Malam itu di meja makan
Sofia menanti masa yang sesuai untuk
memberitahu akan niatnya untuk bekerja di
bandar. Setelah melihat mood emaknya baik ,
Sofia memulakan perbualannya.. Berharap emaknya tidak
marah.
" Mak , Fia nak minta
izin boleh.? " Tanya Sofia sedikit gugup.
" Minta izin apa
pula? Selalunya kamu tu kalau nak buat
apa-apa mana ada minta izin dengan
mak. " Ujar Mak cik Sarimah memerli.
" Hehe . Tapi mak
janji jangan marah tau." Tanya Sofia
lagi.
" Ni mesti pasal kamu
nak pergi kerja dekat KL tu kan.?
" Duga mak cik Sarimah sambil matanya
memandang kearah Sofia.
" Mana mak tau? " Ujar
Sofia sedikit terkejut.
" Ala, mak Shima dah
bagi tau dekat mak yang Shima nak
pergi cari kerja dekat bandar sana
tu. Tapi mak dia tak izinkan dia
pergi kalau kau tak ikut. " jawab mak
cik Sarimah.
" Oh , hmm mak bagi
tak Fia pergi . ? " Ujar Sofia dengan
gementar.
" Kalau kamu nak
pergi dengan niat nak cari duit lebih
, mak izinkan kamu pergi. " Kata mak
cik Sarimah tersenyum.
" Betul mak? Terima
kasih mak ! Fia sayang mak! " Tidak
tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan
gembiranya. Terus Sofia bangun dari kerusi
dan memeluk emaknya dari belakang. Serentak
dengan itu , dicium pipi emaknya bertalu-talu.
" Wah ! Best la Along
dapat pergi kerja kat KL . Tinggal Fira
kat kampung sorang-sorang. " Kata Safira
sedih.
" Fira jangan la
sedih . Along pergi sana pun sebab
nak cari duit lebih untuk keluarga
kita. Nanti bila kita dah ada duit
lebih boleh tanggung Fira masuk Universiti
pula nanti. " Pujuk Sofia dengan
lembut. Sedih pulak nak tinggalkan emak
dan adiknya.
" Dah la. Cepat
habiskan makanan ni. Nanti jom tolong
mak lipat baju. " Ujar mak cik Sarimah
menyudahkan suapannya.
Barang keperluan dan pakaian sudah
siap dimasukkan dalam beg. Di luar
rumah sudah tersedia teksi yang menunggu.
Ibubapa Shima juga turut ada sekali. Hari
ini Sofia dan Shima akan berangkat ke
bandar raya Kuala Lumpur untuk bekerja.
" Mak , Fia dah siap
berkemas. Tunggu bawa masuk beg dalam
teksi ja." Ujar Sofia senyum.
" Ye la. Mari mak tolong
angkatkan beg kamu tu."
Mereka berdua berjalan
beriringan ke muka pintu rumah. Selesai
memasukkan beg kedalam bonet teksi Sofia
memandang emaknya yang sedari tadi mengawal air
mata tuanya.
" Mak , Fia pergi dulu
ye. Mak jaga diri baik-baik. Jangan
kerja kuat sangat. Doakan Fia selamat
perjalanan ye mak. " Ujar Sofia sedih.
Air mata yang ditahan-tahan tumpah juga
akhirnya. Terus Sofia memeluk emaknya erat.
" Ye la nak. Kau
pun jaga diri kau elok-elok dekat
sana. Bila kau dekat sana nanti kau
jangan pula lupakan mak dengan adik
kau dekat kampung ni. Jangan tinggal
solat. Apa pun masalah yang kau
hadapi telefon la mak selalu. Kalau kau
tak ada kredit nak telefon mak , kau
mengadu la dekat Allah. Tapi nanti
kau pun selalu-selalulah telefon mak kat
sini. Ingat ye nak , jangan layan
mana-mana lelaki dekat sana. Kalau ada
yang berani kacau kau dekat sana
suruh dia jumpa mak kat kampung ni
nanti biar mak yang tibai dia dengan
periuk belanga mak. Ingat ya Sofia.
Jaga diri elok. " Pesan mak cik
Sarimah panjang. Dalam tangisnya sempat
juga terselit pesanan yang lucu. ' hai mak
aku ni. Sabar aje lah.'
" Baiklah emakku sayang.
Nanti hari-hari Fia beli topup eh
mak. Mak jangan la sedih. Nanti tak senang
hati Fia nak pergi. " Pujuk Sofia sambil
mengusap belakang emak.
" Mak gurau aje lah.
Nanti kau ada masalah mengadu je
dekat Allah. Insha-Allah tenang hati kau
nanti. " Ujar mak cik Sarimah senyum.
Selesai bersalam dengan
emaknya , Sofia menghampiri adiknya Airina
Safira yang sedang menangis. Perlahan-lahan
tubuh adiknya dipeluk. " Fira , Along
nak pergi dah ni. Nanti jaga mak
baik-baik ye. Jangan nakal-nakal dan jangan
susahkan mak. Belajar rajin-rajin. Nanti
along janji along balik bawa hadiah
untuk mak dengan Fira ye." Pujuk
Sofia sambil mengelap air mata di
pipi adik kesayangannya.
" Along janji tau
nanti along balik? " tanya Safira.
" Ye. Along janji.
Dah jangan nangis. Nanti tak comel
dah adik along ni."
" Hehe . Okay la.! "
wajah Safira kembali ceria bila diusik
begitu.
Shima juga turut melakukan
perkara yang sama dengan kedua orang
ibu bapanya. Shima juga turut mengalirkan
air mata. Sedih kerana akan berpisah
dengan keluarga untuk mencari rezeki yang
halal.
Teksi meluncur laju meninggalkan kawasan
rumah Sofia. Lambaian terakhir diberikan
untuk keluarga tercinta.
" Kita tinggal dekat
mana Ima? " Soal Sofia sambil
mengheret beg pakaian yang besar.
" Kita tinggal dekat
Taman Mawar. Tak silap aku dekat-dekat
sini je." Kata Shima sambil
mengeluarkan alamat rumah sewa yang telah
disewanya sebelum mereka tiba di Kuala
Lumpur.
" Kalau macam tu jom
la kita suruh teksi bawakan kita
dekat alamat tu. Senang sikit tak ada
la pening kepala nak cari jalan pergi
rumah sewa tu." Ujar Sofia.
Mereka berjalan kearah stesen teksi
yang terletak di stesen Pudu Raya
itu. Tanpa berlengah , mereka terus menaiki
sebuah teksi yang akan membawa mereka
ke rumah sewa.
" Wow ! cantiknya rumah ni
dengan dinding warna pink purple pula
tu. Macam tau-tau je yang nak tinggal
sini perempuan. Haha. " Kata Sofia
sambil memerhati ruang tamu rumah taman
itu. Memang cantik!
" Penyewa yang dulu
pun perempuan juga sebab tu la
diaorang cat warna pink ni." Ujar
Shima.
" Ya ka? Ooo , patut
la.. Jom la aku nak tengok bilik
aku macam mana. Mesti semua dinding
diaorang cat warna pink dengan purple
kan?" Tanpa berlengah lagi , Sofia
terus menarik bagasi besarnya kedalam
sebuah bilik yang terletak bersebelahan
bilik utama. " Eh kejap.! Kita tidur bilik
asing-asing ke? " tanyaku lagi.
" Ye la. ! takkan aku
nak tidur sekatil dengan kau pula?
Dah la tidur buas. Tak nak aku
tidur dengan kau. Silap-silap boleh patah
pinggang aku kau tendang jatuh katil."
Kata Shima geram. 'Boleh pula dia nak
tidur dengan aku. Bilik ada tiga
dengan aku juga dia nak tidur'
" Mana la aku tau
kalau kau takut nak tidur sorang-sorang
ke. Kalau kau nak tidur dengan aku
pun okay je. Aku tak kisah. Maklumlah
kau kan penakut." Sofia sengaja mengusik
Shima. Tahu sangat dengan perangai takut
sahabatnya itu.
Setiap kali elektrik terputus
di kampungnya , sanggup Shima berlari
kerumahnya semata-mata meminta untuk menemannya.
Yang peliknya jiran rumah sebelah ada
taknak la pula dia pergi. Rumahnya
hanya berselang lima buah rumah sahaja
dengan rumah Shima.
" Kau kalau bab
memerli orang memang nombor satu kan?
Dah la aku nak masuk bilik aku
dulu. Layan kau sampai langit runtuh
pun tak habis." Jawab Shima geram.
" Jangan la marah
nanti berkedut muka kau tu baru kau
tau. Nanti tak nak pula cek abang
kesayangan kau pandang muka kau nanti.
Ya la belum kahwin dah berkedut."
Ujar Sofia separuh menjerit. ' Sekali-sekala aku
kenakan minah ni pun best juga'
Sedang Sofia mengemas pakaiannya didalam
almari , Shima muncul di pintu biliknya.
" Jom kita keluar beli barang dapur.
Malam ni aku nak masak dekat rumah la.
Malas la nak beli makanan dekat
kedai. Aku tak biasa lagi."
" Nak pergi beli
dekat mana? Kau tau ke jalan nak
pergi? " Tanya Sofia. Tangannya masih
lagi lincah menyusun pakaian kedalam
almari.
" Tadi aku nampak
dekat pintu masuk taman ni ada bus
stop. Jom la kita naik bas pergi. "
" Oh. Okay la kalau
macam tu. Kejap aku nak ikat
rambut." Terus Sofia bangun. Dicapainya
cardigan yang diletak diatas katil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan