“Kau aje lah yang make-up kan aku eh? Aku segan la
dengan kak Diana tu. Aku mana pernah jumpa dia. Mesti kekok punya nanti.” Rayu
Sofia sambil menghayun-hayunkan tangan Shima.
Jam sudah
menunjukkan pukul tujuh setengah malam namun Sofia masih belum mahu bertolak ke
rumah Datin Maria. Hatinya masih gusar untuk pergi ke majlis pertunangan itu
tetapi takkan dia nak mungkir janji dengan Datin Maria pula? Tidak sanggup
rasanya untuk melakukan perkara macam tu.
“Alah,
kau pergi je lah. Kau nak biarkan diorang tertunggu-tunggu ke hah? Cepat la nak
pukul lapan dah ni. Okay aku janji aku teman kau masa kak Diana make-up kau eh?
Sekarang ni jom kita gerak ke rumah Datin Maria.” Ajak Shima. Dicapai kunci
kereta di atas meja ruang tamu itu. ‘nak pergi rumah orang tunang je pun,
bukannya kau yang nak bertunang! Sewel betul lah kau ni Sofia.’
“Kau
janji eh kau teman aku? Kalau kau tinggal aku siap kau aku akan lari dari rumah
datin. Kalau dia tanya apesal aku lari aku akan cakap kau yang tinggal aku!.” Entah
apa yang merepek keluar dari kepala Sofia ketika ini.
“Banyak
cantik kau! Kau yang lari apesal nama aku pula yang naik? Yang kau gelabah
macam kau yang nak bertunang ni kenapa?” tanya Shima geram. Enjin kereta
dihidupakan.
“Aku tak
tahu kenapa tiba-tiba aku menggelabah semacam je ni. Entah-entah aku yang kena
tunang kejap lagi tak?” ujar Sofia tak masuk akal.
“Hah!
Cakap-cakap! Kena tunang betul-betul japgi sumpah sampai guling-guling aku
gelakkan kau!” uajr Shima sambil menjegilkan matanya.
“Ish kau
ni! Habis tu kenapa mata kanan aku asyik berdenyut-denyut je dari tadi? Ni yang
buat aku risau nak pergi ni.” Sofia sudah mengibas-ngibas kan kedua-dua
tangannya. Nak terbang ke Sofia ni?
“Apa
punya sewel la kau ni Sofia. Kau tau tak orang kata kalau mata kanan kita
berdenyut-denyut, itu tandanya ada berita gembira atau ada sesuatu perkara yang
menggembirakan akan berlaku dekat kita sekejap lagi tapi kalau mata kiri
berdenyut, haa tu tandanya ada la berita yang kurang menyenangkan akan berlaku.
Soo mata kanan kau yang berdenyut kan? Mesti ada berita gembira yang akan
berlaku nanti. Insha-Allah kau jangan la gelabah sangat.” Panjang lebar Shima
member penerangan kepada Sofia. Baru la tenang sikit hati Sofia ketika ini.
‘Hmm, ada
berita gembira ke? Alhamdulillah’
Hanya sepuluh minit perjalanan sahaja Shima dan
Sofia sudah tiba di kediaman mewah milik Datin Maria. Kelihatan kereta proton
Alza berwarna silver di hadapan rumah. Pasti Kak Diana sudah datang.
Cepat-cepat mereka berdua turun dan memberi salam. Datin Maria menyambut mereka
sambil mempelawa mereka masuk. Terpegun seketika mereka berdua akan kemewahan
yang ada di dalam rumah mewah milik majikan mereka itu. Namun lekas-lekas
mereka naik ke tingkat atas kerana sudah kesuntukan masa. Majlis dah nak mula!
“Mari
Sofia, Shima kita masuk dalam bilik. Kak Diana dah tunggu kamu berdua. Mummy
nak pergi tengok cucu mummy sekejap dekat bilik sebelah ye.” Ujar Datin Maria
sambil membuka salah satu pintu bilik di
rumah itu.
“Baiklah
mummy, terima kasih.” Ucap Sofia dan Shima serentak. Terus mereka masuk dan
memberi salam kepada kak Diana yang sedang menyusun barang-barang solek.
“Waalaikumussalam. Mari lah masuk.” Pelawa Diana ramah. “Shima ikut la
Sofia dengan mummy pergi sekali ea?”
“Eh, tak
apa kak. Saya tak nak la pergi, biar Sofia aje yang pergi. Hehe.” Ujar Shima
sambil tersengih.
“Oh,
kalau macam mana tu tak mengapalah. Sofia, marilah duduk dekat kerusi ni. Akak
nak solek Sofia sikit.” Sofia sudah bangun menuju ke kerusi yang sudah siap
tersedia di hadapan meja solek itu manakala Shima pula hanya menunggu di atas
katil sahaja. Dia hanya mahu memerhati dari sini sahaja.
Lima
belas minit berlalu, Sofia sudah siap didandan oleh Kak Diana dan hasilnya
sangat cantik. Terpegun Shima melihatnya. Apatah lagi Sofia, tidak percaya
bahawa dirinya akan didandan seperti itu. ‘waduh, aku ke ni? Mak! Cantiknya Fia
mak. Mesti mak dekat kampung teringin nak tengok Fia macam ni kan? Hehe. sabar
mak.’
Seperti
seorang puteri sahaja Sofia apabila didandan. Dress labuh berwarna merah
berlengan separa siku dan dihiasi dengan dua kuntum bunga ros berwarna hitam di
atas bahagian dada sebelah kanan tersarung di tubuh Sofia. Rambutnya yang
panjang paras dada itu disanggul dan dihiasi dengan manik-manik yang bersinar
berwarna putih di atas kepalanya. Rambutnya yang terjuntai di dahi hanya
diselitkan di telinga sahaja. Dipandankan pula dengan heels berwarna hitam
sudah cukup membuatkannya seperti seorang model bertaraf antarabangsa.
“Gila kau
Fia, cantik gila kau malam ni! Sumpah aku tak tipu memang aku betul-betul tak
percaya yang kau ni Sofia. Pandainya kak Diana dandan. Memang terbaik!” Ujar
Shima bersungguh-sungguh. Tidak berkelip matanya memandang Sofia yang sudah berdiri itu. Kak Diana hanya
tersenyum manis sahaja.
“Hehe,
aku cantik eh Ima? Bukan selalunya aku memang cantik ke?” kembang Sofia apabila
dipuji begitu oleh sahabat karibnya.
“Coi!
Jangan nak perasan sangat la. Kau sepatutnya bersyukur tau sebab malam ni aku
puji kau cantik. Kalau tak aku puji kau macam bedah jual belacan cap udang tepi
jalan tu ja.” ‘dah dipuji semakin perasan pula. Nasib baik la kau ni kawan
dunia akhirat aku tau?’
“Ye lah
kawanku. Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak sebab sudi puji beta malam
ini.” Wah, sudah seperti raja nampaknya Sofia ni. Berangan tak sudah.
Shima
hanya menjelirkan lidahnya sahaja. “ Dah-dah jangan nak gaduh-gaduh lagi jom
kita tunggu dekat bawah. Mesti mummy dah tunggu.” Kak Diana bersuara apabila
sedari tadi dia hanya ketawa sahaja melihat aksi dua sahabat itu..
Mereka
bertiga turun beriringan menuju ke ruang tamu. Terpegun Datin Maria melihatnya.
Tidak sangka pekerjanya yang selalu memakai t-shirt dan jeans kini seperti puteri
dari kayangan.
“Ya
Allah, cantiknya kamu sayang.” Puji Datin Maria.
“Terima
kasih mummy.” Ucap Sofia malu-malu.
“Mummy
jangan puji Sofia banyak-banyak sangat nanti dia kembang kang terkoyak pula
baju kak Diana ni.” Shima mencebik. Sengaja mahu mengusik sahabatnya itu.
Seisi
rumah itu ketawa sahaja mendengar usikan daripada Shima. Sudah tahu perangai
Shima dan Sofia yang suka gaduh-gaduh manja itu.
“Dah-dah,
jom kita gerak nanti terlewat pula sampai rumah datin Haina.” Datin Maria terus
bangun menuju ke pintu rumah. Sofia, Shima dan Kak Diana hanya mengikut dari
belakang.
“Shima,
kau tunggu aku dekat rumah ni tau. Ingat eh kau jangan nak lari mana-mana kalau
tak siap kau!” pesan Sofia sebelum masuk ke dalam kereta Mercedez.
“Ye, aku
tunggu kau dekat sini la!” ujar Shima geram. ‘kang aku tinggal kau dekat KL ni
sorang-sorang baru tau!’
Kereta
Mercedez itu meleuncur laju keluar dari perkarangan rumah mewah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan