Sombongnya ! Tapi Caring Gila ! - Bab 14

     Ramai tetamu yang hadir di rumah Datin Haina malam ini. Sofia dan Datin Maria berjalan beriringan ke pintu pagar rumah itu. Kelihatan seseorang sedang menyambut tetamu. Hanya beberapa langkah sahaja lagi kaki Sofia dan Datin Maria sampai ke pintu pagar itu, Datin Haina terlebih dahulu menyapa mereka berdua.

     “Dah sampai pun awak Maria, saya ingat awak tak datang tadi. Siapa dekat sebelah ni Maria?” sapa Datin Haina ramah.

     “Saya mesti datang punya. Mana boleh tak datang majlis sahabat sendiri. Awak tak kenal ke Haina? Ni la Sofia yang datang hantar baju awak hari tu.” Kata-kata Datin Maria itu membuatkan Datin Haina terkejut.

     “Sofia ke ni? Ya Allah, saya ingat model mana yang datang ke majlis pertunangan anak saya ni, Maria. Cantik nya Sofia malam ni. Aunti ingat siapa la tadi. Terima kasih sebab sudi datang rumah aunti lagi. Aunti ingat Sofia dah tak nak datang rumah aunti dah sebab kejadian hari tu.” Ujar Datin Haina terharu. Tidak sangka Sofia akan hadir lagi ke rumahnya.

     Sofia hanya tertunduk malu selepas dipuji begitu dari Datin Haina. “ Terima kasih Datin, lagi pun perkara kecil je hari tu. Saya tak ambil serius pun. Datin jangan risau eh?” senyuman manis diberikan kepada Datin Haina.

     Datin Haina hanya mengangguk dan senyum kepada Sofia.“Kalau macam tu jom lah kita masuk, majlis dah nak mula.” Ajak Datin Haina. Dipeluk pinggang sahabatnya, Datin Maria untuk berjalan beriringan ke dalam. Sofia hanya berjalan perlahan kerana kekok memakai kasut tumit tinggi dan dipadankan pula dengan dress yang meleret ke lantai.

     Sewaktu kakinya sudah sampai di pintu pagar , dia telah ditanya oleh seseorang yang bercakap dalam loghat Indonesia.

     “Maaf buk, sebelum ibuk masuk bisa nggak saya tau nama ibuk karna saya ini penyambut tetamu buk, saya harus periksa nama ibuk ada atau nggak dalam senarainya.” Ramah penyambut tetamu itu bertanya kepada Sofia.

     Terus Sofia memalingkan wajahnya kearah suara tersebut. Membuntang matanya apabila melihat mahkluk yang sangat dia kenali dan pasti tidak akan lupa akan wajah yang sudah membuatkan dia rasa seperti mahu berperang.

     “Luh, kamu kuntilanak hari itu bukan?” tanya Wando lagi.

     “Enak aja lu panggil gue kuntilanak. Emangnya lu bisa apa nggak sih panggil gue dengan benar. Nama gue Sofia tau!” ujar Sofia geram. ‘kang kalau jadi perang dekat sini aku tak nak tanggungjawab’

     “ Terserah gue deh mau manggil lu apa. Yang pasti lu itu kayak kuntilanak. Tapi heran deh gue malam ini, kok kuntilanak bisa bergaya sih? Emangnya baju putih lu yang asli itu kemana? Apa sedang dicuci?” tanya wando lagi. Sudah seperti khadam sahaja gayanya. Dengan memakai baju kemeja lengan panjang berwarna putih dan dipakaikan reben berwarna merah di leher.

     Sofia malas mahu melayan pengawal keselamatan itu. Sebaik sahaja dia mahu meneruskan langkah untuk masuk, dia dipanggil sekali lagi oleh pengawal keselamatan itu. Dengan nada yang marah Sofia bertanya.

     “Apa?!”

     “Eh kuntilanak, nama lu nggak ada dalam senarai ini jadi lu nggak bisa masuk!” kata-kata Wando itu telah menyebabkan Sofia seperti hendak mengamuk. ‘Dia ni kan kalau aku berubah jadi kuntilanak yang betul memang aku cekik-cekik dia sampai terkeluar lidah’

     “Aku datang dengan Datin Maria!” jawab Sofia geram. Dijeritkan sedikit suaranya namun masih dapat dikawal agar tidak didengari oleh sekelompok manusia di dalam.

     “Lu bohong sih. Nama lu tetap nggak ada dalam senarai jadi lu nggak bisa masuk! Titik!” terus Wando menjelir lidah kepada Sofia.

     Sofia memandang dengan pandangan yang tajam. Nafasnya sudah turun naik dan mukanya sudah merah menahan marah. Rambutnya yang terjuntai di dahi diselak dengan kasar. Dia sudah berkira-kira hendak beredar dan tunggu di kereta Datin Maria sahaja. Biarlah dia tunggu lama pun di luar asalkan dia tidak sakit hati memandang pengawal keselematan yang cemong itu.

     Sofia terus memusingkan badannya untuk beredar namun tiba-tiba lengannya dipegang oleh seseorang. Terkejut dengan tindakan itu, terus dia memandang ke arah figura yang berani memegang tangannya itu.

     “Jom.” Ajak lelaki itu sepatah tanpa memandang ke arah Sofia.

     Bingung Sofia melihatnya. Macam aku kenal je dia ni? Eh, ni bukan Fahmi ke? “Saya tak boleh masuk la. Lepas la saya nak pergi dekat kereta.” Ujar Sofia dengan gementar.

     “Siapa tuan rumah sekarang ni? Aku ke pengawal keselamatan tu?” tanya Fahmi sambil matanya memandang kedalam anak mata milik Sofia. Serius sahaja wajahnya ketika ini.

     “Awak la, tapi…..” belum sempat Sofia menghabiskan kata-katanya lengannya terus ditarik oleh Fahmi menyebabkan dia terpaksa berjalan dengan laju tanpa sempat dia mengankat kain dress nya yang meleret.

     ‘Ish dia ni kan kalau aku terjatuh tergolek dekat sini malu aku nanti. Tak menyabar sangat tu kenapa?’ lengan Sofia dipegang kemas oleh Fahmi. Beberapa pasang mata yang lain memerhati mereka berdua berjalan. ‘yang diorang ni tengok aku sambil tersengih-sengih kenapa? Suka sangat ke tengok dress aku yang dah boleh jadi penyapu lantai ni?’ bebel Sofia dalam hati.

     Sampai sahaja di hadapan pintu rumah, kelihatan ramai tetamu sudah bersiap sedia untuk menyaksikan upacara pertunangan itu. Fahmi menanggalkan kasutnya dan memandang ke arah Sofia dengan pandangan yang sukar difahami oleh Sofia.

     ‘Dah kenapa dia ni tenung aku semacam je?’ “kenapa awak pandang saya macam tu?” tanya Sofia sambil mengangkat sebelah keningnya.

     “Nak masuk rumah pakai kasut ke?” Soal Fahmi kembali. Pegangan dari lengan kini sudah beralih ke tapak tangan.

     “Awak lepas tangan saya boleh?” tanya Sofia gugup. Sebenarnya dari tadi lagi dia tidak selesa dipegang seperti itu.

     Fahmi terus melepaskan tangan Sofia. Dia menunggu Sofia membuka heels. Disebabkan kasut Sofia bertumit tinggi dan tidak akan stabil jika berdiri sebelah kaki sahaja, dengan tidak sengaja Sofia terpaut bahu Fahmi. Sedar akan tindakan itu, terus Sofia meminta maaf namun hanya pandangan yang kosong sahaja terpamer di wajah Fahmi.

     ‘Gila la dia ni, seram aku tengok muka dia. Dah tak reti nak senyum ke apa? Atau nak aku hantar je dia kelas senyum-senyum sayang dekat belakang taman rumah aku tu? Tapi tu kan tadika? Ah, peduli apa aku. Dulu masa aku tadika pun cikgu ada ajar jugak SENYUM. Lagi-lagi masa nak ambil gambar. Aku orang pertama yang excited nak senyum.’ Bebel Sofia dalam hati. Selesai membuka heels nya itu, terus Fahmi menariknya untuk masuk.

     “Ramainya orang.” Perkataan itu terkeluar dari mulut Sofia. Ramai tetamu sedang duduk di lantai sambil menikmati air minuman yang disediakan. Turut kelihatan datin Maria bersama kawan-kawannya yang lain.

     Sofia hanya mengikut sahaja langkah Fahmi. Nak buat macam mana, dia kan tuan rumah ni. Aku mana tahu selok-belok dalam rumah ni. Entah dia nak bawa aku ke mana pun tak tahu. Jangan bawa ke bilik sudah. Mati aku kena dengan mak nanti.

     Melihat Fahmi sedang menuju ke tangga, jantung Sofia sudah mula berdegup dengan laju. Sofia terpaksa mengikut Fahmi menaiki tangga dan apabila sampai di salah satu bilik, Fahmi memandang Sofia dengan wajah yang diseriuskan.

     ‘Oh lala! Ya tuhan ku, apa yang dia nak buat ni? Kenapa berdiri dekat depan bilik ni pulak? Dah la ada aku dengan dia ja dekat ruang tamu ni. Apa aku nak buat ni?’ Sofia sudah tidak tahu hendak mempamerkan wajah yang sebagaimana lagi.

     Fahmi memegang tombol pintu itu. Namun belum sempat dia memulas Sofia sudah kalut bertanya.

     “Er, awak nak buat apa ni? Kenapa nak buka pintu bilik ni? Kenapa tak tunggu dekat bawah ja? Tanya Sofia dengan gementar. Tangannya sudah seram sejuk.

     “Kau ingat aku nak tidur dengan kau ke dalam bilik ni? Baik aku kahwin dengan kau dulu baru aku tidur dengan kau.” Jawapan Fahmi itu membuatkan Sofia tersengih sumbing. ‘alamak! Aku yang terover ni kenapa?’

     “Habis tu awak nak buat apa ni?” tanya Sofia lagi.

     Fahmi tidak menjawab namun dipulaskan sahaja tombol pintu itu sehingga terbuka sedikit pintu. Di dalam bilik itu kelihatan ramai kanak-kanak. Comel-comel belaka dan ada yang sudah besar. Mungkin dah sekolah menengah rasanya.

     ‘Aik, apehal dia pergi bilik budak-budak ni?’

      Tapi sebenarnya bagus juga jika semua kanak-kanak dikumpulkan di dalam bilik dan diawasi oleh orang yang lebih tua kerana jika tidak dilakukan sedemian, pasti kanak-kanak akan membuat bising dan pasti akan menggangu sebarang majlis yang bakal berlangsung.

     “Hai kakak princess.” Tegur seorang kanak-kanak perempuan yang sangat comel.

     Sofia memberikan senyuman yang paling manis buat budak perempuan itu. ‘alahai, dia panggil aku princess la pulak. Dia lagi la macam princess. Siap pakai gaun kembang lagi. Comelnya.’

     “Hai sayang. Comelnya dia.” Sofia mencubit geram pipi budak perempuan itu.

     “Kakak kawan uncle Fahmi ke?” tanya budak perempuan itu lagi.

     Sofia gugup untuk menjawab. Dia mendongak memandang Fahmi namun lelaki itu sedang tersenyum memandang kanak-kanak perempuan itu.

     ‘Kacak nya dia bila senyum. Bergetar jiwa raga aku ni.’

     “Iya sayang. Kakak ni kawan uncle.” Fahmi menjawab. Terus budak perempuan itu didukung dan dibawa baring ke katil. Dia menggeletek budak perempuan itu sehingga mengekek ketawa.

     Hmhhh, penyayang juga rupanya mamat ni. Tapi kalau dengan aku asyik serius ja muka tu.

     Sofia mengambil keputusan untuk duduk di kerusi empuk berwarna kuning yang berada di hujung kaki katil. Ketika ianya melabuhkan punggung, seorang kanak-kanak lelaki yang dijangka baru berusia setahun lebih datang merangkak di kakinya. Tersenyum Sofia melihatnya. Diangkatnya bayi itu dan diletakkan di atas riba sambil mengusap-ngusap rambut.

     “Kakak nama apa? Kitorang tak pernah nampak pun akak setiap kali ada event dekat rumah ni?” tegur seorang remaja perempuan ramah sambil duduk bersila di kaki Sofia.. Barangkali baru berumur empat belas tahun.

      “Panggil je kakak Sofia. Akak memang baru pun dekat sini. Dulu akak tinggal dekat kampung.” Ramah sekali Sofia melayan gadis ini.

     “Wow! Akak ada kampung eh? Mesti seronok kan ada kampung sendiri.  Aisyah tak pernah ada kampung. Mummy dengan daddy orang sini. Teringin Aisyah nak tengok pemandangan kampung.” Luah gadis itu. Alahai , kesiannya.

     Beginilah manusia. Kalau ada kampung tu tak reti nak balik jenguk mak bapak bila dah senang lenang dekat Bandar. Tapi yang tak ada kampung ni teringin nak balik tengok permandangan kampung.

     “Dekat kampung best sangat. Tenang je bila tinggal dekat kampung sebab bangun pagi kita rasa nyaman dan segar. Boleh  dengar ayam berkokok pulak tu. Lepas tu petang-petang boleh pergi mandi sungai. Kalau musim buah-buahan boleh pergi dusun tengok banyak sangat buah-buahan yang dah masak. Lagi-lagi buah durian. Memang seronok kalau makan tepi air terjun. Kalau nak pergi jungle tracking pun, panjat bukit belakang rumah je. Tu pun sangat seronok dan memang akan jadi pengalaman dan kenangan yang sangat indah dalam hidup.” Panjang lebar Sofia bercerita tentang keindahan yang terdapat di kampung. Terpegun Aisyah mendengarnya dan dia berasa seolah-olah sedang berada di kampung.

     “Kakak, Aisyah teringin nak pergi kampung. Bila Aisyah ajak mummy dengan daddy pergi kampung aje mesti diorang akan cakap sibuk.” Ucap Aisyah dengan lirih.

     “Aisyah belajar rajin-rajin. Nanti dah masuk universiti boleh la buat trip dengan kawan-kawan pergi melawat kampung-kampung yang ada dekat Malaysia ni.” Pujuk Sofia. Diusap-usap kepala gadis itu. Tersenyum seketika Aisyah dibuatnya.

     “Uncle Fahmi, jom lah kita jalan-jalan dekat kampung kakak Sofia. Boleh lah uncle eh?” pujuk Aisyah. Dia melompat ke atas katil dan terus memeluk Fahmi.

     “Nak pergi kampung kakak Sofia ke? Okay nanti kita pergi eh?” Fahmi mengusap pula rambut Aisyah yang panjang itu. Sayang benar dia akan sedara-sedara kecilnya itu. Bak kata orang, ada sifat kebapaan.

     “Betul ni? Yeaaayyyy!!!!!” jerit Aisyah sambil melompat-lompat. Tergelak Fahmi dan Sofia melihatnya. Haihh la budak ni, gembiranya.

     “Kakak Sofia, jom teman Aisyah makan dekat laman. Aisyah lapar la.” Rengek Aisyah sambil memeluk lengan Sofia.

     “Lapar? Ala kesiannya dia. Okay jom. Kakak nak letak baby kejap.” Sofia meletekkan bayi yang didukungnnya itu ke atas permaidani yang diduduki oleh beberapa kanak-kanak yang lain.

     Terus Aisyah memimpin tangan Sofia untuk keluar dari bilik itu. Sewaktu menurun tangga, Sofia melihat majlis di ruang tamu bawah itu sedang berlangsung. Tidak mahu mengganggu, Sofia mengambil keputusan untuk keluar mengikut pintu dapur sahaja.

     Pelbagai jenis makanan dan pencuci mulut dihidangkan di tengah-tengah laman rumah mewah itu. Dihiasi pula dengan pelbagai corak lampu yang sangat cantik. Aisyah mengambil sepinggan nasi dan berjalan ke arah sebuah meja bulat yang tersedia untuk tetamu menjamu selera. Ada beberapa tetamu sedang berbual dan minum di meja yang berlainan.

     Sofia hanya menemani Aisyah makan sahaja kerana perutnya masih belum mahu diisi lagi. Dilihat keadaan sekeliling rumah mewah itu. Memang sangat cantik dan mendamaikan dengan landskap yang tersedia dengan air terjun buatan. Sangat indah!

     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by - Asma Dians-
...