“Kamu
nampak Sofia tak Fahmi?” tanya Datin Haina di tangga. Sebenarnya dari majlis
bermula tadi lagi dia mencari Sofia untuk duduk bersamanya tapi hampa kerana
dia tidak nampak langsung kelibat gadis itu.
“Sofia?
Tadi dia teman Aisyah makan dekat luar. Mama tak nampak ke diorang lalu depan
ni?” tanya Fahmi kembali.
“Mama tak
nampak pun diorang lalu dekat depan ni. Mungkin diorang lalu dekat belakang
kut. Mama cuma nak tanya dia ja dah makan ke belum. Maklumlah dia bukan biasa
dekat sini. Mesti la segan. Mama nak pergi cari abah kamu sekejap.” Pamit Datin
Haina.
Di laman,
para tetamu sudah ramai mengambil makanan untuk menjamu selera. Sofia hanya
mengambil keputusan untuk duduk di buaian berwarna putih yang dihiasi dengan
lilitan bunga di tepi kolam rumah itu. Sebentar tadi selesai sahaja Aisyah
menghabiskan makanannya terus gadis itu ingin bertemu dengan rakan-rakannya
yang baru hadir.
Sedang leka
Sofia menikmati keindahan malam, tiba-tiba sesorang datang dan duduk di
buaiannya itu. Lelaki itu merenung lama ke arah Sofia membuatkan Sofia berasa
tidak keruan.
‘Apa kes
mamat ni tenung aku macam tu pula? Ish… buat aku rasa seram je lah duduk
sebelah dia ni.’
“Dah
makan?” soal Fahmi.
Sofia
hanya menggeleng. Tidak sanggup untuk bertentang mata dengan Fahmi.
“Jom!”
ajak lelaki itu seraya bangun dari buaian. Kacak sekali Fahmi malam ini. Kemeja
hitam dipadankan pula dengan jaket ala-ala baju kot berwarna putih dan seluar
jeans berwarna biru gelap. Tapi pakai je lah macam mana pun, tetap nampak kacak
di mata semua kaum hawa. Untung lah badan…
“Pergi
mana?” tanya Sofia hairan.
“Jom la.”
Kali ini Fahmi mengajak dengan suara yang lembut. Tenang sedikit hati Sofia
dibuatnya.
Sofia
hanya mengikut dari belakang sahaja. Terpaksa dia berjalan dengan lebih
perlahan kerana takut tersandung dek terpijak kain sendiri. ‘haih, apa la nasib
aku kena pakai baju yang meleret ni.’
Rupanya,
Fahmi membawa Sofia ke meja makan yang kosong. Di atas meja tersebut terdapat
satu pinggan nasi yang sudah tersedia disertakan air jus apple segelas. Pelik Sofia
memandangnya.
“Duduk
dan makan.” Arah Fahmi. Dia melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan kerusi
yang harus diduduki oleh Sofia.
“Makan? Tak
nak lah sebab saya tak lalu la nak makan malam ni. Saya minum air je lah.”
Sofia terus duduk dan mencapai gelas air jus apple itu.
“Kalau
aku kata makan tu makan je lah!.” Tiba-tiba Fahmi mengeraskan suaranya. Terkejut
Sofia dibuatnya. Entah bagaimana angin Sofia malam ini, air mata bertakung di
tubir matanya. Selalunya Sofia sangat payah untuk mengalirkan air mata.
‘Ya
Allah, apa aku dah buat ni? Takkan aku tinggikan suara sedikit pun dah buat dia
menangis?’ Fahmi terkaku.
Fahmi
mengambil sudu yang berisi nasi dan menyuakan ke mulut Sofia. “Makanlah, nanti
perut masuk angin.” Pujuknya dengan lembut.
Sofia
menggeleng kepalanya sambil wajahnya ditundukkan. Kenapa Sofia boleh selemah
ini?
“Makan
lah. Okay saya minta maaf pasal tadi. Saya tak bermaksud pun nak marah awak. Dah,
buka mulut tu biar saya suap.” Pujuk Fahmi lagi. Perkatan aku sudah bertukar
kepada saya. Satu perubahan yang menakjubkan!
“Amboi,
untungnya awak sebab buah hati sudi suapkan.” Kata tetamu meja sebelah. Fahmi
hanya senyum sahaja manakala Sofia hanya memberikan senyuman kecil.
Mahu atau
tidak terpaksa Sofia membuka mulutnya. Ramai tetamu yang memandang ke arah
mereka kerana difikiran mereka memikirkan bahawa Sofia dan Fahmi merupakan
pasangan yang romantik.
“Hah,
dekat sini rupanya kamu Sofia. Mummy ingat kamu merajuk dengan mummy. Rupanya ada
dekat sini.” Tegur Datin Maria sambil melabuhkan punggung di hadapan Fahmi.
“Mummy
dah makan?” tanya Sofia lembut.
“Mummy
dan makan tadi dengan kawan-kawan mummy. Amboi , romantik nya kamu berdua. Tak sangka
mummy, diam-diam bermain kasih ye?” ujar Datin Maria sambil tersenyum penuh
makna.
“Eh, tak
ada lah mummy.” Tukas Sofia. ‘alamak! Malunya aku.!’
“Apa yang
bermain kasihnya Maria?” tanya Datin Haina yang muncul bersama suaminya. Kedua-duanya
turut melabuhkan punggung di kerusi yang
masih kosong.
“Diorang
ni la. Tak sangka saya dah berkasih rupanya.” Ujar Datin Maria lagi.
“Siapa?
Fahmi dengan Sofia ke?” tanya Dato Fazli meminta kepastian. Datin Maria hanya
mengangguk manakala Datin Haina sudah tersenyum dengan penuh makna.
“Mama,
tadi Puan Lina call bagi tahu yang dia tak dapat datang malam ni sebab anak dia
masuk hospital kena demam panas. Dia minta maaf sangat-sangat sebab bagi tahu
lewat.” Beritahu Farish yang tiba-tiba datang.
“Oh, ye
ke? Kalau macam tu esok mama nak pergi melawat anak dia lah dekat hospital.” Kata
Datin Haina hiba.
Terkejut
Sofia melihat lelaki di hadapannya ini. ‘Tak mungkin diorang ni adik-beradik’
“Er,
Doktor Farish kan?” tegur Sofia tergagap-gagap.
Farish
memandang ke arah Sofia dengan reaksi yang sama. Namun dapat dikawal riak
wajahnya itu.
“ Ya
saya. Kenapa Sofia?” tanya Farish.
“Doktor
anak Datin Haina ke?”
“Ya.
Datin Haina ni mama saya.” Balas Farish. Fahmi disebelah Sofia sudah memandang
Sofia dengan serius.
“Oh, ye
ke? Kiranya Fahmi ni?” tanya Sofia lagi. Dia mengerling sekilas ke arah Fahmi
disebelahnya namun terkejutnya dia
apabila mendapati Fahmi sedang merenung dia dengan pandangan yang tajam.
‘Aduh,
apa kes ni aku asyik terkejut je dari tadi. Silap hari bulan boleh kena
serangan jantung aku. Tak pasal-pasal jadi penghuni katil dekat IJN pula.’
“Fahmi
adik saya dan Reen pula adik bongsu kitorang.” Ucap Farish seraya memeluk bahu
Faizureen yang baru muncul di meja makan itu.
“Kamu
kenal Sofia ke Farish?” tanya Dato Fazli.
“Kenal
abah sebab dia penah jadi pesakit Rish hari tu.” Ujar Farish.
“Oh, masa
tangan Sofia luka ke sayang?” tanya Datin Maria pula kepada Sofia.
Sofia
hanya mengangguk sahaja. Tidak tahu mahu berbicara apa lagi. Lebih baik diam
berdiam diri.
“ Mama,
abah , abang dan Reen, let me be frank in front of you all, also aunty Maria, tonight, i’m ready
to get married with someone that I’m fall in love now. I’m also ready to be as
husband and fathers for my wife and my future childrens.” Tenang sekali Fahmi
melafazkan kata-kata itu dihadapan keluarganya.
“Who’s
she sayang? Can I’m know her?.” Tanya Datin Haina gembira.
Fahmi
mengambil nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya. Dilihat wajah keluarganya
satu persatu. “She’s…… Sofia.” Selesai sahaja Fahmi berkata begitu, Datin
Haina, Dato Fazli, Datin Maria dan Faizureen mengucapkan syukur. Tidak sangka
Datin Maria bahawa pekerjanya itu pandai memikat hati Fahmi. Setahunya, Fahmi
ini dahulunya seorang playboy dan tidak pernah mencari cinta sejati. Namun,
akhirnya pintu hati Fahmi terbuka untuk menjadikan Sofia sebagai teman
hidupnya. ‘Pilihan kamu sangat tepat nak.’ Ucap Datin Maria dalam hati.
“Alhamdulillah Ya Allah. Akhirnya, jodoh
anakku sudah tiba. Terima kasih Ya Allah kerana engkau sudah membuka pintu hati
anakku untuk berumah-tangga.” Ucap Datin Haina gembira. Diseka air matanya
gembiranya yang mengalir di tubir mata.
Sofia
kaku. Tidak tahu apa yang harus dilakukan ketika ini. Senak dadanya untuk
berkata sesuatu. Dia hanya menundukkan wajahnya sahaja. ‘ Ya Allah, kenapa aku
tidak boleh berkata sesuatu? Kenapa engkau mengunci lidahku di waktu ini ya
Allah. Sesungguhnya aku tahu yang baik itu datang daripadaMu dan yang buruk itu
datang daripadaku. Tapi bolehkah aku hadapi semua ini bersendirian? Macam mana
emak di kampung. Boleh kah dia menerima berita ini? Tetapi, jika takdir ini
sudah tersurat buatku, aku menerimanya dengan hati terbuka ya Allah.’ Setitis air
mata mengalir di pipi Sofia diseka perlahan.
Farish
hanya memberikan senyuman buat adiknya, Fahmi. Sudah tiba jodoh adiknya dengan
Sofia. Maka dia harus menerimanya dengan gembira walaupun Sofia bukan tercipta
untuknya. Dia redha demi kebahagiaan adiknya itu.
“Jadi,
bila kita nak buat majlis merisik dan bertunang ni?” tanya Dato Fazli. Ceria sahaja
wajahnya ketika ini.
“ASAP!”
jawab Fahmi tenang.
‘Apa?
ASAP? Ingat aku buta kayu omputih ke tak paham? As soon as possible! Habis lah
mak! Macam mana ni mak? Fia tak tahu nak buat macam mana lagi ni mak. Tolonglah
Fia mak! Serabutnya kepala Fia nak fikir!’
“Alhamdulillah.
Jadi, kamu macam mana Sofia? Setuju?” tanya Dato Fazli kepada Sofia.
Kini
semua mata sudah tertumpu ke arah Sofia termasuklah Fahmi yang merenung dengan
penuh mengharap. Tidak sanggup Sofia untuk mengecewakan hati mereka semua yang
sudah terpancar sinar kegembiraan. Namun hati dia juga harus dijaga. Ini semua
demi masa depan hidup. Bukan boleh dibuat main-main.
“Kalau
keluarga datin dan dato sudi menerima saya yang serba serbi kekurangan ini
dengan ikhlas, dan abang Fahmi sudi terima saya dengan seadanya, Insha-Allah
saya terima dengan hati yang terbuka kerana saya percaya kepada qada dan qadar
bahawa saya akan ditakdirkan sebagai pelengkap tulang rusuk kiri abang Fahmi
untuk menjadi pasangan hidupnya.” Sebaik sahaja Sofia berkata sebegitu, terus
Datin Haina bangun dan memeluk Sofia. Dikucup dahi gadis itu bersama air mata yang berlinangan. Bangga dia
kerana bakal menatunya itu sangat mulia hatinya.
‘Ecewah
kau Sofia, sejak bila kau berabang-abang dengan Fahmi ni? Boleh pecah perut
kalau Shima dengar kau tahu. Ah, lantak la. Asalkan aku hormat orang yang lebih
tua dari aku. Tapi, sebenarnya dia umur berapa eh? Huh, biarlah! Asalkan dia
tua dari aku sudah.’
Sofia
memandang ke arah Fahmi. Lelaki itu hanya memandangnya sambil tersenyum manis. ‘Baru
dapat tengok kau senyum. Agaknya kalau aku reject kau tadi mesti muka kau
berapi mengalahkan syaitan bertanduk sepuluh kan? Tapi ada ke syaitan bertanduk
sepuluh? Pakai hentam je kan kau ni Sofia?’
“Tahniah
sayang. Tak sangka mummy malam ni mummy hadir majlis pertunangan anak kawan
mummy, tengok-tengok esok lusa mummy hadir ke majlis pertuangan kamu pula. Kamu
jangan risau sayang, kahwin muda ni indah sebenarnya. Bercinta selepas kahwin
lagi indah. Segalanya halal.” Titip Datin Maria tersenyum riang.
“Tak
sangka Reen yang abang Fahmi akan dapat wife yang sama umur dengan Reen. Apa-apa
pun, congrats for both of you. Tak sabarnya!” ucap Faizureen riang.
“Amboi,
senangnya hati dia. Cik abang awak tu nak tinggal ke mana? Kesian dia kena
tinggal dengan tunang dia ni. Apalah Reen ni.” Bebel Farish kepada Faizureen. Ditarik
hidung adiknya itu sehingga mengaduh kesakitan Faizureen dibuatnya.
“Eh, ha’aa
la Reen terlupa pula dekat dia. Reen pergi dulu la.” Terkocoh-kocoh Faizureen
berlari mendapatkan tunangnya itu.
“Jadi,
bila nak hantar rombongan ni?” tanya Datin Haina ceria.
“Minggu
depan?” cadang Farish.
‘Mak ai! Cepatnya!
Ni kalau aku bagi tau dekat mak comfirm terkejut beruk dibuatnya. Datang KL
baru sebulan alih-alih dah nak kahwin. Bila masa aku bercinta ni? Harap mak bertenang
dulu la eh. Jangan membebel pula mak ye, Fia pun tengah pening ni.’
“Fahmi
macam mana?” soal Dato Fazli.
“Fahmi
okay je abah.” Jawab Fahmi tenang. Dia meraup mukanya beberapa kali.
“Kalau
macam tu biar aunti sendiri yang bagi tahu dekat emak kamu di kampung ye
sayang. Kamu jangan risau, biar semua anti yang selesaikan. Kamu cuma perlu
siapkan diri sahaja. Tak lama lagi dah nak jadi keluarga dalam hidup aunti dah.”
Datin Haina berkata sambil mengusap-ngusap bahu Sofia. Hilang sikit gementar di
hatinya.
Sofia
hanya memberikan senyuman yang manis sahaja. Datin Maria sudah meminta diri
untuk pulang kerana bimbang akan keselamatan Shima dan Sofia yang akan memandu
pulang sekejap nanti. Disalam dan dipeluk sahabatnya, Datin Haina sebelum
bergerak ke arah kereta. Sofia turut melakukan perkara yang sama.
Shima,
banyak perkara yang aku kena cerita dekat kau…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan