sangat muda. Beruntung lah kau Fia daripada ramai lagi wanita-wanita di luar sana yang masih belum berumahtangga.” Tenang sekali Shima berkata. Matanya difokuskan di hadapan dan sekali-sekala dia mengerling ke arah Sofia yang tidak ceria langsung wajahnya.

     Pelik la aku dengan Sofia ni, orang lain nak kahwin punya la gembira sampai tak ingat dunia. Tapi yang kau ni monyok je dari tadi? Haihh… Sofia…Sofia… sabar lah. Aku pasti akan doakan yang terbaik untuk kau sebab kau lah sahabat aku dunia akhirat.

     “Tapi aku cuma kenal dia selama dua hari je. Mana ada orang pernah jadi macam. Baru kenal dua hari dah ajak kahwin. Lagipun dia tak melamar aku pun. Aku teringin juga nak dia lamar aku macam cerita-cerita dalam tv tu. Baru la sweet!” Sofia memuncungkan bibirnya. Comel sahaja wajahnya ketika ini. ‘mamat ni kalau dia romantik dengan aku sikit kan best. Ni tidak! Kerja asyik nak serius ja muka tu! Benci nya aku! Astaghfirullah Sofia! Dia tu dah nak jadi laki kau tahu? Kena la belajar hormat dia. Walaupun dia sombong tahap maksimum pun, syurga kau tetap ada dekat dia! Dengar tu Sofia!’

     “ Kau ni kan Sofia, asyik nak berangan aje kerjanya. Nanti lepas kahwin mesti dia romantik dengan kau punya! Kau percaya la cakap aku. Selalunya orang yang ego masa awal perkenalan ni akan lebih romantik bila lepas kahwin. Aku tau la sebab aku kan pro dalam bab-bab macam ni. Hahaha”

     “Amboi, pro konon! Kau dah pernah skodeng laki orang ke Shima? Astaghfirullah Shima, jangan la kau buat dosa free Shima. Ingat la mak ayah kau dekat rumah tu. Kesian diorang kalau dia tahu anak dia ni kaki skodeng laki orang.” Sengaja Sofia mengusik Shima.

     ‘Kurang asam punya member! Dia kata aku ni kaki skodeng laki orang?’

     “Hello! Please sikit, tak kuasa aku nak skodeng laki orang. Kau ingat dah tak da lelaki bujang dekat dunia ni ke apa sampai aku nak skodeng laki orang? Hey please la! Bukan prinsip aku okay nak skodeng-skodeng ni! Tak main lah laki orang. Baik aku pilih yang jenis macam bakal laki kau tu aja!”

     Amboi Shima ni. Sekali dia keluar prinsip dia yang sejak sekolah menengah tu, hambekk! Tapi Shima ni bukan jenis ambil milik orang pun. Well, katanya nanti ‘dah habis stok ke lelaki Malaya dekay Malaysia ni?’ tetapi sewaktu di sekolah menengah dulu, pernah sekali Shima kena serang dengan seorang perempuan dari kelas sains gara-gara dituduh merampas boyfriendnya. Apa lagi, mengamuk sakan la Shima dibuatnya kerana dia fikir boyfriend yang sekelas dengannya  itu setia dengan dia. Rupanya ada pasang dengan budak kelas sains. Gara-gara kena marah dan maki dari Shima, terus boyfriend dia  tukar kelas dari kelas akaun ke kelas sains kerana dia menurut kata-kata girlfriend keduanya itu untuk ke kelas yang sama. Tak sanggup apabila hari-hari asyik kena maki dengan Shima sahaja. Jangan pernah dibuat main dengan Shima ni, boleh terbalik sekolah tu dibuatnya kalau dia mengamuk.

     “Yang kau tersengih-sengih sorang-sorang ni kenapa? Tadi muka macam buah kedondong sekarang ni dah macam orang tak betul tu kenapa?” soal Shima pelik kepada Sofia. ‘tadi bukan main muka tu.’

     “Tak ada lah. Aku teringat masa zaman sekolah dulu. Sanggup Zaidi curang dengan kau kan. Pergi couple pula dengan Jasmin yang satu sekolah sudah sedia maklum terkenal dengan perangai gedik dia tu. Aku ingat Zaidi nak tukar pergi kelas perdagangan lepas kena maki hamun dari kau , alih-alih dia pergi kelas sains sebab Jasmin suruh ikut masuk kelas tu. Tapi lepas dia couple dengan Jasmin tu kan, terus pangkat dia sebagai student paling hot dekat sekolah tu jatuh kan? Macam dah kena nasi kangkang dari Jasmin aje Zaidi tu. Apa yang Jasmin cakap semua dia ikut.” Sofia mengimbau kembali zaman persekolahnnya dulu.

     “Yang jantan bengong yang betina pula bangang! Dah kena dah dua-dua kerbau tu. Benci aku bila teringat balik perangai Jasmin yang mengada-ngada cakap dekat Zaidi aku pukul dia. Gila la perempuan tu. Sebelum Zaidi marah aku, aku yang terlebih dahulu maki dia. Biar dia tahu betapa sakitnya hati aku bila kena tipu.” Shima mendengus geram.

     “Hahaha, sabar Shima. Ada hikmahnya kau tahu perangai dia dari awal sebelum dia jadi laki kau kan.”

     “Mudah-mudahan tak ada lagi lelaki yang berperangai macam tu. Betul-betul buat aku naik hantu!”

     “Okay-okay. Aku pun doa macam tu juga.”

     Perjalanan Sofia dan Shima sudah hampir tiba ke destinasi yang dituju. Hanya beberapa minit sahaja lagi sampai lah mereka ke kampung halaman yang tercinta. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Taiping sangat memenatkan bagi mereka berdua. Maklumlah, tenaga perempuan berbeza dengan tenaga lelaki.



“KITA cuba masuk kedai emas yang dekat sebelah tu lah pula. Kedai Emas Habib tu. Mesti barang dia cantik-cantik semuanya.” Ujar Datin Haina seraya menarik lengan anak lelakinya, Fahmi itu.

     “Dah berapa banyak kedai kita masuk ni ma? Semuanya tak sesuai di hati mama. Yang nak pakai tu Sofia ma, bukannya mama.” Kata Fahmi malas. Sudah berapa buah kedai emas yang dia dan mamanya masuk tapi satu pun tidak berkenan di hati mamanya itu.

     “Macam mana mama tak berkenan kalau design dia tu pattern lama. Mama nak keluaran yang baru. Baru selesa bakal menantu mama pakai nanti.” Bebel Datin Haina. Mereka berdua disapa mesra oleh penyambut tetamu kedai emas ternama itu.

     Setelah dipelawa untuk duduk di kerusi yang disediakan,terus Datin Haina membelek cincin-cincin yang diletakkan di dalam bekas berbentuk hati di dalam cermin kaca.

     “Cuba mama ambil yang emas tu.” Tunjuk Fahmi sebentuk cincin berwarna emas yang dihiasi dengan berlian-berlian kecil di bulatannya.

     “Cantik cincin ni.” Puji Datin Haina sambil membelek-belek cincin emas berlian yang sudah berada di tangannya. “Tapi untuk cincin tunang lebih baik ambil warna silver dulu. Nanti kahwin baru ambil yang emas.” Ujar Datin Haina lagi.

     “Yang kahwin beli siap-siap la mama. Baru la senang sikit nanti tak payah pening-pening nak cari untuk cincin kahwin pula. Mama setuju ke nak ambil yang emas tu untuk cincin kahwin?” Fahmi bertanya kepada Datin Haina. Matanya masih mencari-cari cincin berwarna silver untuk dipakaikan Sofia semasa bertunang nanti.

     “Betul juga cakap kamu tu. Kenapa lah mama tak fikir macam kamu. Kalau macam tu cincin ni kamu buat sebagai cincin kahwin dan sekarang cari untuk cincin bertunang pula.” Datin Haina meletakkan kotak cincin emas yang berbentuk hati itu di atas cermin kaca.

     “Yang tu ma?” tunjuk Fahmi kepada Datin Haina lagi. Sebentuk cincin berwarna silver dihiasi dengan berlian diatasnya yang sangat sangat cantik!

     “Cik, tolong ambilkan dekat saya cincin dalam kotak biru tu ye?” minta Datin Haina kepada pekerja yang sedia menanti dari tadi.

     “Cantiknya. Kulit Sofia yang putih melepak tu mesti sesuai sangat bila pakai dengan cincin warna silver dengan emas ni. Kan sayang?” puji Datin Haina gembira. Fahmi disebelah hanya mengangguk sambil tersenyum manis.

     “Ma, saya nak buat gelang yang ukir nama sendiri tu. Nak pakaikan kepada Sofia semasa pembatalan air sembahyang lepas sarung cincin masa akad nikah nanti sebagai hadiah.” Ujar Fahmi tersenyum.

     “Boleh sayang. Jom kita pilih warna gelang. Kamu nak warna apa?” Datin Haina juga turut gembira mendengar cadangan anaknya itu.

     “Better ambil warna emas ma sebab nampak kewanitaan bila pakai.” Fahmi memandang mamanya sambil tersenyum. Diminta kepada pekerja kedai itu untuk mengambil gelang berwarna emas yang masih belum diukir dengan mana-mana nama lagi.

     “Kalau macam tu kita ambil tiga jenis ini saja lah ye?” Datin Haina memandang ke arah Fahmi untuk meminta kepastian. Fahmi hanya mengangguk sambil mengeluarkan dompet dari poket seluar jeansnya itu. Setelah dikira jumlah ketiga-tiga barang itu, semuanya bernilai lima belas ribu ringgit.

     Setelah selesai membuat pembayaran, Fahmi dan Datin Haina berlalu keluar dari kedai itu dan terus ke bahagian parkir kereta untuk pulang ke rumah. Sudah lenguh satu badan kerana seharian mereka berdua berjalan untuk mencari cincin untuk majlis pertunangan dan perkahwinan nanti.



“KAMU kena ingat Sofia, lepas ni kamu bukan tanggungjawab mak lagi. Kamu kena hormat dan taat perintah suami. Kamu jangan pernah sesekali melawan cakap suami. Syurga kamu ada di suami kamu nak. Kamu kena ingat, ketaatan seorang anak kepada suaminya merupakan ganjaran  syurga buat orang tuanya nanti. Kalau kamu hormat dan taat kepada suami kamu, kamu sudah menghadiakan syurga buat ayah dan mak. Biarlah kamu tidak kenal suami kamu sepenuhnya lagi, kamu tetap wajib menurut kemahuannya. Mak tahu kamu kenal dia semasa kamu ditimpa kemalangan. Tapi kamu ingatlah, semua ini sudah takdir yang ditetapkan oleh Allah untuk kamu nak. Jangan pernah kamu melawan qada dan qadar. Allah tidak pernah menzalimi hambanya. Kamu jaga diri elok-elok dekat rumah orang nanti. Hormat bakal mertua kamu nanti. Jaga maruah mak dengan arwah ayah ye sayang?” Mak cik Sarimah mengucup lama dahi anaknya yang sedang berbaring di atas ribanya itu. Dia mengusap-ngusap rambut anak sulungnya itu dengan penuh kasih sayang.

     Sofia sudah mengalirkan air mata mendengar nasihat emaknya itu. Malam ini dia teringin sekali bermanja-manja dengan emaknya. Terasa sedih hatinya untuk meninggalkan emaknya selepas ini.

     “Sofia janji mak. Fia akan banggakan nama mak dengan ayah. Fia akan jaga maruah mak dan ayah dan Fia janji akan jadi isteri yang solehah di dunia dan di akhirat.” Janji Sofia kepada emaknya. Dia mengelapkan air matanya yang mengalir dengan belakang tapak tangannya.

     “Senang hati mak bila dengar kamu kata macam tu, nak. Dah, pergi lah tidur esok nak kena bangun awal. Nak kena pergi pekan untuk beli barang hantaran. Emak nak pergi masuk tidur dah ni. Kamu jangan tidur lewat pula. Kang terlepas subuh pula pagi esok.” Kata mak cik Sarimah seraya bangun menuju ke pintu bilik. Ditutup pintu bilik itu sebelum beredar ke biliknya yang bersebelahan dengan bilik Sofia sahaja.


     ‘Aku dah nak kahwin. Dah nak jadi istri orang. Tak lama lagi dah nak jadi mak orang pula. Cepatnya masa berlalu…….’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by - Asma Dians-
...