Sombongnya ! Tapi Caring Gila ! - Bab 8

     “ Eh Imah, aku dengar anak kau kerja dekat butik mewah dekat KL tu? Betul ke?” Tanya mak cik Tipah ketika sedang memilih sayur di kedai Pak Tam yang terletak di kampong itu.

     “ Ye la Tipah oi. Dah dia nak belajar berdikari, teringin juga katanya nak pegang duit sendiri.” Jawab Mak cik Sarimah bersahaja. Tipah kali ni nak buat cerita apa pula dekat orang kampong.

     “ Senang la kau lepas ni dah tak payah buka warung kau tu. Harap makan duit anak kau je la nanti. Lagi pun kau ni jangan jadi kayu sangat Imah oi! Kau tau ke apa yang anak kau buat dekat KL sana tu? Senang-senang je kau biar anak kau pergi sana.” Pedas sekali kata-kata Tipah kepada Mak cik Sarimah.

     ‘Kurang asam punya Tipah. Dia kata aku kayu? Tunggu kau kayu ni nak balas balik. “ Aku tak buka warung sebab aku demam Tipah oi. Sekarang ni aku dah sihat walafiat jadi aku datang sini sebab nak beli barang-barang  untuk buka warung aku tu! Apa kau ingat aku beli barang banyak-banyak ni sebab nak buat kenduri tahlil rumah kau ke Tipah? Dan anak aku pergi kerja sana sebab dia nak cari duit nak sambung belajar. Dia tak nak susahkan aku dan tak nak bebankan aku untuk tanggung dia sambung belajar sebab tu dia nak usaha sendiri. Aku kenal anak aku siapa jadi aku percaya dekat dia. Kau tu yang kena nasihat kan anak kau Syafiqah supaya jadi elok sikit.” Mak Cik Sarimah berhenti memilih ikan kerana geram dengan kata-kata yang keluar dari mulut Tipah the senget woman itu.

     “ Amboi kau Imah, duduk tak duduk apa pasal nama anak aku naik pula?” Tanya Mak Cik Tipah sambil bercekak pinggang.

     “ Eh kau kan wartawan tak bergaji dekat kampong ni takkan kau tak tau apa orang kampong kata dekat anak kau?” sindir Mak Cik Sarimah.

     “ Cuba kau cakap betul-betul dengan aku Imah. Apa yang kau dengan orang kampong kata dekat anak aku? Ni mesti mulut kau pergi canang cerita macam-macam tentang aku dengan anak aku dekat orang kampung kan?”

     “ Eeee… please la. Tak kuasa aku nak jadi mulut laser canang cerita bukan-bukan dekat orang kampong ni. Senang cerita kalau kau nak tau sangat kau pergi tanya orang kampong sendiri. Kalau aku cakap dekat kau kang tak pasal-pasal aku kena tuduh menipu pula.” Terus Mak Cik Sarimah berlalu ke kaunter untuk membuat bayaran. Mak Cik Tipah turut berjalan kearah kaunter. Hatinya belum puas dengan kata-kata Mak Cik Sarimah.

     Namun belum sempat mak cik Tipah hendak membuka mulut Pak Tam terlebih dahulu bertanya kepadanya. “ Hah Tipah. Semalam aku nampak anak kau si Syafiqah tu balik pukul 12:30 malam naik motor dengan sorang lelaki. Amboi kau Tipah, kau boleh biarkan je anak kau macam tu? Cuba la kau nasihat sikit anak kau tu. Kan tak pasal-pasal dah jadi bahan umpatan orang kampong. Sedar la sikit Tipah oi, ubah la perangai kau tu. Laki kau kahwin lagi satu pon mesti sebab tak tahan dengan mulut kau. Aku kesian betul tengok laki kau Tipah.” Ujar Pak Tam selamba sambil tangannya mengira-mengira harga barang mak cik Sarimah. Mak cik Sarimah sudah mahu ketawa terbahak-bahak namun ditahankan saja. Kang mengamuk pula si Tipah ni.

     “ Mulut kau Tam baik-baik sikit ye. Laki aku kahwin lain sebab janda kampong sebelah tu yang tergedik-gedik nakkan laki aku bukan sebab mulut aku!. Kalau janda sial tu tak goda laki aku memang laki aku tak nak la kahwin dua.  Lagi satu, anak aku tak pernah balik lewat malam tau. Kau jangan nak pandai-pandai buat cerita tak senonoh pasal anak aku!” Sudah turun naik nafas Mak cik Tipah ketika itu. Mukanya merah menahan marah.

     Pak Tam hanya mengangkat bahu sahaja tanda tidak tahu hendak kata apa lagi. “ Tau marah rupanya kau Tipah kalau orang mengata dekat anak kau. Habis tu kau ingat aku tak marah la apa yang kau dah kata kat anak aku tadi tu?” Kata Mak Cik Sarimah pula.

     Mak cik Tipah hanya diam sambil merenung dnegan pandangan tajam kepada mak cik Sarimah dan Pak Tam. ‘ Siap kau Syafiqah! Kau dah malukan aku hari ni’

     “ Nak pergi mana tu Tipah oi? Barang kau ni aku belum kira lagi!” laung pak Tam apabila melihat Mak Cik Tipah berlalu keluar dari kedainya.

     “ Kau simpan balik barang-barang yang aku ambil tu kat tempat asal. Malas aku nak beli.” Kata Mak Cik Tipah berlalu pergi.

     “Kurang asam garam punya Tipah. Dia yang ambil aku pulak yang kena simpan?” Bebel Pak Tam.

     “ Macam kau tak biasa dengan Tipah Tam oi.” Ujar Mak Cik Sarimah pula. Selesai sahaja membuat pembayaran, Mak Cik Sarimah terus keluar dari kedai Pak Tam untuk menuju ke warungnya untuk memulakan perniagaan seperti biasa.


“ Assalamualaikum Maria. Awak buzy ke? Ni saya Haina.” Datin Haina memulakan perbualan di telefon bimbit dengan salah seorang rakan baiknya.

     “Waalaikumussalam Haina. Saya tak buzy sangat pun sekarang ni. Kalau nak bersembang tu boleh la.” Jawab Datin Maria tergelak kecil di hujung talian.

      “Haha..saya ingat ke awak buzy. Saya nak minta tolong sikit boleh?” Tanya Datin Haina.

     “ Boleh je. Nak tolong apa tu?”

     “ Macam ni, saya tak sempat nak pergi ambil baju yang saya tempah hari tu untuk  pakai dekat majlis pertunangan anak saya tu. Saya nak minta tolong  awak hantar dekat rumah saya sebab biasa la macam-macam perkara saya nak kena urus sampai tak menyempat nak pergi ambil.” Kata Datin Haina serba salah.

     “Eh, kenapa pula tak boleh? Mesti la boleh. Nanti saya suruh pekerja saya hantar dekat rumah awak. Jangan risau la saya tau memang kalau majlis macam ni tak menang tangan kita dibuatnya.”  Jawab Datin Maria.

     “ Kalau macam tu terima kasih la Maria. Saya tak tau nak suruh siapa pergi ambil. Nanti hari pertunangan anak saya awak jangan lupa ye? Datang tau!” Kata Datin Haina gembira.

     “ Insha-Allah. Saya mesti datang punya!” Ujar Datin Maria sambil ketawa.

     Beberapa minit kemudian Datin Maria sudah menamatkan perbualannya. Dia berjalan keluar dari bilik pejabatnya dan menuju ke bahagian depan untuk mencari pekerjanya. Kak Yati dan Shima kelihatan sangat sibuk membuka stok pakaian yang baru sampai manakala Sofia dan Diana pula sedang menggantung baju-baju.

     “ Eh mummy !” sapa Sofia ceria. Seperti kanak-kanak sahaja gayanya.

     “ Ye sayang. Fia, mummy nak minta tolong boleh?” Tanya Datin Maria sambil tersenyum manis.

     “Mesti la boleh mummy. Nak tolong apa tu?” Tanya Sofia sambil tangannya bermain dengan penyangkut baju.

     “ Kamu tolong hantar baju dekat rumah Datin Haina sekejap ye?” Tanya Datin Maria.

     “Datin Haina? Yang mana satu? Rumah dia dekat mana?” Soal Sofia bertalu-talu.

     ‘Amboi kau nak, kalau boleh tanya ha. Bukan main laju’ Gumam Datin Maria dalam hati. Mukanya sudah tersenyum-senyum melihat gelagat Sofia itu. “ Ni alamat dia jadi kamu pergi dengan kereta saya ya?” Ujar Datin Maria sambil menghulurkan sekeping kertas kepada Sofia.

     “ Oh okay mummy ! Mana baju tu?” Soal Sofia. Matanya membelek-belek alamat di kertas itu. ‘Mak kau! Kawasan rumah mewah tu. Mesti besar kan rumah dia? Wow! Tak sabar nya aku nak tengok.’

     “Baju ada dekat belakang hari tu mummy dah simpan siap-siap. Ni kunci kereta kamu boleh pergi lah ye?” Datin Maria memberikan senyuman yang manis.

     “ Orait mummy! Saya pergi ambil baju tu dan saya terus pergi ye?” Ucap Sofia tersengih.

     “ Ye lah. Bawa kereta elok-elok.” Pesan Datin Maria. Sofia hanya membalas dengan membuat isyarat tangan ‘peace’.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by - Asma Dians-
...