Sofia memberhentikan kereta mewah milik Datin Maria
betul-betul dihadapan pagar sebuah rumah elit yang sangat mewah itu. Ditilik
betul-betul alamat di tangannya.
“ Ish,
betul ke rumah ni? Kang kalau tersalah rumah malu aku. Tawakal aje lah.” Omel Sofia
sendirian. Selepas meyakinkan dirinya terus Sofia membuka pintu kereta dan
bergerak kearah bonet belakang untuk mengambil pakaian yang di pesan oleh Datin
Haina.
“ Mak,
pagar dia gila tinggi! Ni kalau perompak nak masuk comfirm setengah jam panjat
baru lepas dari pagar ni. Fuh ! seksa betul nak masuk guna cara panjat pagar
ni. Sabar la perompak di luar sana. Aku syorkan korang rompak rumah orang lain
je lah. Tapi macam mana aku nak masuk ni? Nak bagi salam dengar ke orang dalam
rumah tu dengan suara aku yang tak berapa kuat ni? Nak jadi tarzen japgi kang
silap-silap bukan rumah ni ja yang dengar salam aku, rumah sebelah pun boleh
dengar, Aduh, macam mana ni? Cuba je lah tolak pagar ni, kalau terbuka selamat
aku tapi kalau tak terbuka terpaksa la jadi tarzen. Bismillah”
Sofia
mencuba nasibnya dengan menolak pintu pagar gergasi itu. Dengan perlahan-lahan
pintu itu terbuka dan ‘ Yeaazzaaa! Ajaib tangan aku! Wuhuuu..!’ pekik Sofia
dalam hati. Dengan gaya selamba Sofia berjalan menuju ke pintu masuk ke dalam
rumah mewah itu. Namun dipertengahan jalan Sofia dikejutkan dengan satu suara
yang boleh menyebabkan dia melatah panjang. Gila punya suara! rumah mewah ni
ingat hutan ke nak jerit-jerit macam tarzen?!
“ Hoi
maling ! Aduh, kesini kamu! Berani ya kamu masuk-masuk kedalam rumah majikan
aku tanpa pengetahuan dari aku? Ayuh! Kesini kamu atau aku kesana?” Pekik satu
suara itu.
‘ Er, dia
panggil aku ke siapa? Tapi kenapa dia sebut maling? Nama aku bukan maling tapi
Sofia dan kenapa dia cakap tengok aku?
Siap dengan kayu dekat tangan bagai macam nak serang je ni? Eh lupa ! dia pakai
baju pengawal keselamatan tu. Mesti dia pengawal rumah ni. Tapi confius la aku?
Dia panggil aku ke maling?’ Sofia menggaru-garu kepalanya dengan wajah yang
betul-betul ‘blur’ .
“ Ya
ampun! Kok kamu bisa lihat aku kayak gitu sih? Kamu nggak mau kesini ya? Awas
kamu aku akan kesana! Jangan coba mau lari ! tunggu situ kamu!’ pekik pengawal
itu.
Melihat
pengawal keselamatan itu sudah berlari kearah Sofia membuatkan Sofia membuka
langkah seribu! ‘Oh lala! Apasal orang tua ni kejar aku? Mak! Tolong la Fia ni.
Aduh Datin, rumah apa yang datin suruh saya datang ni? Ya Allah selamatkanlah
nyawa aku. Amin’ doa Sofia dalam hati. Tubuh Sofia yang kurus dan langsing itu
menyebabkan larian Sofia lebih laju berbanding pengawal keselamatan yang
berbadan agak gempal itu.
Sesi
kejar-mengejar berlaku di persekitaran rumah mewah milik Datin Haina. Dengan
suara pengawal keselamatan yang terpekik-pekik mengulangi perkataan ‘Sini kamu
mau lari kemana?’ menyebabkan Sofia menyampah dengar. Sudahlah Sofia sedang
memeluk baju yang al-maklum meleret ke lantai, ditambah pula dengan si gempal
yang sedang mengejarnya tak henti-henti. ‘Apa masalah gempal ni sebenarnya?
Kang aku nak berhenti tanya takut kayu dekat tangannya merasmi dulu ketuk
kepala aku nanti. Tapi kalau tak berhenti tanya sampai subuh esok pun belum
tentu si gempal ni nak berhenti kejar aku! Aduhh..’ keluh Sofia dalam hati.
Peluh sudah mula membasahi dahi dan tengkuknya.
Tiba-tiba
kaki Sofia tersandung dek tali paip yang bergulung disebelah kolam renang rumah
itu. Dengan secara automatiknya Sofia terjatuh dan menjerit kesakitan.
Difikirannya memikirkan mungkin pengawal itu akan membantunya namun….
“ Hahaha!
Akhirnya, jatuh juga ya kamu disitu. Makanya kalau aku bilang jangan coba lari
kamu harus dengarin, nah udah dapat balasannya kan?” ketawa pengawal
keselamatan itu tanpa rasa kesian sedikit pun kepada Sofia yang tersedia dengan
muka asli sedang menahan kesakitan.
“ Eh
cemong! Enak aja sih lu ngomong kayak gitu. Emang nya bisa nggak sih kamu bantu
aku daripada ketawa terus? Sakit tau nggak kaki aku ni.” Balas Sofia dalam
loghat Indonesia. Bukannya dia tidak faham bahasa Indonesia, malah setiap hari
sewaktu di kampong dia selalu menonton sinetron di televisyen.
“ Waduh!
Kok kamu bisa ngomong Indonesia sih?” tanya pengawal keselamatan itu dengan
nada terkejut.
“ Banyak
tanya la kau ni! Kaki aku sakit ni apehal kau tengok je? Tolong la aku, ni tak
asyik terpekik-pekik macam la aku ni pekak!” pekik Sofia dalam keadaan marah.
Namun pengawal keselamatan itu tetap tidak mahu menolong Sofia yang masih
terduduk di atas tanah itu.
“ Ya
Allah! Apa bising-bising ni Wando? Kenapa dari tadi saya dengar bunyi orang
terpekik-pekik? Kamu nampak pencuri ke?” soal Datin Haina kepada pengawal
keselamatannya itu. Terkocoh-kocoh dia keluar dari banglo mewah miliknya itu
kerana terdengar bunyi pekikan dari luar.
“Aduh,
maaf buk. Itu tadinya saya lihat ada maling buk coba masuk dalam rumah ibuk.
Tapi nggak usah khawatir buk karna maling itu sudah dapat saya tangkap! Nah,
coba ibuk pusing kebelakang, malingnya udah jatuh buk, tersandung tali itu.”
Pengawal keselamatan itu menunjuk kearah Sofia yang sedang menahan kesakitan.
“ Ya
Allah! Mana?” terus Datin Haina memusingkan badannya untuk melihat figura yang
dikatan ‘maling’ oleh pengawal keselamatannya itu. Namun, apabila melihat
figura itu, Datin Haina berasa pelik kerana tak mungkin wajah Sofia yang
kelihatan bersih suci itu dikatan ‘maling’. Perlahan-lahan Datin Haina
mendekati gadis yang dikatan ‘maling’ itu dan coba menyentuh bahu gadis itu.
“Saya
minta maaf, Saya datang kesini atas suruhan majikan saya untuk menghantar baju
kepada pemilik banglo ni. Tak silap saya Datin Haina.” Kata Sofia
terketar-ketar dengan matanya yang sudah bergenang dengan air mata. Bukannya
dia takut tetapi tidak tahan akan kesakitan di kakinya yang semakin membengkak
yang sudah bertukar ke warna biru.
“ Masya-Allah! Kamu Sofia la ni? Aunti minta maaf la
sayang aunti tak tahu kamu dah sampai. Kenapa kaki kamu bengkak ni? Teruk ni
kaki kamu. Dah-dah jom kita masuk kedalam sapu ubat dan cerita dekat aunti
kenapa boleh jadi macam ni. Kamu Wando, jom ikut saya masuk kedalam.” Datin
Haina cuba membangunkan Sofia namun kudratnya tidak mampu untuk mengankat.
“Aduh
Datin, saya minta maaf saya betul-betul tak boleh berdiri. Kaki saya
betul-betul sakit.” Rintih Sofia. ‘apa la malang nasibku hari ni. Dah la kena
kejar dengan si gempal ni lepastu terjatuh pulak. Sekarang lagi nazak bila aku
tak boleh berjalan.”
“ Dah-dah
kamu jangan bangun biar Wando angkat kamu. Hah Wando, apa yang kamu tercegat
lagi tu? Cepat tolong saya angkat Sofia ni!” arah Datin Haina sambil mencekak
pinggangnya.
Membuntang mata Sofia mendengar arahan Datin Haina kepada pengawal
keselematan itu. ‘Gempal tu nak angkat aku? Minta simpang lah aku lebih rela
merangkak masuk kedalam rumah tu sendiri daripada kena cepung dengan si gempal
tu!’
“Waduh!
Nggak mau ah buk, suruhin aja kuntilanak itu bangun sendiri. Kakinya sebelah
aja dong yang sakit, sebelah nya lagi masih bisa berjalan kok.” Kedua-dua
tangan pengawal keselamatan itu digoyangkan tanda tidak mahu.
“Ya
Allah, kalau macam ni takkan saya pulak yang nak kena angkat? Kamu tunggu sini
sekejap ya Sofia aunti masuk kedalam panggil anak aunti datang angkat kamu.”
Datin Haina berlalu dengan terkocoh-kocoh masuk kedalam rumahnya itu. Sempat
diambil bajunya yang dibawa Sofia itu bersamanya.
“ Baik
Datin.” Angguk Sofia lemah. ‘Fuh! Selamat aku. Kalau tak sampai tujuh keturunan
pun aku tak rela kalau si gempal ni yang angkat aku’
Beberapa
saat selepas itu muncul kembali Datin Haina bersama seseorang dibelakangnya.
Seorang lelaki boleh dikatakan tua sedikit daripada Sofia memakai baju t-shirt
berwarna biru turquoise dan seluar jeans berwarna hitam berjalan sambil
berpeluk tubuh.
“ Hah
Fahmi, tolong mama angkat Sofia ni sekejap. Kesian dia kaki bengkak sebab
terjatuh tadi sampai tak boleh bangun. Membiru kaki dia tu. Ya Allah,
cepat-cepat bawak masuk dalam sapu ubat. Nanti semakin bengkak mama nak jawab apa dengan Datin Maria. Mama
pergi ambil ubat siap-siap” Arah Datin Haina kepada anak lelakinya itu sambil
berlari masuk kedalam rumah.
‘What?
Lelaki ni yang nak angkat aku? Walaweh! Aku ingat kan anak Datin ni perempuan
sebab nanti boleh tolong papah aku
jalan.’ Omel Sofia dalam hati. Terkejut beruk dibuatnya.
Tanpa
bercakap banyak, Fahmi terus mendekati Sofia dan mencepung tubuh kurus Sofia.
Pengawal keselamatan hanya mengikuti dari belakang sahaja.
“Eh! Awak
boleh papah saya ja. Tak perlu angkat saya!” ujar Sofia terkejut.
“ Diam je
lah.” Balas Fahmi selamba.
“Ya
Allah, awak tak payah la angkat saya. Nanti kalau mak saya dekat kampong tahu
kedudukan saya macam ni boleh menanah telinga saya dengar ceramah free dari mak
saya. Tolong lah awak, papah je saya.” Pucat sudah muka Sofia ketika ini.
“Kau
boleh diam tak? Kang dekat sini jugak aku hempas kau biar patah pulak pinggang
kau tu.” Kata Fahmi dengan wajah series namun dia menahan ketawa di dalam
hatinya.
“ Eh
kuntilanak! Bisa nggak sih kamu diam-diam aja. Kasihan dong sama tuan Fahmi mau
ngendong kamu lagi tapi kamu nggak hargaiin.” Kutuk pengawal keselamatan itu
selamba.
“Weh
cemong gempal! Boleh tak kau jangan sibuk! Ni bukan urusan kau!” marah Sofia
dengan muka merah menahan marah.
“ Yang
awak pulak tengok-tengok saya kenapa?” tanya Sofia kepada Fahmi pula. Sudah
tidak ada rasa takut kepada Fahmi, malah amarahnya semakin membuak-buak.
“Kau nak
aku hempas dekat sini ke tak?” ugut Fahmi.
Sofia
hanya membalas dengan jelingan sahaja. Tidak kuasa dia hendak membalas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan