Selepas meletakkan Sofia di atas sofa di ruang tamu
rumahnya itu, Fahmi memusing-musingkan sedikit pinggangnya yang lenguh itu.
Pergerakkannya diperhati oleh Sofia.
“Berat ke
saya?” tanya Sofia.
“Kalau
kau ringan takde lah aku nak perbetulkan urat aku yang lenguh ni.” Balas Fahmi
selamba.
Malas
mahu menjawab, Sofia tunduk untuk melihat kakinya yang bengkak itu. Secara
tidak langsung, air matanya bergenang kerana sakit yang teramat sangat. Pantas
diseka air matanya apabila terdengar suara Datin Haina yang datang dari arah
dapur dengan terkocoh-kocoh membawa ubat.
“Aunti
minta maaf ye sayang. Tadi aunti cari ubat dekat atas tapi tak ada.
Rupa-rupanya ada dekat dapur. Nah Fahmi kamu tolong sapu dan balut untuk Sofia
ni.” Datin Haina menghulurkan kotak first aids kepada Fahmi. Tanpa membantah,
Fahmi terus mengambilnya dan duduk di lantai berhadapan dengan Sofia. Dah macam
sesi melamar gayanya.
Melihat
situasi itu, cepat-cepat Sofia menolak bantuan Fahmi yang sudah duduk di lantai
itu. “Eh, tak apa biar saya sapu sendiri. Awak dah angkat saya tadi pun dah
cukup besar. Biar saya sapu ubat ni sendiri ye.” Sofia cuba mengambil ubat
ditangan Fahmi namun terhenti apabila mendapat renungan series daripada lelaki
itu. Terbantut niatnya untuk merawat kakinya sendiri.
“Okay dah
sekarang kamu cerita dekat saya macam mana boleh terjadi semua ni Wando?” tanya
Datin Haina ketika melabuhkan punggungnya di sofa.
“Gini
buk, tadinya saya kebelakang sebentar karna mahu ke toilet, nah sewaktu saya
mau ke pondok kembali saya lihat pintu pagar nya terbuka buk, saya pikir tuan
Fahmi nya keluar tapi kok tuan Fahmi buka pintu pagarnya kayak maling mau masuk
sih. Terus saya ke depan mau cari apa ada maling atau nggak. Nah buk, saya
lihat kuntilanak ini sedang berjalan ke pintu rumah. Yah, saya teriak aja
manggilnya tapi dia malahan lihat saya seperti nggak bersalah. Makanya saya mau
pergi dekat sama dia terus dia lari buk, saya kejar aja dia.” Cerita pengawal
keselamatan itu panjang lebar.
Namun
belum sempat Datin Haina bertanya lagi Sofia membalas.
“Eh
cemong! Kau tak boleh datang dengan berjalan elok-elok ke hah? Ni tak, kau
datang dengan berlari-lari aku ingat kau nak kejar aku sebab tu la aku lari.
Tapi dalam waktu yang sama aku confius tau tak sama ada kau panggil aku atau
kau panggil kawan kau nama apa entah tadi, maling? Ahhhhh… kau panggil kawan
kau tapi apesal kau kejar aku?” tanya Sofia geram. Fahmi yang sedang menyapu
dan mengurut kakinya sudah tidak dipeduli. Marahnya kepada pengawal keselamatan
itu semakin membuak-buak.
“ Ya
Ampun gila ya kamu masak sih aku mau teman sama maling?” tanya pengawal
keselamatan itu lagi.
“Mana aku
nak tau dekat kau dah kawan kau apesal kau tanya aku balik?” jawab Sofia. Datin
Haina yang melihat keadaan ini sudah tidak tahu hendak masuk di waktu mana.
“Eh
kuntilanak! Yang malingnya itu kamu! Makanya aku kejar kamu!”
“Eh
cemong gempal! Aku bukan maling tapi aku Sofia! Tu la kau tanya nama aku tak
nak suka hati kau je kan nak letak nama aku maling. Letak nama sedap-sedap tak
apa la jugak!”
Fahmi
yang mendengar perbalahan dua makhluk itu hanya menahan ketawa sahaja. Malas
dia mahu mengambil port untuk selesaikan masalah ini. Biar mamanya sahaja yang
menjadi hakim.
“Auw
sakit lah! Slow-slow la sikit!” marah Sofia kepada Fahmi. Tidak dihiraukan lagi
dengan keadaan sekeliling.
“Kau nak
aku patahkan kaki kau ke tak?” tanya Fahmi memandang tepat kedalam anak mata
Sofia.
Belum
sempat Sofia mahu menjawab pengawal keselamatan itu terlebih dahulu membuka
suara. “ Patah kan aja tuan Fahmi kaki nya kuntilanak itu. Biar nggak bisa
jalan terus. Eh kuntilanak! Emangnya lu tau apa nggak sih apa itu maling?”
“Mana la
aku tau!” jawab Sofia sambil tangannya menarik lengan t-shirt merahnya ke paras
siku.
“Hahahaha… tadi bisa aja kamu ngomong sama aku bahasa Indonesia. Gue
piker lu tau! Dasar kuntilanak! Maling itu maksudnya perampok! Atau lu bisa
ngerti maksudnya pencuri tau! Makanya kalu gue bilang lu maling lu nggak bisa
marah sama aku karna kamu masuk kedalam rumah ini udah kayak maling!” Kata
pengawal keselamatan itu sambil ketawa berdekah-dekah.
“Astaghfirullah! Suka hati kau kata aku pencuri! Weh cemong! Sebelum aku
datang KL ni dah bertimbun nasihat yang mak aku bagi dekat aku kau tahu tak?
Aku datang sini sebab nak cari rezeki! Apa kau ingat aku kemaruk sangat ke nak
jadi pencuri? Kalau aku teringin nak jadi pencuri, masa dekat kampong pun aku
dah boleh practicle la!” balas Sofia sambil bercekak pinggang.
“Yah,
terserlah lu deh mau bilangin apa. Yang pastu lu maling!” kata pengawal
keselamatan itu sambil menjelir kan lidah nya.
Sofia
hanya memandang dengan pandangan yang sangat tajam kepada pengawal keselamatan
itu. Wajahnya yang putih melepak itu sudah kelihatan merah seperti udang yang sudah
masak.
Fahmi
yang sudah siap tugasnya terus bangun dan mengambil tempat disebelah Sofia
sahaja. Disandarkan kepalanya disofa dan memejamkan matanya sambil tangannya
menyilang didada.
“Sudah-sudah! Pening lah saya macam ni! Berhenti bergaduh biar saya pula
yang bercakap!” tegas sekali nada yang keluar dari mulut Datin Haina namun itu
sedikit pun tidak berasa gentar di hati Sofia mahupun pengawal keselamatan itu.
“ Sofia,
tadi masa kamu datang kenapa aunti tak dengar bunyi loceng pun?” tanya Datin
Haina dengan lembut. Tidak mahu berkasar dengan gadis yang berwajah menenangkan
hatinya ini.
“Saya
minta maaf Datin sebab saya tak nampak pun butang loceng. Masa saya sampai tadi
saya dah habis fikir macam mana nak masuk. Saya nak bagi salam tapi takut tak
dengar. Nanti kalau saya bagi salam sampai tiga kali tapi tak ada orang sahut
terpaksa la saya pulang. Dan saya tak perasan pun ada pondok pengawal
keselamatan dekat sebelah tu.” Ujar Sofia perlahan.
“Kalau
macam tu tak apa la. Kamu tak salah pun sayang. Salah aunti juga sebab tak
suruh Wando buka pintu pagar siap-siap.” Kata Datin Haina tersenyum.
“Eh tak!
Datin tak salah apa-apa. Saya yang salah besar sebab masuk tanpa izin.” Ujar
Sofia bersungguh-sungguh.
“Dah
orang kata tak salah tu sudah la.” Celah Fahmi yang sedari diam dari tadi.
Matanya masih terpejam dan tangannya masih diposisi yang sama.
“Ish
sibuk la dia ni orang tak cakap dengan dia pun!” marah Sofia perlahan.
Fahmi
membuka matanya dan memandang dengan serius kepada Sofia. Namun Sofia hanya
membuat reaksi selamba sahaja.
“ It’s
okay sayang. Kita selesai dekat sini aje lah ye. Kamu Wando! Lain kali tu pergi
la tanya elok-elok dekat orang tu, tanya la dia nak cari siapa, ada tugas apa?
Ini tidak, serang terus sampai terjatuh Sofia dibuatnya. Ini baru kaki bengkak
kalau lagi teruk daripada ni macam mana? Saya tengah tengok tv dekat dalam pun
terkejut sebab terdengar suara kamu yang menjerit-jerit macam tarzen.” Bebel
Datin Haina kepada pengawal keselamatannya itu. Kepalanya digeleng-geleng
beberapa kali.
Sofia
menutup mulutnya dengan tangan kerana tidak tahan untuk mahu ketawa. Dibuat
‘thumbs up’ dengan kedua-dua belah ibu jarinya kepada pengawal keselamatan itu.
“Apa lu?”
tanya pengawal keselamatan itu.
“Nah,
syukurin tuh!” jawab Sofia sambil menjelir lidah.
“Sofia,
kamu datang sini dengan apa? Driver Datin Maria hantar ke?” tanya Datin Haina
kembali.
“Eh tak,
saya drive sendiri Datin.” Jawab Sofia.
“Kalau
macam tu biar Fahmi aje lah yang hantar kamu ye sayang? Macam mana nak drive ni
kalau kaki kamu sakit. Kalau kamu boleh drive dalam keadaan macam ni pun tak
senang hati aunti nanti fikirkan kamu. Kereta Datin Maria tu tinggalkan aje
dekat sini, nanti petang karang aunti suruh driver aunti hantar. Biar Fahmi
hantar kamu ye? Fahmi, pergi hantar Sofia balik, biar dia berehat bagi sembuh
kaki tu.” Ujar Datin Haina seraya menyuruh anak lelakinya itu.
Sofia
tidak tahu hendak berkata apa lagi. Dia hanya mengangguk tanda setuju sahaja.
Fahmi
terus bangun sambil memaut lengan Sofia untuk bangun bersama. Dibisik ditelinga
Sofia membuat kan Sofia terkejut dengan aksi itu. “ Nak aku dukung ke nak jalan
sendiri?” tanya Fahmi. Tangannya masih belum lepas dari lengan Sofia.
“Er, tak
apa saya boleh jalan.” Jawab Sofia tergagap-gagap.
Terus
Fahmi membawa Sofia perlahan-lahan. Sebelum itu, sempat Sofia bersalaman dengan
Datin Haina. Beberapa nasihat dan pesanan dari Datin Haina diambil dan
disimpan.
Fahmi
membawa Sofia ke garaj kereta yang tersusun dengan beberapa buah kereta mewah
yang lain. Punat kawalan ditekan Fahmi dan Sofia melihat kereta mewah BMW
5series yang berbunyi. ‘Wah, kereta mewah lagi aku naik!’ jerit Sofea dalam
hati.
Pintu
kereta sebelah pemandu dibuka dan Fahmi mendudukkan Sofia dengan berhati-hati.
Setelah seat belt dipakaikan pintu kereta ditutup dan Fahmi terus ke bahagian
pemandu.
“NAK aku hantar ke butik atau ke rumah kau?” tanya
Fahmi memecah kesunyian.
“Ke butik
je. Lagipun housemate saya ada dekat butik. Kat rumah tak ada sesiapa pun.”
Jawab Sofia memandang sekilas kearah Fahmi yang memandang series kehadapan.
“Okay”.
Situasi kembali senyap.
Setibanya
di butik, Datin Maria sudah sedia menanti di hadapan pintu. Risau sungguh
hatinya apabila diberitahu oleh sahabatnya Datin Haina di telefon sebentar tadi
bahawa Sofea ditimpa kemalangan kecil.
“ Ya
Allah, kamu okay ke Sofia? Risau mummy dibuatnya.” Tanya Datin Maria kalut.
Fahmi seperti biasa mengambil alih tugasnya untuk memapah Sofia.
“Biar
aunti yang bawa Sofia ye Fahmi, kesian kamu.” Kata Datin Maria.
“Tak apa
aunti, biar saya je bawa Sofia masuk dalam. Aunty penat japgi sebab kena usung
budak gemuk ni masuk dalam.” Kutuk Fahmi dengan selamba tanpa mempedulikan
Sofia yang sudah terkejut beruk.
‘Kurang
asam punya mamat dia kata aku budak gemuk?!’
“ Kalau
macam tu marilah bawa Sofea masuk kedalam bilik rehat. Hati-hati tau.” Ujar
Datin Maria.
Fahmi
hanya menggangguk sambil tersenyum manis kepada Datin Maria. ‘Walaweh mamat ni.
Dekat aku satu habuk pun tak nak senyum. Kalau dekat datin mudah je dia bagi
senyum!’ omel Sofea dalam hati.
Sewaktu
melintas ruang di dalam butik itu, ternyata ramai mata-mata yang sedang
memerhati sama ada didalam kalangan pekerja mahupun kalangan pelanggan yang
mengunjungi. Mesti ada yang cemburu kan bila seorang putera handsome baik hati
menolong seorang gadis yang cedera ni? Hehehe…
“Letak
Sofea atas katil ni. Baring-baring biar kaki tu rehat ye sayang.” Kata Datin
Maria.
“Mummy,
ada customer nak jumpa dengan mummy dekat depan.” Kak Yati yang tiba-tiba
muncul di pintu mengejutkan Datin Matia.
“Okay-okay mummy pergi. Fahmi, kamu baringkan Sofea dekat katil ye?
Aunti nak pergi depan sekejap.” Datin Maria berlalu pergi bersama Kak Yati.
“Tak apa
saya boleh baring sendiri. Awak boleh la pergi balik. Saya nak ucapkan terima
kasih banyak-banyak sebab sudi tolong saya. Maaf kalau ada terkasar bahasa
tadi. Mulut saya tak boleh nak kawal. Saya cakap pakai lepas je. Maaf eh?” ujar
Sofea perlahan.
“ It’s
okay, tak penting pun semua tu. Jangan berjalan kuat sangat, kalau rasa sakit
lagi better pergi klinik untuk cek terus. Saya Cuma sapu ubat dan urut
sikit-sikit je.” Kata Fahmi.
“Okay!”
jawab Sofea sambil memberikan senyuman yang paling manis.
Fahmi
hanya mengangguk dan memberikan senyuman yang paling manis juga. Terpegun
seketika Sofea melihatnya. ‘Mak, gila ni mak dia senyum kat Fia la! Tadi gila
sombong! Boleh cair ni mak!’ jerit Sofea gembira.
Apabila
Fahmi berlalu keluar dari bilik itu, Sofea terus membaringkan badanya dan
memejamkan matanya.’Ah! rehat sekejap la..hehehe’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan