Sombongnya ! Tapi Caring Gila ! - Bab 12

Hari minggu seperti ini menyebabkan ramai orang bersiar-siar bersama keluarga tercinta mahupun bersama orang tersayang untuk melepaskan penat setelah seminggu bekerja dari siang hingga ke malam. Tidak terkecuali bagi sahabat sejati ini Sofia dan Shima, mereka juga turut meluangkan masa bersama-sama dan juga menjinakkan diri di bandar Kuala Lumpur yang cukup besar ini.

     Setelah penat berpusing di beberapa tempat, Shima memberhentikan kereta myvi warna kuningnya di sebuah pasaraya besar di bandar itu. Perut mula lapar dan mereka memilih sebuah restoran untuk menjamu makan tengah hari.

     Setelah selesai memesan makanan, Shima meminta diri untuk ke tandas kerana perut nya memulas. Kini tinggal lah Sofia bersendirian sambil membelek handphonenya.

     “ Assalamualaikum, sorang je ke?” tegur satu suara menyebabkan Sofia terkejut. ‘ makhluk mana pula ni yang bagi salam dekat aku?’ terus Sofia mengangkat kepalanya dan memandang ke arah suara itu.

     “Waalaikumussalam. Er, kenapa ya?” tanya Sofia tergagap-gagap.

     “Tak kenal saya dah?” tanya suara itu lagi. Kali ini tanpa dipelawa makhluk itu melabuhkan punggung disisi Sofia.

     ‘Wah! Gila ini orang, tak jemput duduk pun selamba badak cap ayam dia ja duduk sebelah aku. Dah tu dengan tak rasa bersalah boleh dia main handphone dia. Gila ke apa orang ni? Tapi kejap-kejap, macam pernah ku lihat manusia ini,tapi di mana ya?’ soal Sofia dalam hati. Diketuk-ketuk dagunya memikirkan sesuatu.

     “Eh! Tak silap saya ni doktor Farish kan?” tanya Sofia teruja

     Lelaki itu hanya tersenyum sahaja manakala matanya masih tertancap di skrin telefon bimbit miliknya.

     “Doktor buat apa dekat sini?” tanya Sofia lagi.

     “Teman adik beli barang untuk majlis pertunangan dia.” Jawab Farish bersahaja. Dia mengusap mukanya beberapa kali sebelum menongkat dagunya. Bergaya sekali Farish hari ini, dia hanya mengenakan kemeja berlengan panjang warna hitam dan seluar jeans berwarna putih. Diselitkan sekali cermin mata hitam kebiruan di dadanya.

     “Awak seorang saja ke?” soal Farish.

     “Eh tak, saya dengan kawan saya tapi dia ke tandas sekejap.” Jawab Sofia. Air minuman yang dipesan sudah sampai. “Doktor tak pesan air apa-apa ke?”

     “Tak perlulah, saya dah minum tadi. Saya sekejap je dekat sini sementara tunggu adik saya tengah beli barang dekat atas.” Balas Farish. Matanya merenung ke arah Sofia.

     Sofia kelihatan sangat ayu hari ini kerana dia mengenakan gaun labuh yang tidak berlengan berwarna putih dan blouse pendek paras pinggang berwarna merah dikenakan juga untuk menutup bahagian yang terdedah. Rambutnya pula dibahagian kiri dan kanan dibawa dan disatukan ditengah belakang rambut manakala rambutnya dibahagian bawah dibawa ke sebelah kiri. Rambutnya yang terjuntai di dahi diselitkan di tepi telinga. Ini semua gara-gara Shima yang memaksa dia berhias dan bersolek. Jika tidak dia hanya akan menyarungkan t-shirt dan jeans sahaja. Dia bukan seperti Shima yang sentiasa bergaya mengikut trend terkini.

     Setelah menyedari dirinya diperhati, Sofia memaling wajahnya kearah Farish, alangkah terkejutnya apabila mendapati dirinya sedang diperhati oleh doktor muda itu. Dengan tergagap-gagap Sofia bertanya.

     “Er, kenapa doktor tengok saya macam tu?”

     “Tak ada apa lah.” Ujar Farish dengan lembut.

     Keadaan kembali sepi. Sofia mencapai handbagnya yang berwarna putih dan mengeluar kembali handphonenya. Dilihat jam di skrin telefon. ‘lambatnya Shima ni, mana dia pergi? Teruk sangat ke sakit perut dia tu?’

     “Abang! Reen dah siap beli barang ni. Jom lah balik mesti mama dah tunggu nak makan tengah hari. Jom bang.” Ajak Faizureen yang tiba-tiba muncul disisi abangnya, Farish.

     “Dah siap semuanya? Okay jom balik.” Farish bangun dari kerusi. Namun belum sempat di berbuat apa-apa Faizureen berbisik kepada abangnya. “Abang, tu siapa? Comel nya dia.”

     Farish hanya tersenyum. “Sofia, kenalkan ni adik saya Faizureen Haifa. Dia la yang nak bertunang tu.” Ujar Farish.

     “Hai, saya Ariana Sofea.” Ujar Sofea sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat salam. Diselitkan sekali senyuman yang paling manis.

     Salam sofia disambut baik oleh Faizureen. “ Hai, nice to meet you” Faizureen juga turut memberikan senyuman yang manis.

     “Sofia ni siapa bang? Girlfriend abang eh?” Serkap Faizureen kepada abangnya.

     “Haish Reen ni, Sofia ni kawan abang je lah. Dia pernah jadi pesakit abang hari tu.” Kata Farish sambil mencubit pipi adik kesayangannya itu. Terjerit Faizureen dibuatnya. Sofia yang memerhati hanya tersenyum.

     “Lagi pun Sofia ni sama umur dengan Reen aje.” Tambah Farish lagi.

     “Ye ke? Serius Sofia?” tanya Faizureen gembira.

     “Saya baru dua puluh satu tahun.” Jawab Sofia.

     “Wah, kita sebaya la maknanya ni! Kalau macam tu tak apa lah Sofia, kita jumpa lain hari la ya sebab saya dah lapar gila ni. Eh awak nanti datang la majlis pertunangan saya tau.” Pelawa Faizureen. Rambutnya yang separas tengkuk itu membuatkan wajahnya seperti keanak-anakkan.

     “Er, insha-Allah.” Balas Sofia. Hanya itu sahaja yang mampu. Nak pergi betul? Mana aku tau rumah diorang dekat mana.

     “Saya balik dulu lah ya Sofia. Assalamualaikum.” Ucap Farish sambil menyarungkan cermin mata hitamnya. ‘Kacak nya dia!’ puji Sofia dalam hati.

     “Waalaikumussalam” jawab Sofia.



“MUMMY, gaun ni nak pakaikan dekat patung tak?” tanya kak Yati kepada Datin Maria.

     “Gaun yang tu kamu cuma gantungkan dekat dinding je. Yang warna putih tu kamu pakaikan dekat patung.” Arah Datin Maria. Berseri betul Datin Maria hari ini.

     “Baiklah mummy.” Terus Kak Yati berlalu pergi.

     “Nenek!” Jerit satu susara kecil dari arah pintu masuk. Terus Datin Maria berpusing melihatnya. Dilihat cucunya terkedek-kedek berlari mendapatkannya. Comel sekali aksi kanak-kanak yang berusia empat tahun itu.

     “Ya Allah cucu nenek! Comel nya sayang!” Datin Maria memeluk erat cucu kesayangannya itu. Dicium pipi kanak-kanak itu dengan penuh kasih.

     “Nenek, Adam rindu nenek.” Luah si kecil itu sambil memeluk manja tengkuk Datin Maria.

     “Nenek pun rindu sangat dekat Adam. Kenapa Adam tak datang rumah nenek?” Soal Datin Maria mengusap-ngusap rambut cucunya itu. Sayang benar akan cucunya yang seorang itu.

     “ Ibu cakap ibu tak larat sebab adik berat.” Jawabnya manja. Dimuncungkan sedikit bibirnya. Comel saja aksinya itu.

     “Iye? Umi mana sayang?” tanya Datin Maria tergelak lucu.

     “Umi tengah cakap telefon dengan abi.” Jawab Adam dengan pelat kanak-kanaknya.

     “Assalamualaikum mummy.” Sapa seorang perempuan yang sarat mengandung.

     “Waalaikumussalam. Hah kamu Diana. Dari mana datang ni?” tanya Datin Maria sambil mengucup kedua-dua pipi anak perempuannya itu.

     “Baru balik dari Hospital miy. Semalam sakit pinggang sangat-sangat sampai lenguh satu badan.” Keluh Diana. Ayu sahaja orangnya.

     “Dah nak dekat bersalin memang macam ni. Dah la jom kita duduk dekat kerusi tu.” Ajak Datin Maria. Adam yang sedang erat memegang jarinya didukung dan dicium semahu-mahunya.

     “Mummy, Yana rasa Yana tak boleh la teman mummy pergi majlis pertunangan anak Datin Haina tu sebab Abang Malik kena pergi singapura malam esok. Majlis pukul lapan kan mummy? Tiket flight pukul Sembilan miy. Dia suruh Yana ikut sekali sebab dia takut nak tinggal Yana dekat rumah. Dengan Adam yang semakin nakal ni miy.” Ujar Diana. Tangannya memicit-micit pinggangnya itu.

     “Habis tu mummy nak ajak siapa teman?” tanya Datin Maria.

     “Pekerja mummy tak ada ke?”

     “Siapa yang nak pergi? Sekejap mummy tanya Sofia.” Terus Datin Maria melaung nama Sofia. Terkocoh-kocoh Sofia berlari mendapatkan majikannya itu.

     “Ye mummy, ada apa-apa yang Fia boleh tolong?” tanya Sofia. Dilemparkan senyuman yang manis kepada anak perempuan Datin Maria itu.

     Diana juga membalas dengan menghadiahkan senyuman yang manis juga. “Sofia, mummy nak minta tolong kamu boleh?” tanya Datin Maria.

     “Insha-Allah boleh mummy. Nak minta tolong apa tu mummy?” Tanya Sofia lagi.

     “Begini, kamu ingat tak rumah yang kamu pergi hantar baju untuk Datin Haina tu? Esok anak dia dah nak bertunang jadi mummy nak minta tolong kamu temankan mummy kesana sebab anak mummy ni tak dapat nak temankan mummy, dia kena ikut suami dia ke Singapura. Boleh ye sayang?” ucap Datin Maria.

     “Er, boleh kut.” Gugup Sofia menjawab. ‘aduh, pandai-pandai je kan kau ni Sofia bagi jawapan? Tapi aku mana ada aktivit pun esok. Humhhh pergi aje lah”

     “Betul ke sayang? Alhamdulillah terima kasih banyak-banyak sebab sudi tolong mummy.” Ucap Datin Maria terharu. Digenggam jari-jemari lembut milik Sofia itu.

     “Esok lepas maghrib Sofia pergi rumah mummy ye? Kalau boleh awal sikit tau sebab biar  akak make-up dan dressing Sofia. Sofia ada koleksi dress dekat rumah?” tanya Diana ramah.

     “Er, tak ada la kak.” Jawab Sofia perlahan.

     “Kalau macam tu tak apa la. Sofia boleh pinjam dress akak dulu. Akak ada banyak dress dekat rumah tapi tak pakai pun sekarang sebab ni lah perut semakin membesar, mana muat dekat badan akak yang semakin gemuk ni.” Kata Diana sambil ketawa.

     ‘hmhh, baik juga anak Datin Maria ni kan?’ “Baik lah kak, terima kasih. Saya pergi sambung buat kerja saya dulu eh? Minta diri dulu mummy.” Ramah Sofia meminta izin.


     Datin Maria dan Diana hanya mengangguk sahaja. Terus Sofia berlalu pergi ke belakang dan menceritakan kepada Shima. Melompat Shima mendengarnya namun dikawal suaranya agar tidak didengari sampai ke luar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by - Asma Dians-
...