" Fia , tolong pergi kedai
runcit Pak Ali belikan emak kicap , gula ,
cuka , dengan tepung sekejap , barang dapur dah
kurang ni " Laung mak cik Sarimah dari
dapur.
Sofia yang baru sahaja
selesai mengemas bilik tidurnya terdengar
laungan emaknya. 'Mak ni selalu je
pekik-pekik nama aku. Nama Fira tu tak
nak la pula pekik.' Tak apa lah aku
kan anak mithali. Hehe..
" Ye mak orang nak
pergi lah ni." Terus Sofia menyuakan
tangannya meminta duit.
"Kau jangan balik
lambat pula . Kau tu bukan boleh
harap , pantang keluar sikit je mula
la tak ingat rumah nak balik" Bebel
mak cik Sarimah sambil memberi duit sepuluh
ringgit kepada anak daranya itu.
Mak cik Sarimah mempunyai
dua anak perempuan yang bernama Ariana
Sofia dan Arina Syafira. Suaminya pula
telah kembali ke rahmatullah kira-kira sepuluh
tahun yang lalu. Kini anak sulungnya,
Ariana Sofia terpaksa menangguh hasratnya
untuk menyambung pelajarannya di menara
gading kerana kekurangan duit belanja.
Anak bongsunya pula akan mengambil Sijil
Pelajaran Malaysia pada tahun ini.
"Eh Sofia , apa kau
buat dekat sini? Lama aku tak jumpa
kau." Tegur Zali yang berkulit hitam
manis tetapi bergaya.
'Agak-agak la mamat ni
pun. Dah tau aku datang kedai Pak Ali
ni mesti la beli barang. Takkan nak buat
bangunan pula.' Omel Ariana Sofia dalam
hati. "Agak-agak kau aku buat apa ye
dekat kedai runcit ni?"
"Ala, kau jangan la
marah Sofia. Aku tau la kau beli
barang dapur kan? Kau sihat? Lama aku
tak jumpa kau." kata Zali lagi. Dia
tahu Ariana Sofia memerlinya tetapi dia
tidak ambil pusing dengan kata-kata gadis
cantik itu.
"Kalau kau nampak aku
kat kedai Pak Ali ni sihat la
jawabnya. Macam mana kau nak jumpa
aku kalau kau kerja kat bandar sana
tu." Jawab Ariana Sofia malas. Tangannya masih
lincah mencapai barang-barang yang dipesan
oleh emaknya.
"Kau ni pun, aku pergi
dekat KL tu pun bukannnya saja-saja.
Aku pergi kerja tau. Cari duit nak
buat belanja kahwin nanti." Ujar Zali
tersengih-sengih.
"Dah tau diri tu
nak kahwin tetap kacau anak dara
orang juga. Pergi la dekat makwe kau
tu." Kata Ariana Sofia geram. Bukan dia
tidak tahu yang Zali memang terkenal
dengan sifat gatalnya. Kalau boleh semua
anak dara dekat kampung tu dia nak
kacau.
"Jangan risau la.
Makwe aku tu cool orangnya. Dia tak
kisah pun kalau aku borak dengan
anak dara kat kampung ni." Jawab Zali lagi.
Dia mengikut sahaja langkah Ariana Sofia
ke kaunter untuk membayar.
'Cool la konon. Kalau
makwe kau mengamuk dekat aku memang
aku pancung kepala kau hidup-hidup.' Omel
Ariana Sofia dalam hati.
Selesai sahaja membuat
pembayaran , Ariana Sofia terus menuju ke
arah motosikal yamaha 135LC miliknya. Tanpa
memandang Zali, terus saja dia meninggalkan
kawasan kedai runcit Pak Ali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan