Sombongnya ! Tapi Caring Gila ! - Bab 11

     Sofia membelek telefon bimbit Samsung galaxy young miliknya. Sebentar tadi selepas dia selesai melaksanakan solat maghrib, dia menerima pesanan ringkas dari adiknya, Safira di kampung. Katanya emaknya mahu memberitahu sesuatu perkara yang penting. Terus dia menuju dan berbaring seketika di katil sambil tangannya membuat panggilan ke kampung.

     “Assalamualaikum mak” Sofia memulakan bicara selepas panggilannya di jawab.

     “Waalaikumussalam Sofea. Kamu macam mana dekat sana? Sihat?” tanya mak cik Sarimah.

     “Sihat je mak, Cuma kaki Fia terseliuh sikit sebab jatuh tadi.” Ujar Sofia

     “Hah! Tu lah kamu, tak boleh ke kalau buat kerja tu hati-hati sikit. Asyik nak cedera je kamu ni. Buat kerja tu jangan la tergopoh-gapah nanti diri sendiri yang menanggungnya. Kaki tu semakin lega ke belum?” bebel mak cik Sarimah. ‘hai la Sofia, kalau kat kampung kau nak cedera pun mak tak kisah sebab mak ada di depan kamu, kau sakit mak boleh tolong rawatkan. Risau hati mak ni nak oi.’

     Mak dah start membebel dah. Tu lah kau Fia, pergi cerita sangat dekat mak yang kaki kau terseliuh. Diam-diam sudah la. Tanggung la kau sendiri Fia. Padan muka kau! “ Fia okay lah mak. Kaki pun dah lega sikit tapi masih boleh kerja lagi. Mak jangan risau la eh? “

     “Mak bukan apa Fia, kau tu sekarang jauh di mata mak, risau mak dibuatnya kalau kau sakit apa-apa. Masa dekat kampung ni tak apa la sebab kau jatuh pokok pun mak ada boleh tolong jaga kau. Ni kau sakit dekat sana susah hati mak fikirkan kau.” Kata mak cik Sarimah lagi.

     “Dah la mak, tak apa, Shima kan ada, dia boleh tolong tengok-tengokkan Fia ni. Mak jangan risau eh, lagi pun anak mak ni hero la! Hehehe” ujar Sofia sambil ketawa mengekek.

     “Hah, banyak la kau hero! Tak payah nak perasan jantan sangat. Ni mak ada berita nak sampaikan dekat kamu. Tapi kamu jangan terkejut pula.”

     “Apa dia mak? Bunyi macam serius ja?” tanya Sofia risau. ‘apa pula berita dari kampung kali ni?’

     “Abang Daud dari kampung sebelah yang duda anak lima tu datang ke rumah tadi, katanya ada hajat besar. Hajat dia tu nak masuk minang kamu.” Kata mak cik Sarimah selamba.

     “Apa mak!!! Dia nak kahwin dengan saya? Astaghfirullah mak! Abang Daud tu dah la umur nak masuk setengah abad dah mak, tak nak Fia kahwin dengan dia! Tolong lah mak jangan la terima Fia tak nak!!!” Jerit Sofia. Hampir-hampir mengalir air matanya.

     Gila! duda anak lima tu nak jadi suami aku. Dah la anak sulung dia dah masuk umur 20 tahun nak sama umur dengan aku pulak tu. Nasib baik aku tua setahun dari anak dia. Nak pula dia panggil dekat aku mama? Eeeee… minta simpang la! Aku lebih rela jadi andartu!

     “Kalau mak bagi penampar dekat kau seminggu melekat bekas tapak tangan mak dekat pipi kau tu tau! Yang kamu menjerit-jerit ni kenapa? Ingat mak pekak ke? Cakap la slow-slow boleh pecah gegendang telinga mak dibuatnya. Apa? Kau ingat mak kemaruk sangat nak bermenantukan orang tua? Heh! Umur dia dah 49 tahun kau tahu? Lagi satu tahun boleh sebaya dengan mak! Gila ke apa kau aku nak menantu sebaya dengan aku? Sofia, Sofia..cuba kamu fikir sikit.” Bebel mak cik Sarimah panjang lebar. Boleh terkena sakit jantung dibuatnya.

     ‘Adeh,aku pulak yang kena bebel. Mana la aku nak tau kut-kut mak terima pinangan si duda anak lima tu.’ “Mak ni, jangan lah marah, Fia mana la tau kalau mak terima aje pinangan Abang Daud tu. Habis tu mak cakap apa dekat Abang Daud?” tanya Sofia lagi.

     “Mak nak cakap apa? Mak cakap je lah yang kau dah berpunya. Senang cerita selesai masalah.” Ujar mak cik Sarimah tenang.

     “Betul mak? Alhamdulillah ya Allah selamat Fia mak. Hehe, Fia tau la mak mesti nak yang terbaik untuk Fia kan? Tapi kan mak, kenapa mak cakap Fia dah berpunya?” sekali penyakit bendul Sofia datang boleh menyebabkan mak cik Sarimah naik darah.

     “Habis tu kau nak suruh mak bagi tau yang kau dah kahwin? Ya Allah Ya Tuhan ku, kenapa la kau kurniakan penyakit bendul dekat anak aku ni haa? Betul-betul menguji kesabaran aku la.” Turun naik sahaja nafas mak cik Sarimah ketika ini. ‘kalau ada depan mata aku memang aku ketuk dengan senduk dekat dapur’

     “Eh, ye tak ye juga kan mak. Pandai lah mak ni. Mak memang the best in the world!”

     “Well, kamu baru tahu ke mak memang pandai lagi dari kamu? Yang kamu ni, dah makan ke belum?”

     “ Tadi Fia nak pergi makan la lepas tu tengok ada mesej dalam fon dari Fira. Dia kata mak ada benda nak bagi tahu sebab tu la Fia telefon mak dulu. Sekarang Fia nak pergi makan la ni.” Sofia bangun menuju ke pintu bilik. Dipulas tombol pintu itu dan terus melangkah ke arah dapur. Hari ni dia terpaksa makan bersendirian kerana Shima perlu pergi ke butik atas suruhan Datin Maria.

     “Kamu pergi la makan, nanti esok lusa kita sambung bercakap balik. Mak nak kena pergi ke rumah mak cik Jenab ni sebab nak kena sediakan barang untuk nak masak kenduri esok. Anak dia yang baru balik dari Mesir tu dah nak kahwin, dapat menantu arab la mak cik Jenab kau tu. Ayu ja mak tengok bakal menantu mak Jenab petang tadi. Nasib baik dia fasih bahasa melayu kalau tak mana mak nak hentam cakap arab dengan dia. Kau pun nanti bawa balik la dekat mak menantu arab macam tu juga. Kalau tak dapat yang arab pun yang macam mat saleh pun jadi la. Dapat la juga aku cucu yang putih melepak nanti.” Ujar mak cik Sarimah panjang.

     “Mana Fia nak cari mamat arab ni mak? Kat KL ni mat bangla ramai la. Tu pun jangan harap Fia nak berkenan. Ala mak ni, Fia kan dah putih melepak, keluar anak nanti mesti la putih juga. Apa lah mak ni.” Tukas Sofia.

     “Kau jangan nak bawa balik mat bangla pula. Boleh terkena sakit jantung mak nanti. Ye la itu mak tau yang kamu ni putih melepak, tapi kalau kau putih melepak pun nanti dapat suami yang macam bontot belanga tak guna juga. Dapat anak terbakar terus walaupun kau putih melepak. Ye lah, anak kan mesti ada ikut resepi bapak dia sikit. Kau tengok bapak kau, putih melepak tau sebab tu kau pun putih. Tapi kau jangan lupa, mak lagi putih pada bapak kau,soo kau pun ada ikut resepi dari mak tau!”

     “ Ye mak Fia faham.” Malas Sofia mahu melawan sebab pasti maknya juga yang akan menang.

     “Hah, dah faham bagus, pergi lah makan mak nak pergi dah ni, mak cik Timah dah sampai depan rumah. Kau jaga diri baik-baik dekat sana. Ada masa telefon mak tau. Assalamualaikum.” Ujar mak cik Sarimah akhir.

     “ Baiklah mak, mak pun jaga kesihatan juga. Kirim salam dekat mak cik Timah sekali. Bye mak! Waalaikumussalam.” Balas Sofia. Talian dimatikan dan Sofia terus membuka tudung saji di atas meja makan. Hmmhh, makan char koey teow pula malam ni.

     Sedang enak Sofia menjamu selera, hampir-hampir dia tersembur makanan di dalam mulutnya gara-gara terkejut akan laungan sahabat nya, Shima yang baru pulang itu. Ya Allah perempuan ni, tak sempat nak masuk dalam rumah dah menjerit-jerit. Memalukan jiran betul!

     “ Sofia ! Sofia ! Sofia ! aku ada berita gembira ni! Wuhuuuu…best nya..!!!” Kata Shima melompat-lompat sambil menepuk-nepuk tangan. ‘Dah kenapa Shima ni?’

     “ Kau boleh tak bagi salam dulu hah? Dah la aku tengah makan buatnya aku tercekik mati kat sini tak ke merana kau nanti? Kalau aku mati siap la kau orang pertama aku akan cari!” marah Sofia. Geram dengan sikap Shima yang tak menyabar itu.

     “Alah, kau ni jangan la marah. Aku ada berita gembira ni! Ada juga untuk kau tau!” ujar Shima tersenyum-senyum.

     “Hah? Ada untuk aku juga? Cepat la cerita dekat aku. Cepat la cepat la! Ish, lambat la kau ni! Tadi beria-ia sangat nak cerita. Cepatlah!” gesa Sofia. Ni apehal Sofia pulak yang gembira ni? Sudu di tangan terus dilepaskan dan dia mencapai tangan sahatbatnya itu.


     Shima memandang Sofia dengan muka terkejut. ‘tadi aku happy dia bebel, sekarang dia pulak yang terlebih happy ni kenapa?’ omel Shima dalam hati.

     “ Ni cerita dia, tadi masa aku sampai dekat butik aku nampak mummy tengah borak dengan kawan dia dekat luar. Lepas tu aku nampak ada sorang lelaki ni berada di belakang kawan mummy tengah main handfon dia. Bila aku tengok betul-betul lelaki tu sah aku cam lelaki tu! Kau tau? Lelaki yang bawa kau tadi tu la!!” ujar Shima berteriak sikit diakhir katanya.

     “Soo? Kau nampak dia je lah? Yang kau nak terjerit-jerit macam dia minta nombor fon kau tu kenapa?” Soal Sofia geram.

     “ Ish kau ni! Nanti la aku tak habis cerita lagi ni!” balas Shima geram. Ditampar bahu Sofia membuatkan Sofia menamparnya balik. Tersengih dia kerana tamparan dari Sofia lagi kuat berbanding tamparannya tadi.

     “ Kau diam okay aku nak sambung cerita ni, lepas tu aku pun turun la dari kereta dan aku terus la pergi dekat mummy. Mummy memperkenalkan aku dekat kawan dia tu dan kami pun bersalaman. Mummy suruh aku tunggu sekejap sebab dia nak pergi buka pintu butik. Masa tu kawan dia ikut sekali soo tinggal la aku dengan mamat hensem tu. Aku memberanikan diri pergi  tanya dia ke yang bawa kau tadi tu. Kau tau dia jawab apa? Dia kata ye saya yang bawa tadi. Cuma satu je yang aku meluat, dia tak senyum dekat aku langsung! Aku pun kata la dekat dia yang aku ni housmate kau, sama-sama datang dari kampung yang sama. Dan dia suruh aku kirim salam dekat kau! Dia tanya aku kaki kau macam mana? Okay ke tak sebab tadi dia cuma buat biasa-biasa ja. Dia suruh kau rehat. Wah! Caring nya dia walaupun dia sombong kan?” cerita Shima panjang lebar. Gembira dia kerana dapat berborak dengan lelaki yang dikategorikan lebih kacak dari artis korea.

     Terbatuk Sofia dibuatnya. Apa kes mamat tu kirim salam dekat aku? Salamnya dijawab didalam hati sahaja.“Dia memang kedekut senyuman pun. Entah la aku pun tak tau. Alah, biarkan je lah dia tu.”

     “ Nama dia siapa beb?” tanya Shima tersenyum-senyum. Sudah! Angau dah Shima ni.

     “Tak silap aku nama dia Fahmi sebab tadi aku dengar mama dia panggil dia Fahmi.” Jawab Sofia.

     “Wow! Fahmi! Nice name! aku nak pergi mandi la. Kau makan cepat sikit nanti teman aku tengok cerita hantu. Cerita best malam ni! Seram pula tu!” ujar Shima berlalu pergi.


     Dia yang nak tengok cerita hantu ajak aku pula. Tengok la sorang-sorang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by - Asma Dians-
...